GUNUNG BERAPI SINABUNG
Gunung berapi Sinabung di Pulau Sumatera Indonesia, mula meletuskan asap dan debu hingga mencecah ketinggian seribu-500 meter ke udara. Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran tahap merah iaitu tahap tertinggi. Sekurang-kurangnya 12-ribu orang dipindahkan. Demikian menurut ketua pusat bencana, Surono, kepada media di Jakarta.
((AFP))
GEMPA - IRAN
Iran dilanda gempa bumi dengan kekuatan 5.9 magnitud. Tiga dilaporkan terbunuh. Mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak dan seorang wanita. Gempa menggegarkan wilayah Semnan, timur laut negara itu pukul 1.53 tengahari waktu tempatan atau kira-kira tiga pagi tadi, waktu Malaysia. 40 penduduk turut cedera. 15 kediaman rosak.
((AP))
PAKISTAN
Usaha pembangunan semula di Pakistan perlu dimulakan segera bagi mengelak bencana banjir menjadi bencana jangka panjang. Demikian menurut agensi bantuan Oxfam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di London. Pengarah Negaranya di Pakistan, Neva Khan berkata, Pakistan memerlukan bantuan kewangan untuk pembangunan semula. Katanya, berbilion dollar diperlukan untuk pembinaan semula sekolah, jalan raya, jambatan dan hospital.
((AFP))
RIBUT TROPIKA EARL
Ribut tropika Earl bergerak menuju pinggir Caribbean sekaligus mengancam untuk bertukar status menjadi taufan. Pada 6 petang waktu tempatan semalam, Earl sedikit lebih lemah, bergerak pada kelajuan 90 kilometer sejam, dengan hembusan angin lebih tinggi. Namun, Pusat Taufan Kebangsaan yang berpejabat di Miami memberi amaran Earl boleh menjadi Taufan seawal tengahari ini. Amaran berjaga-jaga sudah dikeluarkan di beberapa kepulauan Caribbean Timur termasuk Saint Martin, Antigua, Barbuda dan Montserrat.
((AFP))
AFGHANISTAN
24 pemberontak Taliban terbunuh dalam cubaan mereka untuk menyerang dua pangkalan tentera Amerika di Afghanistan. Beberapa orang daripada mereka memakai pakaian seragam tentera Amerika Syarikat. Menurut Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), penyerang mensasarkan Pangkalan Operasi Hadapan Salerno dan Chapman.
Dalam pada itu, pembunuh dua anggota polis Sepanyol dan seorang jurubahasa Iran di Afghanistan disyaki mempunyai hubungan dengan Taliban. Demikian menurut Gabenor wilayah Badghis barat, Delbar Jan Arman. Beliau dipetiksebagai berkata demikian kepada akhbar harian Sepanyol, EI Pais. Laporan itu menyebut, rakyat Afghanistan yang bekerja sebagai pemandu itu, bertindak membunuh mereka, sebelum dia ditembak mati oleh pasukan keselamatan. Difahamkan, lelaki itu ditahan pada tahun lepas untuk soal siasat, susulan beberapa laporan yang menunding jari ke arahnya. Laporan itu juga mendakwa, pembunuh merupakan ipar kepada seorang pemimpin kanan Taliban di wilayah berkenaan.
((AFP))
YAMAN
Di Yaman, lapan anggota tentera maut dalam satu serangan hendap oleh anggota AI-Qaeda. Serangan disasar terhadap pos pemeriksaan di selatan negara itu. Ketika kejadian, kesemua anggota tentera tersebut, sedang berbuka puasa.
((AFP))
IRAN
Iran menuduh syarikat kosmetik Sweden, ORIFLAME, cuba merosakkan sistem keselamatan republik Islam itu. Dakwaan dibuat Menteri Perisikan Iran, Heydar Moslehi. la susulan penahanan lima pekerja syarikat itu atas tuduhan mengintip. Menurut Heydar, Tehran mempunyai bukti, pihak Barat dan agensi perisikan asing berusaha mencetuskan masalah keselamatan di negara itu melalui syarikat terse but. Dakwaan Iran itu bagaimanapun dinafikan ORIFLAME. Di Stockholm, Sweden, Ketua Pegawai Kewangannya, Gabriel Bennet berkata, syarikat itu tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik di Iran, sebaliknya menjalankan perniagaan jualan langsung.
((AFP))
GULING
Presiden Madagascar yang diguling, Marc Ravalomanana dijatuhi hukuman kerja berat seumur hid up. Dia didapati bersalah mengarahkan
pembunuhan penyokong pembangkang pada 7 Februari 2009. Dalam kejadian itu, pengawal presiden melepaskan tembakan ke arah penyokong pembangkang yang berarak menuju ke Istana. Sekurang-kurangnya 30 maut manakala lebih 100 cedera. Ravalomanana kini hidup dalam buangan di Afrika Selatan.
((AFP))
SOMALIA
Misi pengaman laut NATO di Teluk Aden berjaya mematahkan cubaan lanun Somalia untuk merampas kapal dagang M-V Caribbean Carrier. laporan menyebut, kedudukan lanun dikesan oleh kapal perang Denmark, Esbern Snare yang kemudiannya mengerahkan sebuah helikopter, ke kawasan kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari kapal dagang tersebut. Kumpulan lanun terbabit berjaya diusir dan melarikan diri ke perairan Somalia.
((AFP))
JEPUN - EKONOMI
Jepun mensasarkan lonjakan pelaburan domestik bagi menggiatkan ekonominya. Untuk itu Perdana Menteri Naoto Kan mengarahkan Menteri Industri dan Perdagangan, Masayuki Naoshima, agar menyusun program bagi mempromosi sektor tersebut. Antaranya dengan berusaha - mengekalkan pelabur sedia ada, supaya tidak memindahkan kilang mereka ke negara lain. Kan merancang untuk menggabungkan sebahagian daripada pelan induk itu menjadi satu bentuk rangsangan ekonomi yang baharu. Ketika bercakap kepada media di Tokyo beliau juga berkata, ke arah memperbaiki ekonomi, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mewujudkan peluang pekerjaan.
((AFP))
TANDAS - LELONG
Tandas milik vokalis Beaties, John lennon berjaya dilelong pada harga 9-ribu 500-pound -- 1 O-kali ganda lebih tinggi daripada jangkaan asal. Menurut penganjur, tandas berwarna biru dan putih yang diperbuat daripada porselin itu dikeluarkan dari kediaman lennon di Tittenhurst Park, Berkshire, selatan England. la disimpan oleh kontraktor binaan, JohnHancock selama 40-tahun, sebelum memutuskan untuk menjualnya kepada umum selepas kematian lennon. Identiti pembeli, dirahsiakan. Tandas itu adalah antara barangan berharga milik anggota kumpulan Beatles yang dilelong sempena Minggu Festival Beatie di liverpool.
((REUTERS))
BOLA SEPAK
Bola sepak, Liga Perdana Inggeris. Chelsea mengekalkan rekod bersih. The Blues melakar kemenangan ke-3 berturut-turut, kali ini menumpaskan Stoke City, 2-0. Terdahulu, Arsenal dan Manchester United turut meraih tiga mata. The Gunners menewaskan Blackburn, 2-1; manakala M-U mengetepikan West Ham, 3-0. Keputusan lain - Tottenham Hotspur kalah 0-1 kepada Wigan. Fulham seri 2-2 dengan Blackpool manakala Newcastle United terikat 1 sama dengan Wolverhampton.
Di Itali, AS Roma gagal melakar kemenangan ke atas pendatang baharu Serie A', Cesena apabila sekadar seri tanpa jaringan. Saingan Liga Primera Sepanyol pula menyaksikan Sevilla menang besar, 4-1 terhadap levante dalam perlawanan pembukaan musim 2010/2011. Sementara itu, Toulouse mengukuhkan kedudukan di takhta Liga Perancis apabila menumpaskan Nancy, 2-0. Di Jerman, Hoffenheim mengalahkan St. Pauli, 1-0 sekaligus melonjakkan kedudukannya ke tangga teratas Bundesliga.
Ziatan Ibrahimovic sah meninggalkan Barcelona untuk menyertai AC Milan. Naib Presiden Milan, Adriano Galliani dalam satu kenyataan berkata, penyerang antarabangsa Sweden itu akan menandatangani kontrak em pat tahun, selepas menjalani pemeriksaan perubatan. Mengikut perjanjian, Ibrahimovic akan menyertai Milan secara pinjaman selama setahun, sebelum memuktamadkan penghijrahannya secara kekal pada penghujung musim. Yuran perpindahan - 24-juta Euro. la perlu dibayar secara ansuran selama tiga musim - setiap satu musim lapan juta Euro.
((AFP))
TIGER WOODS
Golf, U-S-P-G-A The Barclays. Pemain nombor satu dunia, Tiger Woods terus tercicir. Menuju pusingan terakhir, kedudukannya merosot ke tangga 26. Pada pusingan ke-3, dia melakukan triple bogey untuk mencatat satu atas par 72. Keseluruhannya, dia mengumpul 210 pukulan, 9 pukulan di belakang pendahulu kejohanan, Martin laird. Wood yang berada di kedudukanke-122 senarai pungutan mata playoff Piala FedEX, perlu memperbaiki kedudukannya. Hanya 100 pemain dalam senarai itu layak beraksi pada Kejohanan Deutsche Bank minggu depan.
((AFP))
TENIS
Sukan, tenis. Pilihan pertama, Caroline Wozniacki muncul juara W-T-A New Haven buat kali ketiga berturut-turut. Pemain Denmark itu menumpaskan pilihan kelapan, Nadia Petrova dari Rusia, 6-3, 3-6, 6-3. Ini merupakan kemenangan kedua Wozniacki minggu ini, selepas merangkul Piala Montreal. Kemenangan itu bermakna, Wozniacki akan beraksi selaku pilihanutama pada Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat, minggu depan.
((AFP))
MOTOGP
Beralih ke MotoGP, Grand Prix Indianapolis. Penunggang dari Amerika Syarikat, Ben Spies mencatat masa terpantas pada pusingan
kelayakan, sekaligus akan memulakan perlumbaan hari ini di petak utama. Kedua terpantas, pendahulu pungutan mata, Jorge Lorenzo, manakala Nicky Hayden ketiga. Juara dunia, Valentino Rossi sekadar di kedudukan ke-7.
((AFP))
TD SPAIN
Akhir sekali, Kejohanan Berbasikal Jelajah Sepanyol. Peringkat pertama ujian masa berpasukan sejauh 13 kilometer dimenangi jaguh pecut dari Britain, Mark Cavendish. Penunggang sensasi itu mengetuai pasukannya H-T-C Columbia mencatat kepantasan 14 minit 6 saat, sekaligus menyarung jersi pendahulu keseluruhan. 10 sa at di belakang, pasukan Liquigas yang diperkuat dengan penunggang Itali, Vincenzo Nibali, salah seorang calon pilihan untuk menjuarai edisi kali ini.
((AFP))
Sumber: RTM