GAMBAR FOTO MANZLIE 14/3/2011
suasana seperti 'pesta ibadah' alhamdulilah
tidak pernah sunyi di depan Haram' ni...
Pasti mengamit kerinduan kita untk kemari lagi...
suasana depa hotel darultauhid....
dah ramai skg jemaah solat di luar...aaalhamdulilah
cl pernah solat di situ...seronok tau suasananyer. bagaimana pula dengan ANDA?
subhanallah....
Jemaah mula keluar dari Pintu Utama
makin bertambah jemaah skg di mekah niii...alhamdulilah
Sunhanallah....
Pintu King Abdul aziz 1
Jemaah masih ada yang melalui kawasan depan Haram ni...
Agak tenang suasaana pagi sebegini...alhamdulilah
Pernahkah ANDA semua melalui pintu KING ABDUL AZIZ 1 ni..?
Subhanallah.....agak sesak seketika Dataran Kaabah
Cuaca pada hari ini lebih kurang 35C....alhamdulilah
sungguh syahdu bilamana menatap nyer tanpa perasan arimata mengalir membasahi pipi...masyallah


Ya Allah berikanlah aku kesempatan ke sana....
ReplyDeleteAmien...InsyaAllah...walau siapapun anda cpj doakan semoga niat baik anda akan dimakbulkan Allah...InsyaAllah cpj akan pergi mei/jun ini.Jom join cpj...doakan juga cpj.
ReplyDeleteAlhamdullillah, dapat tengok gambar terbaru kota Mekah, saya amat merindui nya. Kami ke sana pada 17 April 2010 hingga 30 April 2010, insyaallah kami dah plan nak ke sana lagi buat Haji pulak,kalau ada rezeki sebelum tu, nak pergi umrah sekali lagi.
ReplyDeletet.kasih kerana ada kesempatan memuatkan gambar2 sekitar Mekah. saya mmang merindui tempat itu. alhamdulillah ..saya pernah buat haji tahun lepas... insyaallah nak buat umrah jika ada peluang.. rasanya kalau ada peluang tiap2 tahun nak pergi situ..terteram, aman sejahtera..
ReplyDeleteya allah izinkan hamba menginjakkan kaki tuk beribadah ketanah suci sebelum engkau memanggilku,,,,,
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu....
ReplyDeleteHati bagai dirobek2 melihat gambar yg cgu paparkan. Saya sentiasa melawati blog cgu.
Saya sentiasa memanjatkan doa agar dijemput kembali ke tanah suci slepas pergi pertama kali pada bulan Disember 2009. Umrah ziarah musim sejuk.
Entah kenapa sejak awal tahun 2012 saya sentiasa terbayangkan tanah suci hingga terbawa2 dlm solat seolah2 sedang solat di dlm masjidil Haram.
Sehinggalah seminggu dua yg lalu hati saya bagi tersentap bila teringatkan masjidil Haram. Tempat yg paling tenang yg tidak dpt digmbarkan dgn kata2.
Lalu minggu lalu saya berdoa "Ya Allah adakah ini seruan Mu untuk aku kesana?" Kalau benarlah ya Allah ini seruan Mu yg aku memang yakin ini adalah seruan MU permudahkan utk aku ke sana. Bukakanlah jalan bagi ku untuk kesana. Aku rindu dgn Mu ya allah....." (Wal hal tidak sepatutnya saya meragui bahawa seruan ini sama ada dari Nya atau tidak. Sdangkan semestinya kita yakin bhawa ini adalah seruan Nya.)
Sejak itu air mata saya bercucuran sentiasa. Hati sayu terkenangkan lambaian Kaabah. Saya berserah kpdnya.
Maka terjadilah satu hari selepas beberapa hari saya berdoa tiba2 saya mendapat sms di ikuti dgn panggilan talipon dari seseorg yg dgn selamba mengatakan dia mahukan saya menikmati bulan Ramadhan tahun ini di Tanah Suci Mekah.
Saya terkedu. air mata mengalir. Sujud syukur padanya. Seharian air mata tak mau berhenti. syukur & syukur. Ya Allah keajaiban apakah ini ya Allah.
Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa. Berkuasa ke atas seluruh alam ini. Alam yg tak dpt diukur luasnya dgn mata kepala manusia yg bijak pandai. Apa tah lagi utk mengukur kekayaan Allah apalah ada pada kekayaan oprg yg menghadiahkan saya segala perbelanjaan ke tanah suci mekah dibulan Ramadhan nanti sehinggalah raya ke 2 saya akan berangkat pulan ke Malaysia.
Allah itu maha kaya. Aku sujud pada Mu ya allah kerana engkau Tuhan ku aku hamba Mu. Aku sujud pada mu ya Allah kerana tiada siapa yg layak disembah melainkan engkau ya Allah. Tiada siapa yg dpt menandingi kehebatan luasnya kerajaan pemerintahan mu ini Ya Allah. Jauh sekali untuk ku dapat meneke2 apa yg ada di sebalik langit yg membiru. Yg terbentang di mata ini pun tak mampu utk aku menilainya. Maha luas maha besar.
Namun kesyukuran ini sperti diragut kembali bila mengenangkan saat aku terpaksa pulang akhirnya. Ingin aku ke sana lagi. Malah ingin aku menetap di sana selama2nya....Hingga tiupan sangkala ke dua.
Waalaikumsalam...sahabat, terima kasih kerana selalu melawat blog saya. Saya paparkan semuanya kerana Allah...sudah menjadi kebiasaan bahawa sesiapa yang telah mengunjungi Baitullah @ Masjidil Haram akan menyimpan kerinduan dan akan sentiasa ada keazaman untuk pergi lagi berulang-ulang kali dan kalau boleh setiap tahun.Tidak salah yang demikian namun, haruslah diperhatikan juga sudut-sudut lain yang memerlukan bantuan dan pengorbanan kita dari segi kewangan, begitu juga sekiranya dapat tawaran atau sponsor. Perasaan, emosi dan kemanisan iman yang diperoleh hasil hubungan dan mengenal Tuhan itu memang amat sukar digambarkan.Namun kita orang awam dan orang biasa tidak boleh lari juga dari godaan syaitan.Kita memang sepatutnya sentiasa dapat membezakan antara bisikan dan ajakan syaitan dengan ilham Tuhan melalui para malaikat.Syaitan juga sentiasa merencana dengan pelbagai tipu helah termasuk mengajak kita ke masjid, bersedekah, berpuasa malah mengerjakan umrah dan haji.Hanya Allah dapat memelihara dan melindungi kita dari fitnah itu. Bagi kita orang biasa, hanya syari'at berpandukan hukum-hukum fiqh dapat membantu membezakan yang halal dan yang haram.Niat baik dan sumber halal, mengutamakan yang wajib daripada yang sunat, bla...bla...seumpama, silakanlah jangan khuatir dan was-was lagi...Tetapi sekiranya niat terpesung daripada kerana Allah, sama ada tuan punya badan atau yang bagi sponsor, duitnya pula diragui punca halal atau haramnya, maka adalah lebih baik menyimpan kerinduan itu supaya sentiasa rindu kepada-Nya. Allah sentiasa hampir dengan kita yang mahu menghampirkan diri dengan-Nya. Wajib hanya sekali, sunat tiada batasan kalinya...buatlah apa sahaja dan di mana sahaja asalkan mendapat rahmat kasih sayang dan keredhoaannya.Tahniah sahabat, selamat berkunjung lagi ke Baitullah.Saya doakan saudara memperoleh umrah yang makbul dan haji yang mabrur pada masa akan datang.
Delete