Bismillahirrahmanirrahiim...
Tajuk n3 cpj kali ini berkaitan dengan profesyen pendidikan.Dalam beberapa hari lagi para guru seluruh negara akan memulakan sesi persekolahan tahun baru 2010.Sekiranya dibuat tinjauan dalam kalangan guru-guru, bermacam-macamlah komen yang keluar dari mulut guru-guru sama ada guru baru atau yang dah otai.Ada komen yang positif, tidak kurang juga komen-komen yang negatif.Bagi cpj yang tidaklah berapa banyak pengalaman sebagai guru ni, jaranglah cpj dengar ungkapan seperti "seronoknya nak kembali ke sekolah, tak sabar nak mendidik para pelajar dan nak membantu memajukan sekolah!".
Cpj bukan nak mengusik guru-guru, cpj tahu ada banyak sebab mengapa guru-guru sekarang jarang nak mengucapkan ungkapan seperti itu.Namun jauh di sudut hati masing-masing, guru-guru tahu bahawa mereka bersedia untuk menghadapi sebarang dugaan dan cabaran.Bersedia menghadapi segala macam kerenah para pelajar, ibu bapa, rakan sejawat, pihak pentadbiran sekolah, masyarakat setempat, PPD,JPN dan KPM.Guru-guru juga tahu mereka telah disediakan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan disamping memikul amanah dan memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang sewajarnya serta berjaya mencapai apa yang dihasratkan oleh mereka dan ibu bapa.
Bagi para guru yang sedar dan benar-benar meminati profesyen ini, seharusnyalah mereka seronok dan rasa bertuah untuk kembali semula ke sekolah.Salah satu sebabnya ialah profesyen ini memberi peluang seluas-luasnya untuk mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada manusia supaya ilmu yang bermanfaat itu diamalkan untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.Sekiranya berjaya dilakukan, maka ia akan menjadi saham yang tidak terhingga nilainya dan diberi ganjaran oleh Allah berterusan sehingga hari kiamat.Guru juga adalah orang yang mempunyai peluang yang sangat luas untuk melaksanakan satu perintah Allah yang utama iaitu "menyeru manusia mengerjakan kebaikan dan mencegah manusia melakukan kejahatan".
Apabila para guru sebagai penjawat awam yang diwajibkan bertanggungjawab kepada KPM, tidak bermakna mereka terlepas tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat negara dan agama.Sebaliknya tanggungjawab kepada Allah menjadi tiang/tunggak yang memastikan tegaknya tanggungjawab-tanggungjawab lain seperti yang telah disebutkan.Tanggungjawab kepada Allah mesti datang dahulu sebelum yang lain.Sekiranya perkara ini dihayati oleh semua guru dan kakitangan awam, maka tidak timbullah apa yang disebut sebagai guru hamba kepada KPM.Guru adalah HAMBA ALLAH, bertanggungjawab sepenuhnya kepada Allah dan pada masa yang sama akan menurut segala perintah/arahan daripada KPM yang selari dengan kehendak agama.Di sinilah datangnya keseronokan bekerja.
Sekiranya para guru secara jujur mempertahankan hak hubungan dengan Tuhan dan hubungan dengan manusia ini, yakinlah tidak ada sesiapa yang dapat menjatuhkan nama baik, memperlekehkan , memandang rendah, menghakis semangat juang, kemuliaan dan keluhuran budi serta tiada sesiapa yang boleh menafikan bahawa guru adalah insan yang paling mulia di sisi Tuhan dan di sisi manusia.Nabi Muhammad S.A.W adalah guru kepada seluruh umat manusia dan jin malah beliau adalah utusan Allah untuk kesejahteraan seluruh makhluk.Wahai guru, ungkapkanlah kata-kata; "SERONOKNYA AKU NAK KEMBALI KE SEKOLAH!...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...