Victoria Falls

Iguazu Falls

Huangguoshu, China

Blue Nile Falls, Ethiopia

Angel Falls, Venezuela

Niagara Falls, Canada/USA

Jog Falls, India

Gullfoss, Iceland

Dettifoss Water Falls

Sutherland Falls

Kaieteur Falls

Yosemite Falls

Angel Falls

Plitvice Waterfalls

Great Falls

Damajagua Falls

Kegon Falls. Japan

Redakan Kepanasan Hati Mu
Labels: minda cikgupj, Minda Falsafah
Benda-benda yang panas selalunya menyakitkan. Benda-benda panas mudah untuk disejukkan. Dengan menjiruskan air, semua benda yang panas akan menjadi sejuk, malah api yang panas itu akan padam apabila dijirus air kerana hilang kepanasannya. Api hanya timbul bila belaku kepanasan. Api yang sangat panas akan terus menyala walaupun di dalam air, kerana kesejukkan air tidak mampu menyejukkan api yang terlalu panas. Masalahnya 'hati' bukan benda, hati tidak boleh dijirus dengan air. Jadi apa cara meredakan kepanasan hati?. Hati yang panas tidak boleh dibiarkan kerana kepanasan boleh menghancurkan.
Hati berkaitan terus dengan Tuhan, berkaitan terus dengan iman, berkaitan terus dengan nafsu dan berkaitan terus dengan kepanasan syaitan yang dijadikan dari api. Hati menjadi panas bila berjauhan dengan Tuhan, jadi bila hati panas dekatilah tuhan dengan zikir.Hati menjadi panas bila kekurangan iman, jadi apabila hati menjadi panas, tambahlah iman dengan membaca Al Quran. Hati menjadi panas bila nafsu mengalahkan aqal, jadi bila hati menjadi panas maka aqal hendaklah menjadi pemimpin dan nafsu menjadi hamba. Hati menjadi panas bila syaitan bersatu atau menguasai diri, jadi bila hati menjadi panas, betulkan aqidah, masuk dalam kesatuan Ilahi.
Kata mereka yang berilmu dan beramal, sekiranya kamu marah, bezikirlah, ambillah wuduk dan solatlah menghadap Tuhanmu dengan hati yang tulus. Sekiranya semasa kamu marah, kamu bercakap maka kamu diamlah.Sekiranya semasa kamu marah kamu berdiri, maka kamu duduklah. Sekiranya semasa kamu marah kamu duduk maka berbaringlah, dan sekirannya semasa kamu marah kamu berjaga, maka kamu tidurlah. Ingatlah bahawa kamu adalah hamba yang kerdil, Tuanmu adalah Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Agung. Siapalah kamu berbanding dengan Tuhan kamu, tetapi ingatlah bahawa Tuhanmu sentiasa menyayangikamu.-cikgupj-http://cikgupj.blogspot.com/2010/08/redakan-kepanasan-hati-mu_03.html


Sejuk mata (kasar) memandang, sejuk juga (mata)hati ini. Segala pujian untuk Allah, Sang Pencipta.
ReplyDelete