
Sejak kanak-kanak lagi kita telah diperkenalkan oleh ayah kita,guru kita dan ustaz kita dengan masjid.Kalau umur kita 10, 20,
30,40 atau 50 tahun, maka setiap hari selama tempoh itulah kita melihat masjid, lalu depan/sebelah masjid, dengar azan daripada
masjid 5 kali sehari.Agaknya ada berapa kali kita ke masjid...
Kalau ditanya mengapa tak ke masjid?
Antara alasan yang biasa cpj bagi atau yang biasa cpj dengar seperti;
tak sempat,
sibuk,
orang datang rumah,
hari hujan,
hari ni letih betul lah,
ngajar anak ngaji,
dah lambat ni,
masjid kotor,
banyak tahi cicak,
masjid tu panas betullah,
imam tak best langsung,
imam lambat,
imam suka menggaru
sini mengaru sana,
imam cakap lain buat lain,
imam baca fatihah tak betul,
imam berebut duit elaun,
makmum situ semua busuk-busuk,
makmum situ semua baca kuat ganggu betul,
makmum suka sembang-sembang mengumpat orang,
AJK masjid makan duit, berebut duit, kedekut duit, simpan duit, tak reti guna duit...
AJK masjid degil tak nak dengar pandangan orang, besar kepala...
AJK masjid pun tak datang masjid,
AJK kuat main politik, mesyuarat agung pun tak ada,
AJK halang pengajian ustaz yang aku suka,
Pengajian di masjid tu, ish...ish...asyik mengata orang macamana aku nak pegi...
Pengajian di masjid tu, ustaz tu, ustaz parti politik, tak hingin aku...

Banyak lagi!...seribu satu macam alasan tak solat berjemaah di masjid, sesetengah tu bukan alasan tetapi betul, tetapi kebanyakaknya alasan saja yang menunjukkan hati ada penyakit.Sedarkah kita bahawa tidak solat berjamah di masjid dengan sengaja adalah salah satu daripada 70 dosa-dosa besar?
Walaubagaimanapun cpj tak nak bincang tentang alasan-alasan orang tak ke masjid, tapi nak bincang mengenai masjid tu sendiri.Apa yang cpj nampak perubahan pada masjid ialah dari segi fizikal dan rupa bentuk masjid tu sahaja...dari segi lain, hampeh....(bukan semua masjid, tetapi kebanyakan masjid)
Masjid mesti berubah dimensi!...takkan dah 50 tahun sama jugak, mana ada kemajuan!...kegiatan di luar masjid, mak ooi punyalah dah 'advance' tetapi di masjid kalau ibarat TV masih lagi 'hitam putih'.Mana ada tarikan langsung kepada orang ramai khususnya kanak-kanak dan remaja?Remaja kini kan suka bermain, bermain di padang dan gelanggang, juga bermain di komputer.Salahkah remaja bermain? Orang sekarang zaman ICT dan zaman Cyber, kebanyakkan masa berurusan menggunakan ICT dan alam maya.Salahkah orang sekarang menggunakan semua peralatan canggih?Tahupun jawab tak salah!...
Kalau tak salah mengapa masjid tak ada gelanggang?mengapa masjid tak ada padang? mengapa masjid tak ada meja ping pong?mengapa masjid tak mengajar dan mendidik bersukan secara Islam?mengapa masjid tak ada komputer yang berinternet? mengapa masjid tak sediakan bilik untuk remaja menggunakan komputer?bukankah kita boleh didik remaja hidup secara Islam di masjid?mengapa masjid tak siar ceramah agama secara langsung? sama ada dari masjid negara kuala lumpur atau dari masjid pulau tiga?mengapa masjid tidak ambil pusing dengan kegiatan umat Islam?bukankah masjid menjadi pusat pentadbiran dan pusat pentarbiahan masyarakat Islam? maaf cakap cpj nampak masjid yang seperti ini seolah-olah jasad yang tidak mempunyai roh.Apakah guna jasad yang tidak mempunyai roh?hah....jawablah sendiri.
Kalau beginilah cara kita, berdosalah kita kerana kita telah menzalimi masjid, kerana kita tidak meletakkan masjid di tempat yang sepatutnya.Kita telah menghina masjid dan tidak mengangkat kemuliaan masjid.Masjid punyalah besar tersergam indah, tetapi cuma digunakan untuk bersolat lima waktu pada tiap-tiap hari...itupun daripada 50 saf yang siap tersedia hanya ada satu saf sahaja yang digunakan.Ini tidak lagi termasuk pelbagai macam kerenah manusia yang bertelingkah sesama sendiri dalam nak menguruskan masjid yang tidakpun juga dapat terurus.Generasi kini dan akan datang tidak berminat lagi untuk ke masjid kerana masjid dilihat sebagai tempat yang kosong.Apa nak jadi dengan masjid......Masjid Oh Masjid!!!Bilakah Dimensimu Akan Berubah!!!

gagak oh gagak, nasibmu lah gagak...
rupa mu yang hitam...matamu yang galak
segalak mata MB perak,
yang tidak teragak-agak,
menduduki tahta dengan lagak tanpa syak,
adakah beliau layak?
pehal plak MB Perak?
bukanke pasal gagak?
kang ada yg kena sepak,
tersedak-sedak,
baik tukar balik cite gagak,
sblm kena lanyak.
engkau pun makhluk Tuhan macam aku gagak...
buat apa aku nak sibuk pasal dirimu gagak...
dirikupun nak diuruskan jugak...
baik aku diam daripada memekak...
engkau terus jadi gagak, aku pun tak sakit tekak...
kah...kah...kah...macam tupun boleh jugak?