Badan bebas urus Liga M
PETALING JAYA - Kekalahan kepada Jepun dan onak duri yang menyukarkan impian penyerang kebangsaan, Safee Sali beraksi bersama pasukan Cardiff City, sudah cukup jelas menjadi penunjuk aras kualiti bola sepak Malaysia ketika ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa tanpa mahu berselindung, secara terbuka mengakui perjalanan bola sepak Malaysia mendaki ke pentas antarabangsa dan sekali gus menyaingi sekurang-kurangnya jaguh Asia seperti Jepun dan Korea Selatan masih terlalu jauh untuk dicapai.
"Standard bola sepak kita masih terlalu jauh jika dibandingkan dengan Jepun, apatah lagi bola sepak di England yang memiliki liga antara yang terbaik di dunia," katanya kepada Mingguan Malaysia pada Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, semalam.
Menurut Annuar, bola sepak Malaysia memerlukan satu rangka tindakan (blueprint) untuk menyusun kembali Liga Malaysia (Liga M) agar menjadi sebuah liga yang kompetitif dan mampu melahirkan pemain tempatan yang berkualiti tinggi.
Jelasnya, untuk menjayakan hasrat tersebut, FAM perlu berani mengorak langkah dengan melantik sebuah badan bebas untuk menguruskan Liga M secara profesional dan Liga Jepun boleh dijadikan sebagai contoh terbaik untuk merealisasikan hasrat tersebut.
"Liga M sebenarnya tidak mencapai standard bola sepak profesional dan kita juga gagal mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
"Lihat sahaja fasiliti yang kita ada seperti padang dan lampu limpah, jurulatih, amalan diet pemain dan banyak lagi yang perlu diperbetulkan," ujarnya.
Malah, beliau secara berterus-terang meragui keikhlasan Cardiff City untuk menguji Safee yang mana ia turut mencerminkan tahap sebenar bola sepak Malaysia di mata orang luar.
"Saya tidak pasti adakah Cardiff benar-benar hendak menguji Safee untuk diambil sebagai pemain, atau sekadar menjaga hati atau mereka memang ikhlas untuk memberi peluang Safee mengikuti latihan selama dua minggu bersama kelab itu," ujarnya.
Annuar memberitahu, sebelum pemain Malaysia berhajat untuk bermain di luar negara, mutu Liga M perlu diperbaiki terlebih dahulu agar negara ini benar-benar mampu melahirkan lebih ramai pemain berwibawa untuk tempoh jangka panjang.
"Jika kita ada liga yang berkualiti tinggi, saya fikir untuk membawa masuk pemain import yang hebat ke negara ini juga tidak menjadi masalah," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berhasrat untuk membawa cadangannya itu ke peringkat pucuk pimpinan tertinggi FAM untuk dinilai secara mendalam demi masa depan bola sepak Malaysia.-UM
Cpj: Pada hemat cpj bukan masih jauh tetapi semakin menjauh!


result dgn Jepun tu tentu la kita dah lame anggap skornya gitu.. we've had not expected the scoreline like that...tapi over 3 goals.. something like 4-0.. tapi tak apa kita nak tengok team performance, defense macam mana, movement of the ball camna, memang kita masih jauh. Malah betul gak tu Cpj tulih tu... memang kian jauh. Kita patut menten status/kualiti kat ASean ni. TApi dlm masa 2, 3 tahun kita kena kejar (kejor) upper teams like Bahrain, Oman, Kuwait, dll. Kena buat international friendlies setiap 2, 3 bulan 1x. Bukan lawan cikai macam Zimbabwe, Mongolia, Pakistan... apa kelas? Kalau lawan Thailand, Singapore ok lagi la. Even if kita terpaksa tunda matched liga S, Piala M'sia untuk national team buat training & friendlies tu..FGS, ni dah lama kita desak. Tapi sayang masih FAM tahap mentaliti setaraf Zimbabwe, Somalia kut? Or worse?
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBerkenaan dgn perlawanan menentang Jepun,ianya adalah pentas yg bagus utk menyaksikan Tahap sebenar Pasukan Malaysia dipentas Asia..
Perlu kita insafi bahawa pusingan akhir Asia ini adalah yg pertama kali sejak beberapa dekad..
Maka meletakkan harapan bahawa kita akan mampu menjinakkan Jepun hanyalah semata-mata retorik Akhbar yg kadangkala dimuatkan utk menyedapkan hati pembaca..Realitasnya adalah bersalahan dgn apa yg tersurat..Ini perlu kita akui..
Kita hnya baru menang kejohanan diperingkat Asia Tenggara dan belum lg mengatasi negara2 Asia yg lain dibarat,timur dan tengah benua ini..
Maka memang padanlah keputusan itu dimata sy..
FAM hanyalah suatu badan yg dimiliki oleh para Bangsawan yg sebenarnya lbh minat dgn penajaan,Hak penyiaran,penajaan dan Hak Penyiaran..Pembangunan???
Anatomi asas sains sukan pun mereka masih jahil,apatah lg tentang perkara2 yg lbh serius..
Mereka adalah golongan yg bukan ahli dlm bidang bolasepak,krn itu nampak sangat kejanggalan patern pemikiran mereka dgn realitas dan tuntutan semasa dlm dunia sukan yg semakin pantas,berstatistik,punya sistem penggiliran pemain,punya Staf kejurulatihan mewakili setiap peringkat umur,Research and devolepment tentang kemahiran dan aproach yg perlu bg setiap kumpulan umur..
Lionel Messi diasuh di akedemi bolasepak Barcelona sedari kecil,bukan tiba2 muncul menjadi super footboller..
Kita masih lg stereotype dgn kaedah manusia pra merdeka dan x berubah sehingga sekarang..
Bg sy,bolasepak negara bukannya merosot,ttp negara2 lain sudah bergerak dgn pantas dan meninggalkan kita beberapa tahun,contoh paling dekat ialah Singapura..
Yg jauh adalah hasil eksperimen negara2 lain sudah menampakkan hasil yg tinggi standardnya sedangkan kita masih lg belum punya apa2 model pembangunan yg menggambarkan kita ada menetapkan sasaran atau sekadar menyertai pertandingan dgn bakat semulajadi pemain dan sedikit ilmu kejurulatihan yg kita miliki..
Kita sepatutnya sudah punya model pembangunan kita sendiri mengikut kajian yg tepat dgn sosio pertumbuhan kanak2 hingga mencapai tahap dewasa mengikut kaedah yg tersusun dan tidak skip sana sini lalu mengabaikan aspek2 lain yg turut membantu..Inilah kelemahan yg harus kita akui..
FAM hanyalah sebuah badan penguasa bolasepak yg menentukan berapa lama pemain,jurulatih atau pegawai itu perlu digantung atau didenda dan wajah FAM pd sy tidak lebih dari itu..
So? FAM kena tranformasi jugak la gitu, kan? Caya lah ..hehe... at at last aku ketemu jugak beberapa peminat/penyokong yang sayangkan pasukan negara tetapi terpaksa kritis dlm menegur kekurangan demi kemajuan/ cita-cita bersama!
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteYup,sayang x semestinya hanya dgn belaian dan membiarkan apa sahaja yg berlaku didepan mata sedangkan kita sendiri tahu cara mana yg patut kita lakukan utk melenturkan org2 yg kita syg..
Peminat sekarang berpengatahuan dan merangkumi pelbagai golongan..
Kita membesar dlm keadaan kemajuan disekeliling kita berjalan dgn pantas..
Bolasepak fitrahnya bukan spt agama yg terpelihara dari ditokok tambah..
Ia akan mengalami perubahan demi perubahan sesuai dgn keadaan semasa dimana byk perkara perlu ditukar andai ia kelihatan tidak lg relevan..
Mcm jugak teknologi,ia akan sentiasa kedepan dgn pertambahan demi pertambahan ciri supaya menjadi lbh mesra kpd pengguna..
Kepimpinan FAM dari dahulu lg patut dirombak..
Krn meletakan Seorang Sultan sebagai Presiden secara langsung akan menyebabkan ia menjadi kebal dari teguran sedangkan FAM itu adalah milik awam..
Ini akan membantutkan perjalanan FAM sendiri krn terlalu protokol dan malangnya org awam tidak dpt membezakan antara adab dgn wacana..
Bagaimana menteri belia dan sukan nk menegur FAM sedangkan menteri yg mewakil kementerian belia dan sukan terpaksa mengadap sembah pd presiden Persatuan sukan yg berada dibawahnya..
Ini suatu Hiraki yg songsang..
Tp para pengampu yg berada disekelilingnya akan mengampu bodek keterlaluan dgn kenyataan yg menyentuh mengenai adab sopan dgn tuan Presidennya apabila kritikan diberikan..
Inilah masalah yg membantutkan perkembangan FAM sendiri..
Sukan adalah milik rakyat dan bukan badan ekslusif yg tidak boleh dicabar kewibawaannya..
KPI sesuatu Organisasi adalah pencapaiannya adakah melepasi Target jangka pendek atau jangka panjang...
Jika ini kita jadikan kayu aras,maka kita sudah lama tahu kualiti Organisasi itu,adakah ia berupaya mencapai matlamat atau sebaliknya dgn barisan kepimpinan yg menerajuinya..
Apakah dasar dan model yg dijadikan modul utk melahirkan produk yg mencapai standard yg mampu mencapai tahap internasional sehingga mahu dilanggan oleh pengguna2 diseluruh dunia..
Kes Safee Sali menjadi bukti bahawa rangking kita yg menyebabkan beliau mengalami kesukaran utk diterima oleh Kelab di UK..
Mereka sudah ada Banchmarking mereka sendiri dlm meletakkan kreteria utk mengambil mana2 produk yg kita keluarkan..
Bila disebut tentang rangking,ia bersangkut paut dgn pencapaian KPI FAM sendiri..
Maka dgn ini kita mengetahui apakah yg menjadi halangan utk kita menjual produk kita..
Bolasepak adalah Industri maka ia punya banchmarking yg telah FIFA atau FA mana2 negara gariskan krn itu standard yg mereka letakkan sebagai syarat..
kita akan katakan ianya karenah birokrasi ttp dlm FAM juga terlalu byk Birokrasi sehingga menegur tidak boleh secara terbuka..
Klu menegur secara tertutup,adakah teguran itu diambil pusing sbb tiada siapa yg tahu apa yg berlaku antara sipenegur dgn induvidu yg ditegur?
Ini penyakit yg FAM sudah lama hidap krn meletakkan bangsawan sebagai peneraju..
Bukan salah Baginda ttp Baginda mencemar duli ditempat yg mencemarkan kemuliannya..
Maka dasar sukan itu yg kena dibetulkan dahulu baharulah proses perjalanannya tidak tersangkut sangkut krn bkn semua org berkenan utk membuat sembah derhaka..
Klu dibiar hati yg sakit,klu ditegur kita pula akan diperangi oleh pengampu2 dgn alasan x patriotik..
Klu x patriotik dh lama kita biarkan bolasepak negara ini bungkus dan akan kita ejek2 semahunya jika mereka kalah ttp kita tidak bersikap begitu..
Berkasih biar pd yg sudi..
Salam Hanz dan Kering, Terima kasih atas respon kalian berdua yang sangat positif yang mahu melihat anak bangsa duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang 'maju' di arena antara bangsa.Memang benar, kalau kita tak sayang sudah tentu kita tidak hingin lagi berbicara perkara yang sama yang acapkali diperkatakan sampai naik mual dan nak termuntah, namun tidak mendatangkan apa-apa perubahan yang konkrit.
ReplyDeleteKata peribahasa melayu, "kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga".Sebenarnya orang melayu ada banyak sumber ilmu yang boleh menjadi asas kepada sesuatu usaha ke arah kemajuan.Tetapi malangnya orang melayu hanya tahu menyebut tetapi tidak ditafsirkan melalui tindakan yang sepatutnya.Pepatah/peribahasa ini sangat mendalam maksudnya diharap jangan pula disalah tafsir.Bukan bermakna orang melayu hanya ada kail sejengkal, jadi tidak bolehlah untuk memancing di lautan luas.Orang melayu sepatutnya memahami bahawa kenyataannya kalau dah kail kita sejengkal, maka kita ubahsuailah pancing kita mengikut standard yang diperlukan atau tukar saja kail yang lebih canggih dan sesuai sekiranya hendak bersaing dengan ikan-ikan besar dilautan dalam nan luas.
Bercakap pasal bola sepak, berapa orang yang ikhlas nak lihat bola sepak mesia boleh bersaing di peringkat antara bangsa.Ikhlas bukan dimulut atau perasaan dihati, tetapi harus ditunjukkan melaui tindakan.Dengan keikhlasan yang ada, kail yang sejengkal tadi apacara sekalipun mesti diubahsuai atau dibuang terus, dan diganti dengan kail yang setaraf atau lebih baik dengan kail-kail oranglain yang sudah mahir memancing dilautan luas dan dalam.
Tidak perlulah bercakap soal yang lebih dalam seperti sains sukan, anatomi, fisiologi, sosiologi dalam sukan, psikologi dalam sukan, kaedah latihan, program latihan, perubatan dalam sukan, pemakanan dalam sukan, psikik,doping, meditasi,dan pelbagai perkara yang diamalkan oleh negara-negara maju dalam sukan yang memang orang kita tak faham dan tidak mahu memahami...tetapi kita cakap sahaja perkara yang paling asas seperti program dan kemudahan untuk kanak-kanak dan remaja diperingkat kanak-kanak dan remaja menyediakan diri mereka sebagai bahan untuk diproses supaya dapat bersaing diperingkat antara bangsa? Adakah orang bercita-cita tinggi tadi berbuat sesuatu? Sebaliknya kalau dulu ada padang, sekarang padang dah jadi bangunan. Kalau dulu ada peruntukan di setiap daerah untuk program tunas cemerlang, sekarang peruntukan diambil balik, pegawai atasan main politik sehingga jurulatih yang berwibawa merajuk!!!Malas! malas! malas dah nak kata apa-apa lagi sebab tidak bawa apa-apa kesan. Mentaliti sesetengah orang kita memang bawah tempurung.Sama ada memang tahap bawah tempurung atau sengaja tidak mahu keluar kerana takut kena hujan cpj tak tahulah...cukuplah dulu...
"SESUATU KEJAYAAN BUKAN BOLEH DIPEROLEH DENGAN MUDAH, DENGAN ANGAN-ANGAN TANPA USAHA DAN PENGORBANAN YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, BETUL DAN TULUS"
Negara kita ni byk sgt budaya songsang ... taboo if i may say... even dlm sukan pun sesetengah orang kita nak kaut 'untung atas angin'. Short cut to success?! No way, man! Khas untuk kemajuan bolasepak kita patutnya dah ke depan dalam status/ ranking FIFA. Tapi tak apa bygone is bygone... let's us fwd? Tapi sayang FAM tu seperti tunggul ..deadwood! Idea kdg kdg macam sampah pun ada. Kalau ya pun idea macam bajet bagus tapi pelaksanaan pulak macam s**l .. main wayang saja lebih. Kerja tak seberapa. Tak ihlas la kot? Janji, sesetengah tu dapat apa dia nak, nama, pangkat, pujian, habuan ..macam macam la.
ReplyDeleteBetul cpj & kering tulis tu, kdg kdg tu saya naik menyampah, geram, dgn 'ragam' & 'acting' orang-2 yang diberi amanah untuk kemajuan sukan bolasepak kita. Baik 'wait & see' saja tengok FAM, FA negeri2 & kelab2 buat apa dia rasa 'bagus' sangat tu. Tak jugak.. hampeh... Kot ada pun, tenggelam timbul.. no consistency! Or shoul i say, consistently inconsistent! Haha
For a change, FAM patut dirompak (bukan lagi dirombak..hehe) & diterajui oleh 'orang-2 bola' jugak. Biarlah para bekas pemain kebangsaan pegang majoriti FAM & tentukan hala tuju, dasarnya. Orang lain spt politikus, korporat tu biarlah pegang hal-2 kewangan, publisiti, cari sponsor dll kerja. Mesti orang yg amanah & ada akauntibiliti. Mesti ada pengasingan kuasa. Carca marba tak boleh buat kerja & takkan nampak hasil yg sepatutnya.
Liga Super kita perlu ada pemain import untuk menghadirkan persaingan berkualiti & pastinya mendatangkan hasil barisan generasi pemain tempatan yang lebih bagus pada masa depan. Biar lah berapa ramai pun Safee Sali depa nak main luar negara pun..lagi elok. Liga tempatan masa tu pasti akan terus subur mekar melahirkan generasi pelapis berwibawa. Perlawanan antarabangsa gred A & B tu perlu, wajib! Setiap 2, 3 bulan 1x. Lain-2 hal tu... nanti saya cadangkan lagi. Buat dulu yang perlu... 1st thing 1st~