CARA-CARA UNTUK MELIHAT

Manusia yang hanya melihat alam saja, tetapi ia tidak dapat melihat Allah s.w.t. Ertinya: Alam ini sudah begitu berbekas dalam hatinya, sehingga hatinya lupa kepada Allah dan tidak dapat melihat bagaimana kekuasaan Allah s.w.t. Yang Maha Agung dalam segala sifatNya pada alam yang ia lihat. Maka manusia dalam bahagian ini dalam gelap-gelita, sbb ia hanya dapat melihat alam tetapi tidak dapat melihat Penciptanya dari alam yang ia lihat. Hal keadaan ini disbbkan oleh kerana ia melihat perkerjaannya, usahanya, kepandainnya dan lain sebagainya tanpa melihat kpd telah menggerakkan semuanya itu iaitu Allah s.w.t.
Manusia di samping melihat alam dan bergelimang di dalamnya, juga dapat melihat Allah s.w.t. Dan melihat Allah s.w.t bagi manusia dalam sifat ini ada bermacam-macam:

1) Sebahagian hamba Allah apabila ia melihat alam hatinya lalai pada kekuasaan dan lain sebagainya. Tetapi kemudian baru dia sedar bahawa segala-galanya ini dijadikan oleh Allah, dan Allahlah yang menghasilkan apa yang ia capai. Dan sebaliknya ia meresakan pula bahawa apabila ia tidak berhasil mendapatkan sesuatu, maka bererti itu adalah kehendak Allah. Hamba Allah dalam tingkat ini hanya dapat merasakan bahawa alam sebagai dalil dan Allah sebagai madlul. Tingkatan ini adalah paling bawah dari keseluruhan dan tidak ada di bawah ini selain hanya martabat orang-orang yang selalu bergelimang dgn lumpur kelalaian yang membawanya jatuh dalam jurang kerugian.

2) Sebahagian mereka melihat Allah di dlm alam. Ertinya pada waktu ia melihat alam, maka dilihatnya pula bahawa segala sesuatu yang terjadi dlm alam itu adalah menurut kehendak dan kudratnya Allah s.w.t. Ia melihat bahawa sekaliannya itu berjalan menurut hikmah-hikmah yang telah diatur olehNya.Tidak ada tempat berpegangnya selain hanya Allah. Dan tidak ada pada alam yang dilihatnya itu. Hatinya selalu melihat, bahawa semuanya itu adalah dari Allah, kerana Allah yang menjadikan segala-galanya. Kerana itu, ia melihat Allah dgn kekuasaaNya dan sifat-sifatNya yang Maha Suci dan Maha Agung.

3) Sebahagian hamba Allah apabila melihat alam, ia melihat Allah di samping alam itu sendiri. Maksudnya: Apabila ia melihat alam, maka ia harus melihat Allah yang Maha Pengatur apa yang Ia kehendaki kepada alam itu. Apakah yang diatur oleh Allah itu sesuai dgn kehendak alam atau tidak. Kerana itu demi melihat Allah dalam erti ia harus bersyukur kepadaNya. Apalagi apabila apa yag ia dapatkan sesuai dgn apa yang dicintainya. Itulah menyebabkan pula ia menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhkan larangan-laranganNya.

4) Sebahagian hamba Allah melihat alam, tetapi sebelumnya telah melihat Allah s.w.t atau dgn perkataan lain telah lebih dahulu menjadi keyakinan dan pengetahuan dalam hatinya, bahawa alam yang ia lihat kemudiannya adalah menurut kehendak Allah dan kudratNya. Hamba Allah dlm sifat ini baginya Allah sebagai dalil dan alam sebagai madlul. Yakni ia melihat keadaan alam yang demikian gambarannya berdalil kpd Allah yang menghendaki sedemikian itu. Maka bagi hamba Allah ini dgn sbb hal keadaan tadi menjadikan ia harus bertawakkal dan menyerah diri kpd Allah s.w.t. Oleh sbb itu, makg hamba Allah yang keadaanya telah sampai ke taraf ini, dgn sendirinya jauh daripadanya kelalaian terhadap Allah, Oleh kerana di samping ia selalu bersyukur kepada Allah juga ia dalam segala sesuatu rela dan menyerah ke atas kehendak Allah terhadap alam pada umumnya dan dirinya pada khususnya.

Sumber:http://cahayamukmin.blogspot.com/