Sumber Imej Hiasan:http://1.bp.blogspot.com/_q4dy7M1azG4/SzTgWHjqoPI/AAAAAAAAAew/E6NjoncVMFg/s1600-h/car+boat+5.jpg
Bismillahirrahmanirrahiim.Salam semua, kali ini cpj nak membicarakan tentang kereta.Cpj memang seorang yang berminat dengan pemotoran, motosikal prestasi tinggi dan kereta formula.Tapi cpj bukanlah mekanik atau orang yang arif sangat mengenai kereta.Cpj nak mintak maaf kalau nanti bila cpj berterus terang ada ramai yang tidak berapa senang hati, tapi jangan sampai sakit hati tau?
Terus terang cpj katakan, sejak kereta Malaysia di keluarkan cpj tidak pernah berminat dan tak pernah memiliki kereta buatan Malaysia.Bukan sombong atau berlagak, tapi adalah sebab-sebab yang sangat rasional buat diri cpj sendiri.Tetapi cpj tak bicarakan soal itu kali ini.Cpj lebih suka nak memberi cadangan dan idea yang boleh difikirkan oleh kita bersama demi percambahan dan perkembangan minda.Sekiranya idea ini baik dan boleh dilaksanakan, apa salahnya diambil dan digunapakai untuk kereta malaysia yang akan datang walaupun idea itu hanya datang dari seorang cikgupj.
Bagi cpj, sepatutnya kereta malaysia mestilah mempunyai ciri inovatif rakyat malaysia yang bersesuaian dengan latarbelakang kehidupan di rantau ini.Kalau nak cerita tentang idea inovatif ni panjanglah pulak.Cpj hanya nak fokus kepada apa idea cpj untuk kereta keluaran malaysia.Kalau kita perhatikan Tuhan menjadikan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan berbeza antara satu benua dengan benua yang lain.Biasanya perbezaan ini mengikut keadaan iklim dan cuaca di sesuatu tempat itu.Kan bagus kita mengambil panduan itu seperti mana juga asal idea penciptaan kapal terbang dan pelbagai jenis jentera berat?
Perbezaan besar dari segi cuaca dan iklim antara Malaysia dan beberapa negara maju yang mengeluarkan kereta ialah Malaysia mengalami hujan lebat sepanjang tahun dan selalu mengalami banjir dan banjir kilat terutama di jalan raya yang langsung tidak berbintang.Cpj selalu menggunakan track top kalis air bila hujan dan sering juga menggunakan payung.Ramai rakyat Malaysia menggunakan payung bila hujan sementara nak masuk ke dalam kereta.Masalahnya setiap kali hujan dan menggunakan payung, sebaik masuk dalam kereta, tiada tempat yang sesuai hendak meletak payung dan menyebabkan dalam kereta pulak yang 'banjir'.Bayangkan kalau 4 orang penumpang menggunakan payung.Air hujan yang mengalir dari 4 kaki payung sudak cukup membasahkan semua lantai kereta yang berkarpet.Oleh itu satu idea kreatif dan inovatif yang patut difikirkan untuk kereta Malaysia ialah bagaimana meletakkan payung di dalam kereta supaya air dari payung di salurkan semula keluar daripada kereta tersebut dan kereta tidak basah.
Kita fikirkan juga bagaimana nak menghasilkan kereta yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi pemanduan dalam keadaan hujan lebat dan menempuh jalan raya yang dipenuhi air supaya kereta Malaysia kereta yang hebat dan mahu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.Salah satu kaedah yang boleh dipraktikkan ialah dengan membina satu bentuk penghadang air yang boleh menghalang air dari terkena sebahagian besar enjin dan satu bentuk ekzos yang terselamat dari gangguan air apabila melalui kawasan berair atau banjir.Lantai kereta juga mestilah dibentuk begitu rupa supaya kalis air dan tidak membenarkan air masuk dengan mudah.Perkara seperti ini jangan dipandang ringan kerana keadaan ini boleh menjadi satu kelebihan yang terdapat hanya pada kereta keluaran Malaysia.Pengguna sanggup berbelanja lebih sekiranya ianya benar-benar memberi kelebihan kepada kereta yang dimiliki.
Cpj hanyalah mahu membuka ruang untuk kita berbicara mengenai idea inovatif untuk kereta Malaysia, supaya kereta Malaysia dapat bersaing dengan kereta-kereta lain yang masing-masing mempuyai kelebihan tersendiri.Sekiranya anda ada banyak idea, mengapa tidak kita berbicara mengenainya?Apa pendapat anda?