Pelajarpj: "Selamat pagi cikgu!"
Cikgupj: "Dengan pantas, semua buat satu barisan di hadapan saya!"
Pelajarpj: Semua pelajar bergerak pantas masuk barisan.
Cikgupj: "Buat kiraan, dari hadapan nombor!"
Pelajarpj: "1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25!"
Cikgupj: "Bagus, Baiklah kita akan mulakan hari ini dengan aktiviti memanaskan badan dan membuat regangan, dengar baik-baik arahan saya dan lakukan dengan pantas"
Cikgupj: "Bila saya bunyikan wisel, semua bergerak dari barisan, jadikan bulatan besar!...selang seli antara Melayu, Cina, India dan lain-lain.Melayu pegang tangan Cina, Cina pegang tangan India, dan India pegang tangan Melayu!...Freeeeeeettttt!.......
Pelajarpj: Semua pelajarpj berbilang bangsa berpegangan tangan antara satu sama lain bergerak dari barisan membentuk satu bulatan besar dengan pantas dan gembira.
Cikgupj: "Bagus semua!" Sambil tersenyum, cikgupj meneruskan aktiviti P&P Pendidikan Jasmani hari itu dengan penuh semangat dan ceria bersama para pelajar yang gembira dan penuh muhibbah.
Cikgupj: "Adakah mata pelajaran lain selain daripada Pendidikan Jasmani, yang mana pelajarnya dapat berpegangan tangan dan bermain bersama dengan penuh gembira dan muhibbah?"
Cikgupj: "Bukankah kita semua MANUSIA? Makhluk Tuhan yang paling istimewa? Walaupun kita berlainan bangsa dan ugama, tetapi kan kita sama-sama manusia?Mengapa bersengketa?