Diantara perkara yang perlu diberi perhatian adalah :
1. Memberi peluang dan membantu perkembangan potensi setiap murid. Kita seharusnya memberi peluang kepada murid untuk memilih sukan yang diminatinya dan bukan menghadkan bilangan murid bagi setiap permainan. Misalnya, di SMK Bandar Puchong Jaya (A), murid diberi kebebasan untuk memilih permainan yang mereka berminat dari kalangan sukan yang mampu dilaksana oleh sekolah itu. Bilangan guru penasihat untuk setiap permainan ditetapkan berdasarkan bilangan ahli yang berdaftar untuk setiap permainan.
2. Berkerjasama dengan agensi luar untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah. Kebanyakan Persatuan Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Negara sudi membantu sekolah-sekolah dalam pembangunan sukan. Pengalaman peribadi saya dalam urusan dengan Persatuan Kriket Malaysia, POAS (olahraga), Persatuan Kabadi Selangor, SRAS (Skuasi), Persatuan Lawan Pedang Selangor dan Persatuan Hoki Selangor (jika ada persatuan yang tertinggal, ia tidak disengajakan) agak memuaskan. Mereka sangat sudi membantu. Masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah birokrasi iaitu kelewatan dalam urusan surat menyurat yang melambatkan kelulusan dari pihak JPN mahupun KPM untuk melaksanakan sesuatu program dari awal tahun. Adalah diharapkan semua pihak yang berkepentingan dapat mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) dalam perkara ini supaya kami guru di sekolah dapat membantu murid mencapai potensi sebenar mereka. Selain itu, kami guru tidak dapat membawa murid menyertai aktiviti-aktiviti anjuran pihak luar kerana tidak mendapat kelulusan dari JPN atau KPM. Pihak penganjur seharusnya memohon kebenaran dari JPN/KPM terlebih dahulu sebelum menjemput sekolah-sekolah untuk mengambil bahagian supaya kami guru dan juga murid-murid tidak kerugian kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sedemikian.
3. Pihak sekolah hendaklah menjalankan aktiviti sukan sepanjang tahun. Kebanyakkan sekolah menghabiskan aktiviti sukan dalam penggal pertama walaupun terdapat surat siaran berkenaan perkara ini. (No. Ruj. KP .BSSK.302-02/03/002(17). Kebanyakkan sekolah terkongkong dengan penilaian kokurikulum yang memerlukan kehadiran minimum 12 kali setahun. Bagaimanakah murid-murid kita hendak mencapai kecemerlangan jika mereka hanya berlatih 12 kali setahun? Harapan saya adalah supaya murid dibenarkan berlatih sepanjang tahun seperti dilaksana di beberapa sekolah yang saya kenali seperti SMK Bandar Puchong Jaya (A) (bola keranjang dan bola jaring), SMK Seri Indah (olahraga dan bola sepak), SMK USJ 12 (olahraga), SMK USJ 8 (olahraga), SMK Taman SEA (olahraga) dan banyak lagi sekolah yang saya tidak kenali.
2. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadiaktiviti teras sukan di sekolah. Terdapat sekolah yang tidak mengadakan ketiga-tiga aktiviti ini. Terdapat sekolah yang mengadakan satu atau dua sesi latihan sahaja sebelum sukan dijalankan. Kejohanan olahraga pula dimuatkan dengan pertandingan lintas hormat dan perasmian yang biasanya diadakan awal pagi semasa cuaca paling sesuai untuk murid bertanding dalam acara olahraga (latihan lintas hormat pula diadakan hampir setiap hari semasa P&P), persembahan/pertandingan 'cheerleading' (peruntukan masa melebihi masa untuk acara olahraga) dan aktiviti-aktiviti lain yang 'mencuri' kegemilangan pertandingan olahraga. Keutamaan seharusnya diberi kepada peserta acara olahraga dan kemuncak penyampaian hadiah adalah untuk peserta terbaik olahraga dan bukan untuk kumpulan persembahan terbaik, kumpulan sorakan terbaik ataupun kumpulan kawad kaki terbaik. Perkara-perkara sampingan ini seharusnya dijadikan sampingan dan juga adakan pertandingan masing-masing seperti pertandingan kawad kaki dan pertandingan 'cheerleading' pada masa lain.
3. Membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Kita juga perlu berusaha ke arah membangun modal insan dari kalangan guru. Kebanyakkan guru ingin dan akan melaksanakan tugas yang di amanahkan sekiranya mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam tugasan tersebut. Pihak sekolah seharusnya merancang program-program seperti kursus, klinik, lawatan dan sebagainya untuk meningkatkan kepakaran guru. Tanpa modal insan yang mencukupi dari kalangan guru, memang sukar untuk membangunkan modal insan dari kalangan murid. Pihak KPM perlu memberi peruntukan yang mencukupi supaya pihak sekolah dapat mengadakan program-program untuk meningkatkan kemahiran guru-guru dalam sukan.
4. Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa mulai tahun 2012. Kebanyakan jurulatih dan ibu bapa kurang puas hati dengan sistem penilaian sedia ada kerana murid yang cemerlang dalam sesuatu sukan akan mendapat gred yang rendah kerana beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat persatuan dan unit beruniform (keperluan untuk berlatih sepanjang minggu). Adalah diharapkan bahawa sistem penilaian baru ini akan memberi pengecualian/keutamaan kepada murid yang cemerlang dalam satu bidang samada sukan, persatuan atau unit beruniform. Seorang murid yang telah mencapai prestasi tinggi di peringkat kebangsaan seharusnya diberi gred A.


Cikgu, saya sebagai bapa yang pernah bergiat cergas dalam bidang sukan di zaman persekolahan dan universiti dulu, sangat menitikberatkan aktiviti sukan anak2 saya seramai 4 orang di sekolah rendah (tahun 1,3,5 dan 6) dan saya pastinya menyokong penuh dasar 1M1S yang diperkenalkan kerajaan namun apa yang mengecewakan saya pihak sekolah anak saya (4 sekolah dah!)tidak pernah mengalu-alukan penglibatan ibu-bapa dalam aktiviti sukan murid walaupun sebagai penyokong- pemberi semangat dalam latihan sukan jauh sekali menjemput sokongan ibubapa semasa pertandingan MSS. Sekolah tetap menjadi kawasan larangan ibu-bapa sewaktu aktiviti sukan sebelah petang kecuali sukan tahunan setahun sekali, yang 1/2 penuh dengan aktiviti bukan sukan seperti tulisan cikgu diatas. Saya pernah dimarahi oleh guru sukan di perhimpunan pagi ( dari laporan anak) memberi amaran keras agar saya (maksud,semua ibubapa) jangan datang ke padang sewaktu latihan..Tindakan ini sangat memalukan, dan saya rasa adalah pemikiran kolot/jumud yang perlu dikikis segera demi kemajuan sukan negara.Di negara barat yang sangat maju dalam bidang sukan, ini tidak berlaku malah penyertaan ibu-bapa hampir menjadi satu kewajipan dari peringkat pra sekolah lagi. Apa pandangan cikgu dalam hal ini? Adakah dasar sekolah seperti ini dibenarkan dan mendapat restu dari pihak PPD dan juga Kementerian Pelajaran? Tidakkah ianya bertentangan dengan dasar 1M1S di Para 6.0 sub-para 6.5? Tolong komen sikit cikgu! terimakasih.
ReplyDeleteSaya pun tumpang kecewa sama la nampaknya. Malaysia ni pelik sikit. Tak tahu mana model acuan orang atas Kementerian tu ikut, entah. Sukan jasmani hanya untuk "melepas batuk di tangga' saja la nampaknya, kalau tak pun, seperti "melukut di tepi gantang". Terpaksa la saya mengerah anak-2 kami bersukan bersungguh-2 di waktu petang untuk menambah kecergasan, meningkat skil permainan selain untuk menutup kesan kepincangan sistem pendidikan, pengajaran sukan di sekolah. (batuk!)
ReplyDelete