

Beginilah keadaan tahap kemudahan bola sepak di peringkat taman perumahan di pinggir bandar. Di sinilah tempat berkumpul kanak-kanak dan pemuda-pemuda yang dalam benak fikiran mereka terkandung cita-cita untuk mewakili negara dalam arena bola sepak antara bangsa.Lihatlah tiang gol yang diperbuat daripada kayu yang dah hampir reput.Lihat juga keadaan rumput padang bola yang panjang tidak dijaga.
Pemimpin-pemimpin sukan bola sepak sibuk ke hulu ke hilir memperkatakan tentang bola sepak.Bila bola sepak negara kalah dengan pasukan yang satu masa dulu malu dan takut untuk bertemu pasukan negara kita, masing-masing menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.
Tidak ada seorangpun yang mahu mengaku kelemahan dan kesalahan sendiri. Begitulah senario bola sepak negara kini.
Pemain-pemain yang beraksi di peringkat dunia, lahirnya di kawasan perumahan kampung, pedalaman, pinggir bandar dan juga kawasan bandar.Kawasan bandar mana ada padang bola lagi, malah di taman perumahan, di kampung malah di kebanyakan sekolah sendiri tidak ada lagi padang bola sepak untuk kanak-kanak dan pemuda mengasah bakat. Akhirnya mereka memilih cyber cafe untuk bermain bola dalam komputer.
Tidak perlulah lagi bercita-cita nak melayakkan diri ke piala dunia, tak perlu lagi nak menyalahkan orang itu dan orang ini jika persembahan pemain bola negara macam.... loya tekak rasa nak termuntah, jangan lagi merungut jika tidak lahir lagi pemain-pemain yang paling kurangnya macam Mokhtar Dahari atau Syed Ahmad, jangan nak menyalahkan cikgupj kerana tak pandai ajar bola sepak macam cikgupj Abang Mokhtar dan Abang Syed Ahmad.....kalaulah padang bola sepak dan tiang gol macam ini......

Tupun kira oklah sebab ada jugak, sampai jenuh pusing-pusing seluruh kawasan taman perumahan di kampung, di kawasan pinggir bandar, inilah rupa satu antara dua padang yang boleh dijumpai.Kesian budak-budak...kesian pemuda-pemuda...begini rupanya kemudahan bola sepak di tahun 2009 yang tah berapa tahun lagi nak jadi negara maju.......hu...huu...huuu.....