
KEPUTUSAN undian setiap kumpulan.
Sumber :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sukan/20091206052111/Article/index_htmlEdit oleh: cpj
Undian pagi semalam meletakkan pasukan Brazil yang telah menjuarai Piala Dunia lima kali bersama pasukan Portugal dalam kumpulan yang sama, manakala juara bertahan Itali, Sepanyol, England dan Jerman nampaknya seolah-olah mempunyai laluan mudah untuk ke pusingan kedua.Perancis pula terpaksa berhadapan dengan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico yang sudah tentu memberi tentangan hebat.
Perlawanan pembukaan antara tuan rumah Afrika Selatan dengan Mexico akan berlangsung di Stadium Soccer City Johannesburg yang mempunyai kapasiti tempat duduk seramai 94,700 orang pada 11 Jun 2010.Perlawanan akhir yang dijadualkan pada 11 Julai 2010 juga diadakan di Stadium yang sama.Perlawanan kali ini yang menyediakan hadiah berjumlah USD 131 juta sudah tentu menyaksikan perlawanan yang hebat.Siapa agaknya yang akan menjadi juara?