KUALA LUMPUR 4 Okt. — Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menitahkan para graduan agar bersungguh, tegas, gigih dan ikhlas serta mengangkat prinsip berani menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran apabila melangkah ke alam pekerjaan.Baginda yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah ketika berada di alam pekerjaan, graduan hendaklah melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab atas prinsip kebenaran dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.
"Kekuatan negara akan terbina jika negara ditegakkan dengan sikap kebenaran sebaliknya negara akan menjadi lemah jika dibina atas dasar kepalsuan.
"Suasana pengajian di universiti membantu membina pemikiran yang kaya dengan idealisme dan alam pekerjaan adalah untuk mempraktikkan idealisme tersebut,” titah baginda pada majlis konvokesyen UM ke-50 di sini hari ini.
Seramai 6,638 graduan dalam pelbagai disiplin pengajian di peringkat ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan diploma menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesyen yang berlangsung selama enam hari berakhir 8 Okt ini. — Bernama/KO


Entah lah Cpj... tak heran sangat pasal ni..lagi pun Raja Mude teman tu memang selalu keluar statement non-biased like, tapi "ada sapa kisah?".. no! Sapa patut sambut seruan dia? Bukan kita rakyat atau pelajar di U saja tapi pemimpin setiap lapisan & di mana-mana jawatan & jabatan (baik awam & swasta) kena take it seriously. Tu pasal kena reform, abit of revolution & not just transform apa jua yg merencat panambahbaikan/ gagasan. Takut2 kita transform hanya ubah nama pada suatu yg masih begitu/sama/asalnya. Tu rebranding saja! Tak ada maknanya! Tak ada kebenarannya. Kepalsuan? Mungkin.
ReplyDeleteTak caya? Tengok realiti penghidupan kita? Cakap lebih tak boleh - lain la kes mencarut, menghina dsb, tu melampau la. Bukan kebebasan begitu kita mau.
Tapi kita tak mau kekangan yang hanya buat kita jadi pelajar yang lulus periksa di U, jadi pekerja contoh sebab pandai buat kerja spesifik dia saja, tu dah macam robot la. If u know what i mean... arghhh!