Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kepada mereka2 yang baru sahaja menjadi Atheist, atau telah berpengalaman lama menjadi Atheist, atau baru berniat untuk menjadi Atheist, silakan lah menonton video ini dengan menggunakan AKAL yang waras. Perhatikan dengan TELITI pada mata lalat di dalam video ini. Lihatlah formasi2 yang kemas dan tersusun rapi itu. Adakah semua itu terjadi dengan sendiri?? Semua mata LALAT tersusun rapi dan kompleks begitu?? NONSENSE!!
Saya tidak perlu bercakap banyak dan menghabiskan masa saya. Cukup lah kamu perhati dan renung sebaik mungkin terhadap kejadian Allah itu. Jika kamu masih mengatakan bahawa ianya TERJADI DENGAN SENDIRI, maka ikut suka hati kamu lah. 
“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” Surah Al Hajj : Ayat 73
Semoga kamu mendapat HIDAYAH dari Allah dan ditunjukkan olehNya CAHAYA KEBENARAN. Semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Wassalaamu’alaikum w.b.t…. dan selamat sejahtera belaka 


Salam CPJ..
ReplyDeletePersoalan itu amat payah dijawab dgn guna logik akal..sebab kehidupan hari ini seolah2 duit itu lbh penting dr kita kenal akan PENCIPTA kita sendiri..
duit seolah2 merampas hakNya utk diAgungkan, malahan duit juga boleh menyebabkan hilangnya ingatan kpdNya..
jadi bukan salah PENCIPTA, yg salah adalah pentadbir alam ni yg diberi amanah namun pentadbir alam ini lah yg menyebabkan manusia berlumba2 mengejar dan mengagungkan duit!
sekadar pandangan!
Subhanallah..rupanya mata seekor lalat amat kompleks dan penuh dengan kesenian yg amat hebat..
ReplyDeletemaha suci Allah...siapalah kita manusia yg hina ini di "mata" Allah pula...
thanx cpj..blog cpj saya tengok byk informasi...teruskan cpj...jazakumullah khaira!
subhanallah...bismillah..hebatnya allah dia mampu buat kita tak mampu usahakan solat,walau ianya hanya lbih kurang 15minit.kalau campur2 smuanya 5waktu lbih kurang sejam stngh je dr 24jam.dia mampu buat kita tak mampu mengangkat selimut subuh yg tak sampai 2kg beratnya..dah terang lg bersuluh,allah lah yg pilih sesiapa yg dia mahu dpt brsujud padanya..alangkah malang kalau kita tak terpilih tapi dia biarkan kita mampu bangun pagi2 untuk seterika baju sbb nk pegi interview,lbih sdih kalau dia buat kita mampu bersusah payah mendaki gunung sbgai hobi..walahuaklam..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSy cuba membantu menjawab akan persoalan yg Cpj kemukakan dan mudah2an ianya akan membantu..
Apakah asal usul duit?
Duit diperbuat dari kertas..Dan dari mana dtgnya kertas?
Dari kulit dan gentian pokok..
Siapakah yg menjadikan pokok?
Jika tidak percayakan Tuhan tp percayakan Duit,tanyakan pula siapa yg menciptakan duit..
Manusia hanya menggunakan sumber alam utk kegunaan mereka ttp mereka tidak mampu mencipta wlw sebatang pokok pun..
Pokok memerlukan Tanah,air,matahari utk hidup,begitu juga manusia..
Mintalah makcik tu pegang dua biji botol dan peganglah selama yg dia mampu..
Jika smpai ketika keletihan menguasainya,maka akan terlepaslah botol itu dari genggaman lalu pecahlah botol2 tersebut menandakan manusia itu perlu rehat dan punya had kemampuannya..
Maka sebab itu botol itu boleh terlepas dari pegangannya..
Tanyakan kpdnya jika manusia yg menciptakan duit itu pun perlu rehat dan punya had atas kemampuannya,bagaimana pula matahari itu boleh terbit dan terbenam mengikut peredaraannya sedari bermulanya alam sehingga kini jika tidak kerana ada suatu kuasa yg mengawal akan perjalanan alam ini..Itulah kuasa yg maha Esa yg manjadikan langit dan bumi dan segala macam makhluk lg..Bayangkan jika Tiada Tuhan utk mengawal peredaran dunia ini,maka alamat berterabur dan berlanggaranlah segala sistem galaksi yg kita huni ini..
Andai dia masih tidak mempercayai Wujudnya Tuhan,maka ujilah Makcik itu dgn mengatakan bahawa ckgu meragui akan mewujudan otak manusia..Jika Makcik itu menafikan,cuba tanyakan bagaimana Makcik boleh mengatakan wujudnya sesuatu yg makcik itu tidak nampak..Jika kewujudan otak itu boleh dibuktikan dgn kaedah saintifik,maka manusia tidak perlu secanggih itu utk mencari bukti kewujudan Tuhan dgn hanya merenung langit dan mengikuti peredarannya..Lihatlah langit itu sehingga kita letih lesu berjam-jam,Langit itu ttap dgn peredarannya mengikut hukum dan perintah Tuhan yg tiada pernah rehat dan tidur utk menjaga makhluknya..
Tanda2 keberadaan Tuhan itu wujud dan ada bersama kita setiap hari dan tidak pernah meninggalkan manusia wlw sesaatpun..
Apabila manusia mengabaikan Tuhan,maka dunia juga akan menjauh dari kita..Maka Rahmat Allah itu menjauh dan manusia itu sendiri menjadikan Allah kikir terhadap mereka..
Org miskin ttp sombong adalah antara golongan yg dibenci Allah krn kemiskinannya tidak padan dgn akhlaknya terhadap Allah..Sedang org yg kaya dan sombong itu lg dibenci oleh Allah,inikan pula yg miskin ttp kufur terhadapnya..
Usah tanya Apa yg Allah perbuat utk kita sebaliknya tanyakanlah diri kita apakah bukti kehambaan kita kpdnya..
Setiap kejadian makhluk menceritakan kebesaran Allah.
ReplyDeleteSubhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar.
cpj@tanpa nama:Salam sahabat, terima kasih atas pandangan, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa trend kehidupan zaman kini menyebabkan banyak orang tidak lagi bertuhankan Pencipta yang sebenarnya tetapi bertuhankan duit sama ada secara sedar atau tidak disedari.Kita berlindung dengan Allah daripada berlaku syirik kepada-Nya
ReplyDeletecpj@tanpa nama:Salam, terima kasih atas komen.Kita ni 'habuk pun tarak' itulah perumpamaan mudah berbanding dengan Allah Yang Maha Agung.Alhamdulillah...terima kasih atas galakan saudara/ri itu.Insyaallah cpj akan teruskan usaha.Datanglah lagi...
ReplyDeletecpj@tanpa nama:Alhamdulillah...benar sekali apa yang saudara/ri katakan itu.Bersyukurlah kerana Allah telah pilih bagi yang hidup dalam kebajikan.Memang kuasa mutlak bagi Allah...namun jangan lupa bahawa manusia diberi pilihan memilih jalan hidupnya sendiri...jangan pula Allah disalahkan sekiranya kita sendiri memilih jalan-jalan kesesatan.Umpama kita memetik papan kekunci komputer...kita bebas memilih isi kandungan yang hendak dilayari di alam maya...Allahuaqlam.
ReplyDeletecpj@kering:Salam saudara, walaupun guna nama kering tetapi sentiasa basah dengan zikrullah...terima kasih atas pandangan dan cadangan saudara kering itu.Isyaallah kalau ada peluang bertemu dengannya lagi cpj cuba cadangan dan pandangan kering itu.Manusia ini kalau terlalu kaya atau terlalu miskin maka menghampirilah akan dia kepada kekufuran.Mudah-mudahan kita hidup dalam serba kesederhanaan mengikut apa yang telah disyariatkan, sentiasa bersabar dan bersyukur atas ujian dan rahmat yang diberikan lalu redho pula atas segala ketentuan Ilahi kepada kita...terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk respon yang sangat bermakna ini.
ReplyDeletecpj@cikgu humairi:Allahuakbar! Allahuakbar!Allahuakbar! Walillahilhamd...
ReplyDeletemenarik komen "kering"... SubhanAllah..
ReplyDeletecikgupj nak tanya sikit, kenapa guna "mereka2" ?. Mereka (satu perkataan sahaja) dah bermaksud ramai. Ramai juga yang saya perhatikan bila cakap..."mereka2"
Renung2kan... peace
minta izin kongsi.. tk