
Nama sebenar beliau ialah Jalaluddin Abdurrahman Kamaluddin Abi Bakar Bin Muhammad As-Suyuti, dilahirkan pada 849H/1445M di Daerah Asyut Mesir.Beliau telah mengarang lebih daripada 600 buah kitab besar untuk rujukan kaum Muslimin.Al Fatihah untuk beliau.
Al Kisah, Seorang pembantu beliau yang bernama Muhammad Bin Ali telah menceritakan kisah ajaib yang telah benar-benar berlaku kepadanya bersama Imam Suyuti.Pada suatu hari, waktu itu selepas waktu zuhur tiba-tiba Imam Suyuti datang kepadanya dengan mengenderai kaldai. Imam Suyuti berkata kepada Muhammad; "Aku akan mengajak engkau solat asar di Mekah hari ini, dengan syarat engkau sanggup merahsiakannya sehingga aku mati", lalu Muhammad menjawab "Ya aku sanggup".Lalu Imam Suyuti menyuruh Muhammad memejamkan matanya dan memegang tangan Muhammad sambil dibawanya berjalan sebanyak 27 langkah.Setelah itu Imam Suyuti menyuruh Muhammad membuka matanya, lalu didapati mereka telahpun berada di Babul Ma'la Mekah.
Di Mekah Imam Suyuti membawa Muhammad menziarahi makam-makam penting, masuk ke masjid dan terus bertawaf dan minum air zam-zam. Setelah itu mereka duduk di belakang makam Ibrahim sehingga masuk waktu asar.Setelah bersolat asar beramai-ramai, mereka tawaf lagi dan minum air zam-zam.Muhammad masih dalam kehairanan dan tidak habis memikirkan keajaipan yang berlaku, kerana jarak Mesir dan Mekah terlalu jauh.Imam Suyuti lalu berkata kepada Muhammad; "Wahai Muhammad, bukanlah satu perkara yang mustahil jika Allah melipatkan bumi untuk kita".
Setelah puas mengerjakan ibadat, Imam Suyuti memberi pilihan kepada Muhammad sama ada mahu terus tinggal di Mekah atau ikut balik bersamanya.Muhammad lalu memilih untuk mengikut Imam Suyuti balik ke Mesir.Lalu Imam Suyuti menyuruh Muhammad memejamkan mata, dan memegang tangannya lalu berjalan sebanyak 27 langkah.Setelah disuruh membuka mata, Muhammad mendapati mereka telah berada di Mesir semula, di tempat mula-mula mereka datang.Imam Suyuti menaiki kaldainya lalu pulang ke rumahnya.
Begitulah kisah ringkas bagaimana Allah telah melipatkan bumi untuk memendekkan perjalanan kekasih-Nya.
cpj: mahukah kita menjadi kekasih Allah?Rebutlah peluang ini di bulan ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini...jom kita lakukan bersama.