Piliharaya umum 13 semakin hampir, angin 'sepoi-sepoi bahasa' yang bertiup memberi ramalan bahawa pilihanraya akan diadakan dalam bulan November 2011, tapi tarikh sebenar hanya Tuhan yang tahu. Semua parti yang akan bertanding sudah tentu mahu kemenangan menyebelahi pihak parti mereka. Sesuatu kemenangan dalam perjuangan bukan dapat diperoleh hanya dengan berangan-angan sahaja. Segala usaha mestilah menepati hukum/syarat untuk memperoleh kejayaan tersebut. Sebagai ibarat, sekiranya nak hasil lumayan dalam pertanian, mestilah diusahakan dengan mengikut hukum-hukum atau syarat-syarat tertentu yang menjadi asbab kepada kejayaan mendapatkan hasil lumayan, misalnya menggunakan baja yang berkualiti dan sesuai dengan tanaman dan mesti pula mengikut jadual pembajaan yang betul.
Mengurus tumbuhan dan haiwan mungkin lebih mudah daripada mengurus manusia. Dalam politik, kebijaksanaan dan ilmu yang betul/berkesan perlu untuk menguruskan manusia. Kalau pokok dan haiwan ada bermacam-macam jenis @ spesis, manusia lebih rencam dan pelbagai. Dengan pelbagai 'jenis' manusia yang ada, maka keperluan kepelbagaian dalam perjuangan sangat perlu untuk mencapai kemenangan. Pihak yang pandai mempelbagaikan kaedah/strategi dan persenjataan yang digunakan sudah tentu akan memenangi pilihanraya umum 13 dengan izin Allah. Allah Maha Adil dan Allah Maha Menghukum. Sesiapa yang cukup syarat-syarat untuk diberi kejayaan, sudah pasti Allah akan memberi kejayaan sebagai hukuman yang adil atas usahanya.
Pihak yang hendak berjaya dalam perjuangan sudah tentu mesti ada tentera.Sejarah membuktikan bahawa tentera yang berkualiti dan bilangan tentera yang ramai dengan kelengkapan perang yang sesuai menjadi faktor kemenangan. Tentera yang ramai sahaja tetapi kalau hanya bergerak di jalan raya sahaja, tidak berguna. Tentera yang ramai dan berkualiti mestilah mempunyai bidang kepakaran masing-masing. Ada yang bergerak di jalan, ada yang bergerak di sungai, ada yang bergerak di hutan rimba bukit dan gunung, ada yang bergerak di gua dan terowong bawah tanah dan ada yang bergerak di udara. Mereka semua itu pula ada yang beruniform dan dikenali dan ada pula yang berpakaian biasa dan tidak dikenali. Itulah ciri-ciri pejuang yang ampuh dan akan menang. Dengan strategi yang pelbagai dan berkesan dan persenjataan yang sesuai pula sudah tentu dapat mengalahkan musuh dalam jarak dekat dan jauh, dalam keadaan cerah atau dalam kegelapan malam, dalam keadaan cuaca panas atau hujan, pendekata keadaan apapun dapat diuruskan.
Pejuang yang hebat ialah yang berfikiran terbuka, berminda kelas pertama umpama Salehudin Al Ayubi yang amat penyayang dan pengasih walaupun terhadap musuh, jauh sekali panas baran dan sentiasa bersentimen.Berjiwa pemaaf, mempunyai penghormatan yang tinggi walaupun terhadap tumbuhan dan haiwan.Pihak yang ingin menang haruslah mempunyai pemimpin yang hebat yang boleh memimpin bala tenteranya melaksanakan misi. Pemimpin begini bukan sahaja dikagumi dan dihormati oleh pengikut tetapi juga oleh musuh.Mungkin juga pemimpin seperti ini adalah orang biasa tetapi diberi kelebihan oleh Allah sebagai Pemimpin umat yang membawa kemenangan dalam perjuangan.
Perjuangan akan mengambil masa yang panjang, berterusan tanpa ada had-had masa tertentu, kalau hanya dekat pilihanraya baru nak sibuk buat itu dan buat ini, susahlah untuk berjaya. Kalau itu dan ini dibuat sepanjang masa dan bila dekat pilihanraya diperhebatkan pula itu adalah kes yang berbeza. Itu dan ini yang dibuat pula dilihat bukan kerana pilihanraya tetapi dibuat sebagai satu tanggungjawab kepada umat/rakyat/orang ramai yang harus dilaksanakan sebagai satu kewajipan. Kalau ini dapat dilaksanakan dengan murni dan sempurna, tidak ada sebab kejayaan tidak dapat dicapai. Berusahalah selagi hayat masih ada kerana Allah, nescaya Allah akan kurniaan kejayaan dunia dan akhirat, tetapi sekiranya semua usaha semata untuk sesuatu kejayaan mendapat kuasa politik semata, kalau berjayapun hanya untuk dunia tetapi akhirat Allah akan lupakan seperti kita melupakan Allah semasa di dunia. Berusaha bersungguh memenuhi syarat dan hukum, berdoa dan bermunajjat kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan bertawakkal dengan hati yang bulat berserah diri kepada Allah adalah anak kunci kejayaan dalam perjuangan.SELAMAT BERJUANG KERANA ALLAH!-Cikgupj
Bersambung...


PRU ada la alat saja untuk kita sama ada menten sedia ada (bagi can lagi?) ATAU kita ubah selera - tukar untuk bagi can orang lain pulak?). Kita tukar barisan orang-orang yg membentuk sistem yg mereka laksanakan. Hanya orang politik yg kita akan tukar jika mereka kalah PRU.
ReplyDeleteAskar, polis, kikitangan kerajaan, cikgu, pensyarah yang tu juga. Tu semua tak perlu tukar. Kalau ditukarkan sebab 'balas dendam kesumat' politik tu tak patut. Tak adil. Repot kat i. Tau la i kerjakan depa tu! Hehehe!