

Nama Tempatan:
-Senduduk putih
Nama Saintifik:
-Melastoma decemfidum roxb.
-Melastoma Imbricatum
Nama Lain:
-Keduduk putih.
Famili:
-Melastomaceae
Lokasi dijumpai:
-Liar
Keterangan:
Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras.Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm.Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.
Kegunaan:
Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air.
Cpj:
Suatu hari kawan cpj menyuruh cpj mencari akar senduduk putih kerana menurutnya akar senduduk putih sangat banyak kegunaannya.Tetapi cpj kurang percaya adanya senduduk yang bunganya warna putih kerana selama ini cpj hanya jumpa senduduk yang bunganya warna pink. Namun bila jadi blogger baru cpj sedar bahawa "Apa yang tidak ada dalam dunia ini, percayalah semuanya ada beb!!!..."
"Pilihlah sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhiratmu, kerana nanti kamu akan berhadapan dengan Tuhan kamu Yang Maha Agung"-cpj.


Memang ada senduduk putih tu. Kak tie tengok sendiri. Pak sedara ada beri, tapi bila kak tie tanam, keluar bunga warna pink lak. Sekarang ni ada mak tolong semaikan... nanti nak bawa balik.
ReplyDeleteKebiasaannya bunga2 yang berwarna putih ni adalah ubat...
Salam kak tie, warna putih itu sendiri melambangkan kesucian dan kebersihan.Dengan menggunakannya sebagai bahan ubat, diharapkan dapat menyucikan dan membersihkan anggota yang sakit daripada penyakit.Dengan Izin Allah semuanya akan menjadi.InsyaAllah.
ReplyDelete