Pada pukul 2.46 petang waktu Malaysia, negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun kali ini paling dahsyat dalam sejarah negara mereka utnuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Mari semak video & gambar tsunami di Jepun…
Setakat ini menurut laporan BBC setakat ini, dilaporkan 44,000 telah hilang. Dahulu semasa berlakunya tragedi tsunami di Acheh semasa mula-mula dilaporkan bencana alam yang berlaku di sana, hanya ratusan sahaja yang menjadi mangsa korban, kemudian angka tersebut terus meningkat sehingga mencecah 200,000 terkorban.
Setakat saya menulis artikel tragedi Tsunami Jepun ini, melalui laporan CNN tiada sebarang kerosakan yang berlaku akibat tsunami di Hawaii, Filifina, WTaiwan dan juga Indonesia
- 8.8 juta rakyat Jepun dilaporkan terputus bekalan elektrik
- Setakat ini 60 dilaporkan terbunuh dan dijangka akan terus meningkat angka korban
Bahaya sungguh jika loji nuklear bocor dan terbakar seperti di atas, harap tidak menjadi seperti yang berlaku Chernobyl, Rusia. Negara Jepun dikelilingi laut pula, angin beertiup membawa radiasi di sekitar negara-negara jiran juga lautan fasifik bahaya untuk rantaian makanan laut seumur hidup.
P/S : Respek dengan orang Jepun, nampak begitu bersedia menghadapi malapetaka seperti ini. Negara Jepun pula dilihat dapat meminima kesan tragedi tsunami.
PP/S : Jepun banyak belajar dari kesilapan Kobe 1995. Mereka sentiasa bersedia. Itu sebab, bangunan di Tokyo dibina ikut standard eartquake. Dikatakan ada sebilangan bangunan Tokyo Metropolitan tu boleh bergoyang dengan kecondongan 45%.
Lebih 1,300 orang terkorban selepas gempa bumi paling kuat pernah dirakamkan di Jepun mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda pantai timur laut negara ini.
Ketika gegaran susulan terus melanda Jepun hari ini, termasuk satu yang berukuran 6.8 pada skala Richter, kerajaan mentaksir tahap kerosakan akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang berlaku selepas tengah hari semalam.Berikut adalah kesan-kesan yang di tinggalkan oleh tsunami.
Rumah, kereta dan yang lain dihanyut oleh tsunami di Kesennuma ,Wilayah Miyagi, Jepun utara, selepas gempa bumi kuat melanda kawasan itu.
Orang ramai menyaksikan kerosakkan yang berlaku selepas Tsunami di Kesennuma ,Wilayah Miyagi, Jepun utara
Tsunami besar melanda wilayah pesisir Iwanuma, Wilayah Miyagi, Jepun timur laut.
Rumah diranapkan oleh tsunami menyebabkan kebakaran di dekat Lapangan Terbang Sendai di Jepun,11 Mac 2011. Ada beberapa gempa susulan yang kuat dan amaran tsunami 10 meter selepas gempa bumi, yang mengakibatkan kerosakkan teruk di Tokyo.
Bangunan terbakar selepas gempa bumi di dekat Lapangan Terbang Sendai
Mangsa Tsunami berlindung dikedai buku saat gempa bumi diSendai
Rumah yang ranap dibadai oleh tsunami di Kota Natori
Gempa bumi yang terbesar pernah dicatatkan di Jepun sepanjang 140 tahun melanda pantai timur laut pada Jumaat,mencetuskan tsunami 10 meter yang memusnahkan segala-galanya.
Bangunan yang rosak akibat tsunami selepas gempa bumi
Ada beberapa gempa susulan yang kuat dan amaran tsunami 10 meter selepas gempa bumi
Rumah dalam api sedangkan sungai Natori adalah banjir di daerah sekitarnya disebabkan oleh gelombang pasang tsunami di bandar Natori
Kesan-kesan tsunami.
Letupan dari Loji Gas dekat Tokyo.
Tangki simpanan gas asli terbakar di kilang minyak Cosmo di bandar Ichihara, WilayahChiba, dekat Tokyo
Tangki simpanan gas asli meletup di Wilayah Chiba, dekat Tokyo

Seismolog Bernd Weber dari Jerman Geoscientific Research Institute GFZ di Potsdam menunjukkan untuk media saat titik pada graf dengan magnitud gempa bumi diJepun.
Keadaan Lapangan Terbang Sendai selepas lapangan terbang itu dilanda oleh tsunami di Jepun timur laut.
Pemandangan Hirono Power Station selepas gempabumi di Hirono Town, Wilayah Fukushima
Tsunami gergasi.
Jalan yang dipenuhi air selepas tsunami dan gempa bumi di bandar Kesennuma,Miyagi
Sendai Airport banjir selepas tsunami di Sendai, Timur Laut Jepun.
Perahu dihanyut oleh gelombang selepas tsunami dan gempa bumi di bandarAsahikawa
Sebuah pusaran air terlihat dekat Kota Oarai, Ibaraki Prefecture
Api gergasi
Kenderaan dilumatkan oleh tembok runtuh di sebuah taman kereta di bandar Mito di wilayah Ibaraki pada 11 Mac 2011 selepas gempa bumi yang dahsyat melanda Jepun.
Penduduk melihat kerosakan yang berlaku pada jalan dan rumah di kota Sukagawa
Kenderaan yang siap sedia un tuk dieksport rosak teruk di hanyut oleh Tsunami.
Pandangan dari udara ini menunjukkan gelombang pasang tsunami bergerak ke hulu (sisi kiri)di sungai Naka
Perahu nelayan dan kenderaan yang dibawa oleh gelombang tsunami di pelabuhanOnahama di bandar Iwaki
Sebuah pesawat ringan dan kenderaan tersadai di atas air selepas tsunami dilihat di bandar Natori
Kilang terbakar teruk selepas tsunami.
Bagunan rosak teruk selepas Tsunami.
Penduduk sekitar melihat keadaan selepas Tsunami.
Cpj: Ingatlah bahawa saat-saat kiamat bagi setiap diri termasuk diri kita sendiri akan tiba...






















































salam
ReplyDeletebala bencana di Jepan satu peringatan kepada kita semua
takut kan tgk apa yg berlaku..mcm dunia nak kiamat......jepun yg berteknologi pengesan tsunami pun ble terkena..tapi sbb dia dah kesan awal,takde la org2 dia banyak terkorban.........nauzubillah...
ReplyDelete