ASIA - MISKIN
Jumlah penduduk Asia yang hidup dibelenggu kemiskinan tegar berjaya dikurangkan sebanyak 36.8-peratus. Menurut laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu, dari tahun 1990 hingga 2005, bilangan penduduk Asia yang hidup dengan saraan 1.25-Dolar sehari, berkurangan daripada 1.5-bilion orang kepada 947 -juta. la merupakan salah satu pencapaian terbesar rantau itu ke arah pelaksanaan sepenuhnya Matlamat Pembangunan Milenium (M-D-G) menjelang 2015.
Sungguhpun begitu, Asia masih menjadi tempat tinggal kepada dua pertiga daripada populasi miskin global. Malah, secara purata, seorang dalam setiap enam penduduk Asia didapati mengalami masalah kekurangan makanan berzat. Tahap meningkatkan kadar kelahiran hidup dan kesihatan ibu bersalin di Asia juga didapati agak perlahan. Laporan berkenaan dikeluarkan sempena sidang kemuncak ketua kerajaan yang diadakan di ibu pejabat P-B-B di New York. Persidangan itu antara lain bertujuan mencari jalan memberi nafas baharu kepada usaha mencapai sasaran M-D-G.
((AFP))
((AFP))
WTO - UNJURAN
Pertubuhan Perdagangan Sedunia (W-T-O) menyemak semula unjuran pertumbuhan perdagangan global tahun ini, daripada 10-peratus naik kepada 13.5-peratus. la berikutan pemulihan lebih pantas daripada yang dijangka. Dalamkenyataan di Geneva, Switzerland - W-T-O menyebut, kadar pertumbuhan perdagangan 2010 yang dicatatkan setakat ini merupakan yang terpantas sejak 1950.
Tahun lepas, perdagangan global menguncup 12.2-peratus, didorong kemerosotan eksport yang terjejas akibat kelembapan ekonomi. Tahun ini, eksport barangan buatan negara-negara maju dijangka berkembang 11.5-peratus berbanding penguncupan 15.3-peratus, tahun lalu. Negara-negara lain dijangka mencatat pertumbuhan 16.5-peratus berbanding penguncupan 7.8-peratus pad a 2009.
((AFP))
AS - EKONOMI
Kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat secara rasminya berakhir pada Jun 2009. Demikian menurut Biro Kebangsaan Amerika bagi Penyelidikan Ekonomi (N-B-E-R). Badan itu juga mengesahkan, krisis berkenaan yang berlanjutan selama 18-bulan, merupakan tempoh kemelesetan paling lama sejak Perang Dunia Kedua. Sepanjang tempoh tersebut, lebih 8-juta tenaga kerja hilang pekerjaan.
N-B-E-R dalam laporannya juga menyebut, walaupun kemelesetan telah berlalu, aktiviti ekonomi belum kembali normal. Proses pemulihan dijangka perlahan. Kesan krisis gadai janji sub-prima yang menyebabkan penguncupan kecairan dalam sistem perbankan Amerika, masih dirasai. Nilai hartanah jatuh manakala orang ramai bergelut membiaya kos hid up yang semakin meningkat. Selain itu, berjuta-juta pekerja terus menganggur.
((AFP))
FBI
Biro Perisikan Persekutuan (F-B-I) menjadikan peristiwa serangan 11-September untuk melangkaui kuasa yang diperuntukkan kepada agensi itu. Selain menyalahguna kuasa bagi menekan kumpulan berhaluan kiri di Amerika Syarikat, F-B-I juga mengemukakan kenyataan palsu untuk mengelirukan Kongres. Pendedahan itu terkandung dalam Laporan Ketua Penyiasat Jabatan Kehakiman. Menurut laporan tersebut, F-B-I menggunakan istilah keganasan untuk menyiasat beberapa kumpulan aktivis dari tahun 2001 hingga 2006. Antaranya - "Greenpeace", "People for the Ethical Treatment of Animals" dan 'Thomas Merton Center". Siasatan dikategorikan sebagai kes keganasan domestik, dakwaan yang sehingga kini tidak disokong dengan sebarang bukti kukuh.
((AFP))
KOREA UTARA
Parti Pekerja yang memerintah Korea Utara akan menganjurkan perhimpunan agung, minggu depan. Mesyuarat bakal merintis jalan kepada proses peralihan kuasa Presiden Kim Jong-Il kepada anak lelaki bongsunya, Kim Jong-Un, Menurut laporan Korean Central News Agency,
mesyuarat bakal berlangsung Selasa depan di Pyongyang_ la merupakan satu perhimpunan terbesar pernah dianjurkan parti pemerintah sejak kongres tahun 1980 bagi mengesahkan pemilihan Jong-Il sebagai presiden menggantikan bapanya, Kim Il-Sung, yang meninggal dunia pada 1994_ Jong-Il, 68-tahun kini sakit setelah diserang angin ahmar pada Ogos 2008.
((AFP))
VENEZUELA - AS
Venezuela menolak pencalonan diplomat veteran, Larry Palmer sebagai Duta Amerika Syarikat ke Caracas. Duta Venezuela ke Washington, Bernardo Alvarez berkata, menerima Palmer yang pernah mengkritik kerajaan pimpinanPresiden Hugo Chavez sebagai duta, adalah mustahil. Sehubungan itu Presiden Amerika, Barack Obama diminta mengemukakan nama lain sebagai eaton.
Dalam perkembangan lain, kebocoran paip minyak yang menyalurkan bekalan ke pusat penapisan terbesar di Venezuela, berjaya dihentikan. Menurut jurucakap kerajaan, kebocoran pada paip minyak itu yang terletak berhampiran pekan Dabajuro telah ditampal. la kini kembali beroperasi seperti biasa. Insiden itu merupakan yang terbaharu dalam siri kemalangan yang menimpa kemudahan P-D-V-S-A, syarikat minyak milik kerajaan. Dalam tempoh dua minggu lepas, tiga kebakaran dilaporkan. la disusuli letupan kecil di pusat penapisan ElPalito yang mempunyai kapasiti memproses 146-ribu tong minyak mentah sehari. Kebocoran juga berlaku pad a paip minyak di negeri Falcon, bahagian barat Venezuela.
((REUTERS))
((REUTERS))
TAUFAN KARL
Jumlah kematian akibat Taufan Karl yang melanda Mexico minggu lepas meningkat kepada 16-orang. Paling teruk terjejas - negeri Veracruz, di bahagian timur negara itu. 12-penduduk disahkan terkorban manakala 40-ribu lagi terpaksa dipindahkan. Presiden Mexico, Felipe Calderon yang membuat tinjauan udara mengarahkan pihak tentera memperketatkawalan keselamatan di kawasan-kawasan terjejas. Ini bagi membanteras kecurian yang dilaporkan semakin menjadi-jadi, terutama di rumahtinggal dan premis perniagaan yang rosak teruk dipukul taufan. Karl dengan angin kencang sederas 185-kilometer sejam mula membadai kawasan pantai Teluk Mexico Jumaat lepas.
((DPA))
((DPA))
KOREA SELATAN - TEROWONG LAUT
Korea Selatan sedang menimbang kemungkinan membina terowong dasar laut yang menghubungkan negara itu dengan China dan Jepun, Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Pengangkutan, Darat dan Maritim berkata, kajian penilaian sedang dibuat dari segi teknikal dan ekonomi. Hasil kajian dijangka diperoleh pad a penghujung tahun ini. Terdahulu, laporan akhabr Chosun Ilbo menyebut, antara cadangan yang diketengahkan ialah pembinaan terowong menghubungkan bahagian barat Korea Selatan dengan Weihai di wilayah Shandong, China. Kos projek dianggarkan berjumlah 106-bilion Dolar.
((REUTERS))
((REUTERS))
LUBNAN
Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah pos tentera Lubnan di Doheira dekat garisan sempadan, lewat malam tadi. Demikian menurut laporan dari Beirut. Ekoran insiden itu, pasukan tentera Lubnan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi.
((DPA))
COLOMBIA
Di Colombia, pihak tentera berjaya membunuh seorang pemimpin kanan kumpulan pemberontak F-A-R-C. Domingo Biojo - penyelaras F-A-R-C wilayah Selatan merupakan antara 27 yang maut dalam operasi besar-besar pasukan keselamatan berhampiran sempadan Equador. Pengumuman dibuat Ketua Polis Colombia, Jeneral Oscar Naranjo. Difahamkan, kira-kira 60 pemberontak F-A-R-C berlindung dalam sebuah kem yang menjadi sasaran serangan udara dan darat itu.
((AFP))
CACING DALAM MATA
Cacing bersarang dalam mata. Itu penemuan yang mengejutkan John Matthews dari Iowa, Amerika Syarikat. Masalah disedari Disember lepas, bila dia mengalami gangguan penglihatan pada mata sebelah kiri. Penemuan ngeri itu disahkan doktor setelah lelaki itu menjalani beberapa siri ujian, Matthews kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti of Iowa. Haiwan parasit dapat dihapuskan dengan 2 tembakan laser. Bagaimanapun cacing yang mati tidak dapat dibuang. Matthews juga dimaklumkan, dia mengalami kerosakan kekal pada bahagian
retina.
retina.
((AFP))
SAHAM HONG KONG
Pasaran saham Hong Kong dibuka 0.41-peratus lebih tinggi. Indeks Hang Seng naik 90.41-mata kepada 22-ribu 67.81 dalam sesi awal dagangan.
((AFP))
SKUASY
Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia di Sharm El Sheikh, Mesir. Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mudah ke separuh akhir. Pemain nombor satu dunia itu mengetepikan rakan senegara, Low Wee Wern 11-2, 11-5, 11-2. Lawan Nicol di separuh akhir, pilihan ke-3 Alison Waters. Nicol, 27-tahun kini memburu gelaran dunia kali kelima, sekaligus menyamai pencapaian pemain lagenda Australia, Sarah FitzGerald.
((AFP))
-RTM-