Beberapa tahun sebelum peristiwa banjir dibulan ramadhan yang mengubah keseluruhan hidup aku, aku telah dilahir dan dibesarkan di sebuah 'taman syurga yang sungguh indah' Setelah aku semakin membesar, aku telah dapat mengingat rumah ku di dalam sebuah taman dusun buah-buahan yang di bawahnya mengalir sungai yang sangat jernih dengan pasir dan batu-batunya putih bersih.Masih terngiang lagi di telingaku deruan air yang jernih tanpa tercemar mengalir melanggar baru-batu dan tebingnya yang ditumbuhi pepohon buluh.
Di sepanjang tebing sungai telah tegak berdiri pepohon buah-buahan sejak puluhan tahun peninggalan nenek moyang ku diselangi dengan pepohon kopi dan koko yang telah terlalu tua.Durian, manggis, rambutan, sentol, machang, mata kucing, remia, pauh dan berbagai pepohon buah yang boleh dikategorikan pokok balak kerana saiznya yang sukar dipercayai pada zaman sekarang(kerana sudah tiada)
Ada lagi pepohon yang indah seperti pokok petai, jering, buluh lemang, rumbia yang semuanya saiz besar mungkin telah berumur ratusan tahun.........
Setiap hari aku bermain-main di halaman rumah, di dalam taman buah-buahan dan tidak lepas dari mandi-manda bersama kawan-kawan dan saudara-mara(sepupu-sepupu) di sungai yang sungguh bersih, indah dan banyak pula ikan-ikan yang boleh dilihat tanpa menyelam.Ikan-ikan juga nampak sangat gembira berenang-renag melawan arus sungai yang tidaklah mengalir terlalu deras.....rumah ku di dalam kampung kecil dilingkungi oleh sungai di satu belah, dan jalan raya di sebelah yang lain, di dalam sebuah kampung di Negeri Perak yang kiri kanannya tersergam Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa yang di tengah-tengahnya mengalir Sungai Perak.
Oh Tuhan...Aku bersyukur kepada mu kerana Kau telah memberi peluang kepada ku merasai nikmat syurga duniamu walaupun hanya sebentar.....Engkau telah melahirkan aku di dalam taman-taman syurgamu.........
Sebelum aku terus bercerita zaman kecil ku di taman syurga sebelum peristiwa banjir besar yang mengubah keseluruhan hidupku, sukalah aku nak bercerita tentang ibu yang melahirkan aku di taman syurga.
Bersambung...


0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.