Wajibkan Bahasa Melayu langkah positif
2011/10/15
KUALA LUMPUR: Beberapa agensi kerajaan dan kementerian berpendapat langkah mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran sebagai tindakan positif dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
Mereka secara amnya sedang melaksanakan langkah itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Haizuhailie Baharuddin berkata JMM sedang melaksanakan penggunaan bahasa Melayu secara menyeluruh dalam urusan seperti mesyuarat jabatan, surat-menyurat dan seminar tanpa "merojakkan" bahasa berkenaan.
"Kita rasa Pekeliling yang akan dikeluarkan kerajaan berhubung penggunaan bahasa Melayu itu satu langkah positif bagi memantapkan penggunaan bahasa Melayu secara lebih meluas dalam kalangan agensi kerajaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Kebanyakan kita mencampur-adukkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, dan ini tidak mencerminkan kita serius untuk menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Kalau sudah diwajibkan menggunakan bahasa Melayu, kita tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris," kata Haizuhailie.
Haizuhailie berkata, sebagai contoh, JMM akan menggunakan dwi-bahasa dalam sebarang kertas kerja melibatkan pihak antarabangsa, dan akan menterjemahkan kertas kerja yang diterima dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.
Semalam, Muhyidin berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan menggunakan bahasa kebangsaan bertujuan memantapkan peranan bahasa itu dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan.
Satu Pekeliling Perkhidmatan berkaitan panduan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam dijangka dikeluarkan untuk tujuan berkenaan.
Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan Harun Maddash pula berkata dasar itu wajar diperluas ke agensi bukan kerajaan.
"Sekiranya langkah itu dapat dilaksanakan di semua jabatan kerajaan dan sektor swasta, saya percaya bahasa Melayu mampu diangkat setanding dengan bahasa ibunda negara lain seperti di Jepun dan China," katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan sesetengah perkataan perubatan dalam bahasa Inggeris sukar diterjemahkan ke bahasa Melayu, menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris terpaksa diteruskan.
Tetapi, perkataan yang sudah diterjemah ke bahasa Melayu akan digunakan dalam urusan rasmi harian.
Sambil menganggap langkah yang diumumkan Muhyiddin itu sebagai rasional, Ketua Bahagian Komunikasi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tarbiyah Bachik, berkata pihaknya telah mengadakan pelbagai bengkel dan kursus bagi memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi perbadanan.
Beliau menegaskan semua kakitangan kerajaan wajar menunjukkan contoh yang baik kepada agensi bukan kerajaan dengan menggunakan bahasa Melayu untuk segala urusan rasmi pentadbiran kerajaan. - BERNAMA/BHO
Cpj: Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan Rakyat Malaysia, dalam erti kata lain Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia. Kalau ada rakyat Malaysia yang menentang atau tidak senang dengan usaha yang baik ini, baik dari golongan orang bawahan atau golongan atasan, maka beliau belumlah layak mengaku sebagai rakyat Malaysia.Cpj setuju satu ketika dulu Bahasa Melayu di panggil dengan Bahasa Malaysia.Ini tidak bermakna Bahasa Melayu itu hilang dan orang Melayu sudah tiada bahasa seperti anggapan sebelum Bahasa Malaysia ditukarkan semula menjadi Bahasa Melayu di sekolah.Bahasa Melayu tetap Bahasa Melayu walaupun dipanggil Bahasa Malaysia. Cpj berpendapat, HANYA SATU BAHASA dapat menyatupadukan RAKYAT MALAYSIA yang BERBILANG BANGSA.


Salam Cpj,
ReplyDeleteBetul Bahasa Melayu tu Bahasa M'sia/ bhs keb.! TAPI bhs saja tak dapat sumbang byk dlm perpaduan antara bangsa! Sesama Melayu yg 1 bhs pun belum tentu b'1 padu/kerjasama, kan? Antara bangsa & suku/puak yg lain di M'sia lagi la kompleks.
Teman suka perpaduan...byk benda kita boleh buat kalau b'1 hati..pakat-2. Kongsi pa yg boleh (bukan makna Kongsi Gelap). Yang penting 1 hati. Bhs slanga lain "1 kepala". Baru hidup pun senang hati, tak mau gaduh2 maa! hehe
Oh ya, kongsi gelap pun sebab depa tu 1 hati, semua setuju ikut undang-2 depa shj, bukan sebab bhs sangat...apa pun 1 bhs mungkin lebih senang kita nak interaksi, koperasi, intimasi...hmmm... Bhs boleh, agama Islam kita lagi la boleh sgt menyatupadukan rakyat kita, kan?