
Antara nama-nama kaum yang popular digunapakai sebagai nama kampung, taman perumahan atau bandar adalah seperti berikut:
1. KAMPUNG BANJAR
2. KAMPUNG JAWA
3. KAMPUNG KERINCI
4. KAMPUNG MELAYU
5. KAMPUNG MENDELENG
6. KAMPUNG ACHEH
7. KAMPUNG MINANGKABAU
8. KAMPUNG BUGIS
9. KAMPUNG RAWA
Cukuplah 9 nama yang cikgu namakan di atas, tak perlu di teruskan lagi, kalau nak tahu di manakah kampung-kampung itu berada, tak perlu susah-susah, taip saja nama tu kat pencariaan google, kemudian klik saja anda akan tahu di mana lokasi kampung itu. Timbul satu persoalan,mengapa cikgu timbulkan perkara ini, nak cari gaduh dengan orang melayu ke? Tidaklah, kerana cikgupun keturunan kacukan kaum-kaum Pattani(siam), Kerinci(Jambi Indonesia), Kaum Banjar dan Kaum Jawa.Cikgu ada semua darah kaum-kaum itu....Tapi buat apa kita nak berbangga dengan bangsa?
Bukanlah niat cikgu nak cari gaduh, cikgu nak cari kawan, tetapi kajian seperti ini perlu dilakukan untuk menyelami hatibudi dan mentaliti kaum kita.Orang Barat khususnya kaum penjajah dah lama membuat kajian-kajian seperti ini, itulah sebab mereka dengan mudah dapat menjajah kita dan mengangkut semua kandungan hasil bumi yang ada di negara kita satu ketika dulu.Sehingga sekarang mereka masih menjajah minda kita.Semua kita tidak mahu peristiwa pahit menjadi hamba abdi kepada pejajah sama ada secara langsung atau tidak langsung berulang lagi.
Akhirnya cikgu nak menyerahkan kepada pembaca semua membuat penilaian sendiri dan mengambil sedikit masa memikirkan perkara ini.Anda boleh cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut sebagai mencetus pemikiran baru;
1. Baikkah kita menggunakan nama kaum sebagai nama kampung?
2. Apa sebab kita guna nama bangsa/kaum? Dah tak ada nama lain ke?
3. Adakah semua penghuni kampung itu dari kaum yang sama?
4. Adakah tindakan itu menunjukkan kekuatan atau kelemahan bangsa melayu?
5. Adakah bangsa-bangsa yang maju di dunia membuat perkara yang serupa?
6. Apakah implikasi secara terang dan halus daripada tindakan seperti itu?
7. Adakah nama tersebut memberi kesan kepada emosi dan cara berfikir orang kampung berkenaan?
8. Adakah tidak timbul perasaan riak dan takabbur bila menggunakan nama kaum.
9. Setakat manakah kita patut obses terhadap kaum dan bangsa.