Polis sahkan suspek cuba memperkosa mangsa sebelum bunuh dan bakar
SHAH ALAM - Polis mengesahkan suspek dalam kes bunuh dan bakar seorang remaja wanita di Jalan Bukit Belacan, Ampang pada 5 Sept lepas cuba memperkosa mangsa selepas hajatnya untuk menyambung kembali hubungan percintaan mereka ditolak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata siasatan mendapati suspek berang selepas mangsa Nurul Awatif Syakir, 19, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah di Selayang enggan meneruskan hubungan mereka.
Beliau berkata suspek dipercayai mengambil tindakan nekad membunuh mangsa sebaik permintaanya itu ditolak.
"Laporan bedah siasat telah diperoleh. Polis juga sudah mendapatkan perintah sambung reman sehingga 27 Sept ini sebelum mengambil tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Akhbar pada 5 Sept lepas melaporkan mangsa dilapor hilang oleh anggota keluarganya setelah tidak pulang selepas keluar rumah pukul 8.30 malam sehari sebelum itu.
Pengecaman mayat mangsa dilakukan anggota keluarganya melalui cebisan baju kurung berwarna hijau serta sepasang anting-anting yang dipakai gadis itu sebelum menuntut mayat itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 11 pagi hari yang sama.
Pada 12 Sept polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di pusat pengajiannya yang terletak di Seri Iskandar, Perak bagi membantu siasatan kes itu.- Bernama/SH


salam..Ini adalah tahun2 fitnah dimana janji2 Allah melalui sabda Rasulullah s.a.w tentang tanda2 berlakunya kiamat dimana tanda2 syugra(kecil) satu demi satu sedang kelihatan..Bumi sedang dipenuhi dgn kejahatan..
ReplyDeletePembunuhan berluasa krn kehancuran kesan dari memberi org2 yg bukan ahli untuk memegang amanah awam..Apabila umara dipilih dikalangan yg bukan Ahli(haq)bertindak membuat dasar yg tidak meletakkan Haq2 Allah ditempat yg teratas,malahan kitab karangan para pendusta Nabi dijadikan Nas utk mentadbir manusia,Rasakanlah kehancuran akibat dari kebodohan krn menurut hawa nafsu utk mentadbir manusia..
Ini janji Allah dan Allah tidak pernah lalai dari menunaikan janji2nya..
Allah tidak pernah berlaku zalim,ttp manusialah yg telah menganiaya diri mereka sendiri krn meminggirkan kalam2 Allah..
peristiwa demi peristiwa yg berlaku umpama manik2 yg berjatuhan dari untaiannya satu demi satu menunjukkan bahawa apabila kerajaan di bumi tidak mengikut kehendak kerajaan langit(Allah s.w.t)maka berlakulah suasana tidak harmoni antara keduanya dimana Kerajaan Allah s.w.t menurunkan musibah demi musibah sebagai peringatan kpd kerajaan manusia dibumi,ttp akibat kebodohan manusia,mereka tetap berpaling dan lbh gemar menyinggung perkara2 yg tidak berkaitan malahan bukan jawapan kpd maslahat berlaku akibat tidak mahu mengakui kesalahan mereka..
Rakyat juga mengidap kebodohan yg sama,malah ulama juga berbantah tentang cara nk melaksanakan Haq2 Allah dimana adab dikalangan org berilmu semakin berkurang..
Inilah akibat dari dasar yg salah lalu kesannya ialah agama dilihat sebagai budaya dimana dlm merasakan diri mentaati Allah,manusia tetap melakukan kedurhakaan kpd Allah lantaran agama dilihat hanya dlm konteks ibadah..
Lalu tingkah laku diluar ibadah tidak dianggap sebagai penyaksian atas ucapan2 yg kita sebutkan dlm ibadah..
Jadilah kita Islam CATAKSERUKIN (cakap x serupa bikin)...
Salam.
ReplyDeleteSemoga diberkati Allah swt.
Cpj@anon: Terima kasih tuan, benar apa yang tuan katakan itu, berikut tanda kecil kiamat yg cpj copy dr eramuslim:
ReplyDeletetanda-tanda kecil Kiamat berikut ini:
Dan perceraian banyak terjadi ويكثر الطلاق
Dan banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba) و الموت الفجاء
Dan banyak mushaf diberi hiasan (ornamen) و حلية المصاحف
Dan masjid-masjid dibangun megah-megah و زخرفت المساجد
Dan berbagai perjanjian dan transaksi dilanggar sepihak و نقضت العهود
Dan berbagai peralatan musik dimainkan و استعملت المأزف
Dan berbagai jenis khamr diminum manusia و شربت الخمور
Dan perzinaan dilakukan terang-terangan و فخش الزنا
Dan para pengkhianat dipercaya (diberi jabatan kepemimpinan) و اؤتمن الخائن
Dan orang yang amanah dianggap pengkhianat (penjahat/teroris) و خون الأمين
Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan) ظهور القلم
Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan تتقارب الأسواق
Penumpahan darah dianggap ringan استخفاف بالدم
Makan riba أكل الربا
Cpj@roha:Terima kasih cikgu...Aminn!...
ReplyDelete