Kerajaan mahu lihat kesungguhan Pas laksana Hudud
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kerajaan kini mahu melihat kesungguhan Pas melaksanakan hukum Hudud di negeri yang ditadbir oleh mereka kerana walaupun nampak tegas, hakikatnya ia masih belum dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata niat melaksanakan Hudud itu sudah lama dicanang oleh parti Pas di negeri di bawah pemerintahan mereka tetapi tiada sebarang perubahan.
"Kita nak tengok serius atau tidak serius mereka ini, sebab cerita Hudud ini bukan cerita baru daripada dulu lagi mereka dah sebut perkara ini tetapi tak menjadi langsung,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato” Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Najib menafikan bahawa beliau ada menyebut soal menghapuskan kuota Bumiputera dalam perniagaan seperti didakwa beberapa blog dan portal berita baru-baru ini.
Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak didengari dengan jelas, beliau menegaskan apa yang disebut hanyalah peringatan kepada peniaga bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain."Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga Bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain, tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan,” katanya.
Mengenai Pengarah filem Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee, beliau berkata Namewee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri."Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia."Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1Malaysia,” katanya.
Mengulas beberapa video yang dihasilkan oleh Namewee yang dikatakan menimbulkan kontroversi, Najib berkata Namewee merupakan seorang individu yang ada kelainan tersendiri."Saya tak nak beri komen, tapi sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang ada kelainan dia, bukanlah merupakan seorang konvensional dari segi pendekatan pemikirannya,” kata Najib.Namewee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam. - Bernama/UM


Sepatutnya & sememangnya patut PM kata begitu. PAS lama nak buat tapi tak buat-2. Sekarang bukan dia saja nak tengok malah pada kita semua rakyat jelata yang punya mata & hati. Mata di sini bermaksud mereka yang melihat kebesaran-Nya & hati yang beriman dgn-Nya.
ReplyDeleteTAPI PAS tak akan mampu buat tanpa kerjasama Pusat. Walau boleh dgn kendiri mengapplikasi hudud di negeri Kelantan (enforce the law) tapi consequence (akibatnya) akan merosakkan. Jadi, kotakan kata PM. Bagi 'green light' & permudahkan mereka buat. Baru kita lihat hasilnya berjaya atau tidak pelaksanaannya (hudud) di sana. Jangan kata ya hanya di mulut tapi di hati lain ceritanya.
Remember, dia pernah janji nak benarkan pendemo 1 stadium untuk 'melalak terpekik terlolong' di sana. Tapi apa jadi? Just walk the talk then i, as many others, believe him not playing game.
Namewee tu pemuda Cina Malaysia moden yg tipikal. Jiwa remaja yg memberontak. Pada Hanz, saya faham dia ada sedikit-sebanyak 'anti-Melayu' tapi yang sebenarnya Melayu yang dia marah, benci tu hanya segolongan Melayu-Islam yg rosak akhlak, korup & salah di sisi Islam pun. Ingat tak dulu ramai di pihak parti pro-kerajaan sendiri yg tak suka, meluat, marah-2 sampai nak bunuh dia pun sanggup. Tapi dah lain cerita dah sekarang. Macam ditatang pulak? Fishy!