Salam kepada semua pengunjung blog minda cikgupj(cpj).
Cpj amat menghargai anda semua.Andalah sebenarnya yang telah menghidupkan blog ini.Selama dua minggu bermula malam ini, blog cpj
tidak dapat dikemaskini kerana cpj tidak boleh online dalam misi penting ini.
Cpj berharap pengunjung tolong doakan semoga cpj selamat pergi
dan selamat kembali. Sekiranya cpj tidak kembali dalam tempoh 20 hari, maafkanlah
segala kesalahan cpj kerana itu bermakna cpj telah berada di alam barzakh.
CPJ
Cpj berharap semua blogger yang singgah di blog cpj ini teruskan berblog dan cpj berpesan supaya biarlah
segala usaha berblog ini tidak menjadi usaha yang sia-sia sebaliknya menjadi usaha yang diredhoi dan diberkati justeru memberi manfaat kepada diri sendiri
dan semua pengunjung semasa di dunia dan membawa ke alam akhirat.
Walaupun cpj tidak update blog datanglah setiap hari dan carilah sesuatu yang bermanfaat di
Terima kasih atas sokongan anda semua!
ASSALAAMUALAIKUM
WARAHMATULLAAHIWABAROKAATUH.



A'kum.
ReplyDeleteSelamat berjaya di dalam melaksanakan misi dan selamat kembali.
Assalam CikguPJ,
ReplyDeleteKemana agaknya cikgu nak pergi sehingga antara hidup dan mati. Nampaknya Misi yang berat akan ditanggung oleh cikgu. Walau apapun saya sentiasa doakan semoga cikgu berjaya dan selamat dalam apa juga kerja dan tanggungjawab yang cikgu laksanakan. Terima kasih juga kerana cikgu selalu melawat ke laman saya. Selamat Hari Guru...
salam alaykk....barakallahufik...selamat berjaya juga...semoga dipermudahkan semua urusan...salam perjuangan!
ReplyDeleteAh ke mane pulak yob kite ni? Sampai tak dpt access broadband? Nak kata ke Palestin, misi kemanusiaan hanto makanan pakaian ubat-ubatan ke Gaza kut? Takkan sana koman bebeno sampai tak ada perkhidmatan internet...ishhh...tak mungkin!
ReplyDeleteTak pernah dengor cerita cpj akan sertai khidmat negara PLKN atau menjalani latihan untuk misi angkasa lepas? Oh kalau ke space harus la senang nak berinternet ni...sibuk la katakan.
Apa pun kerja buat cikgu PJ cuba la cpj ikhlaskan hati, mujahadah dgn kesabaran, fikirkan yg terbaik untuk hasil terbaik. Demi agama bangsa & negara.. Alif Ba' Ta' depa kata. InsyaAllah kita jumpa la lagi.. tak usah risau kami sentiasa doakan cpj sihat, kuat, berjaya di duia hingga akhirat. Kalau tak jumpa di sini alam maya kat akhirat kelak pasti boleh kita sembang sembang lagi.
apa jua tugas atau lawatan yang cpj lakukan,saya ucapkan selamt sejahtera dan jumpa lagi
ReplyDeletemisi berat tuh....didoakan Allah sentiasa bersama CPJ
ReplyDelete