Sistem pendidikan negara beri peluang kepada semua
PEKAN 1 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem pendidikan negara memberi peluang kepada semua golongan tanpa sebarang diskriminasi untuk berjaya.
Beliau berkata sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya lebih baik berbanding negara-negara maju tertentu yang memberi setiap ruang dan peluang kepada semua pihak untuk berjaya.
"Apa yang penting ialah kita dedahkan pelajar dalam satu sistem, mempunyai guru yang komited, dorongan ibu bapa, maka mereka (para pelajar) akan menjadi berjaya.
"Melalui sistem pendidikan kita, kita memberi laluan untuk setiap orang untuk menjadi orang yang berjaya. Kejayaan dalam pendidikan dalam mengubah nasib hidup ini hanya menerusi satu generasi sahaja, ada yang berjaya sebagai pemimpin, tokoh korporat dan sebagainya,” katanya.
Berucap pada majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pekan di sini hari ini, beliau berkata terdapat negara maju tertentu misalnya, golongan yang miskin atau bukan bangsawan atau yang hidup di kawasan setinggan, ternyata tidak dapat mengubah nasib untuk menjadi lebih berjaya berbanding ibu bapa mereka.
- Bernama/UMO
Cpj: cpj ingin bertanya golongan guru, kerana merekalah yang pakar dalam hal pendidikan.


salam. Cikgu tak berani komen, takut kena tindakan hi..hi...hi...
ReplyDeletecpj@anon: Salam...Bukan begitu anon, guru-guru di musim peperiksaan ini sangat sibuk.Kementerian Pelajaran dan pegawai-pegawainya kini mempunyai tahap Profesionalisme yang tinggi. Kalau hanya buat komen ikhlas di blog cpj yang tidak dikenali ini, tiada siapa yang nak ambil tahu...huhuhuu...
ReplyDelete