KUALA TERENGGANU 6 Okt. - Seorang pemandu lori hari ini dihukum penjara 32 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik iparnya sehingga mangsa melahirkan anak.
Lelaki berusia 52 tahun itu mengaku melakukan persetubuhan di luar nikah terhadap adik iparnya yang berusia 15 tahun pada Ogos 2009 di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang, dekat sini.
Bapa kepada tiga orang anak itu turut didakwa mengulangi perbuatan tersebut sebulan kemudian di tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun bagi setiap pertuduhan dan diperintahkan berjalan secara berturut-turut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela-UM
Cpj: Sepatutnya dihukum rejam sampai mati...


Cuba bayangkan babak di mahkamah begini:
ReplyDeleteSaya bantah Tuan Hakim Yang Arif.. Saya sebagai peguam bela yang berjiwa rakyat - khidmat percuma kepada orang kena tuduh (52 tahun) ni - saya pohon boleh tak mahkamah hanya arah kita bagi kaunseling kepada orang kena tuduh dalam kes ini supaya dia boleh bertaubat & balik ke pangkal jalan. Kita perlu lebih memahami keadaan orang kena tuduh yang mungkin tak sengaja terbabas dengan adik iparnya. Oh, mungkin adik iparnya itu asalnya suka sama suka tapi kemudian tarik balik janji setia sebab nak menjerat anak guaman saya supaya dia bertanggungjawab pula...lagi pun hukuman hudud rejam batu sampai mati adalah tak releven di zaman IT & di M'sia yang bukan 100% orang Islam pun. Tak begitu, Yang Arif? Mohon perkenan tuduhan digugurkan & hukuman dibatalkan!
Hehe..haru!
cpj@hanz:Saya sebagai pendakwa raya membantah peguam bela yang tak bergaji kerana memandang ringan jenayah berat yang boleh merosakkan generasi akan datang.Memandangkan tertuduh sudah mengaku sedangkan pada masa yang sama mempunyai isteri dan anak maka perbuatan tertuduh amat tidak munasabah tambahan pula umurnya sudah 52 tahun yang sepatutnya menjadi benteng pertahanan terhadap maruah, dan keturunan yang wajib dipelihara oleh seorang muslim.Memandangkan kesalahannya amat berat yang merosakkan institusi kekeluargaan Islam, maka saya sebagai pendakwa raya memohon kepada mahkamah menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kerana hidup dalam penjara selama 32 tahunpun sudah tidak berguna lagi kerana umurnyapun sudah lanjut.Entah2 sehari dua lagi tertuduh akan mati juga, sebab itu lebih baik mati secara menepati kehendak Yang Menghidupkan dia dengan kesalahan yang dia buat.
ReplyDeletehehe..tak ada harupun...
:)
ReplyDeleteSebagai rakyat yang cintakan keadilan & keamanan, saya sokong si tua bangka tak sedar diri tu dihukum berat. Tapi ini kes rogol ker zina?
Rejam khalayak ramai sampai tu kan ker untuk kesalahan zina? Rogol apa ker hukumannya yek?
Idak ler teman tahu. Cer kabo jap.
Cpj@Hanz:Salam...Dalam isu rogol, ada sebilangan ulama menyatakan ia dibawah hukum hudud. Dan sebilangan yang lain menyatakan ia dibawah hukum ta’zir. Perkara ini dikhilafi oleh ulama, kerana jenayah rogol ini tidak termaktub dalam nas [maskut], sedangkan yang termaktub dalam nas adalah zina [mansus].
ReplyDeleteGolongan yang mengatakan rogol dibawah hudud, sebenarnya mereka menggunakan teori mazhab hanafi yang menggunakan kaedah dalalah an-nas. Ini kerana, rogol dibandingkan dengan hudud dengan sama-sama mengandungi maksud melakukan persetubuhan haram. Ia difahami melalui uruf bahasa sahaja.
Sedangkan dalam mazhab syafie, ia tidak semudah untuk mengadaptasikan hukum rogol dengan merujuk kepada hukum zina dengan semata-mata mengatakan ia adalah persetubuhan haram. Ini kerana, antara zina dan rogol, ia mengandungi banyak perbedaan. Antaranya adalah, zina dilakukan dalam keadaan suka sama suka, sedangkan rogol dalam keadaan paksaan; zina tidak melibatkan kepada mangsa, sedangkan rogol wujud mangsa yang tidak bersalah dan sebagainya.
Disamping itu juga, hudud itu dikatakan wujud melalui nas yang muhkam, sedangkan rogol tidak termaktub dalam nas. Dan lagi, hudud adalah perkara sawabit; yang ia tidak boleh terhasil dari kaedah qias dan seumpama dengannya.
Ekoran itu, dalam manhaj mazhab syafie, ia tidak boleh diletakkan dibawah hudud, tetapi diletak dibawah takzir.Dipetik dari:http://g-82.blogspot.com/2011/10/rogol-hudud-atau-takzir.html
walupon suke same suke kat msia ni klu bwh umo kire rogol.. spatotnye da suke same suke kira berzina la kan???... penin aku.
ReplyDelete