KAJANG: Seorang remaja berusia 19 tahun sempat merogol seorang pembantu rumah warga asing sebelum melarikan dua botol minyak wangi bersama laptop dan wang tunai selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Jaya Baru, di sini.
Dalam kejadian jam 2 petang 3 Oktober lalu, suspek yang tinggal di taman perumahan sama, mengumpil pintu belakang rumah itu sebelum mengacukan pisau kepada mangsa yang sendirian di rumah kerana majikannya bekerja.
Sebaik masuk ke rumah, suspek mengikat kedua-dua tangan mangsa berusia 20-an dan merogolnya di ruang tamu sebelum melarikan dua botol minyak wangi, sebuah laptop serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM8,000.
Bagaimanapun, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes dadah di Selayang, diberkas di Lorong Haji Taib di ibu negara Ahad lalu hasil maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek dipercayai sudah lama memerhatikan rumah berkenaan dan memilih untuk memecah masuk ketika pembantu rumah terbabit tinggal sendirian.
Katanya, suspek direman hingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol-BHO
Cpj: Banyak remaja kini hilang arah dalam kehidupan, perlu ada banyak NGO membantu kerajaan yang sepatutnya mengambil perhatian serius terhadap kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja. Ibu bapa jangan tahu beranak sahaja tetapi mestilah mendidik anak-anak dengan sempurna.Guru-guru diberi amanah dan tanggungjawab amat besar bukan sahaja mengajar akademik dalam bilik darjah tetapi juga membentuk akhlak remaja yang akan mencorak generasi akan datang.Pendek kata semua pihak mesti main peranan dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.


salam, risau dgn remaja kini yg telah terpesong jauh dari akhlak Islam...
ReplyDeletepaling kurang, kita bentuk orang-orang yang paling hampir dengan kita, ahli keluarga kita...
ReplyDelete