Sambungan daripada SINI
Kehidupanku tentunya bermula di alam Ruh, namun mustahil ku ketahui apa yang berlaku sebelum aku lahir ke dunia ini. Satu ketika ayah menceritakan kepada ku bagaimana ilmu sihir boleh memusnahkan keharmonian dan menjadi mainan orang melayu. Semasa remaja ayah bersekolah pondok di Bukit Mertajam, semasa cuti berulang alik ratusan kilometer dari kampung halaman dengan menaiki basikal mengikut jalan raya yang di bina oleh British. Bersekolah pondok menjadikan ayah seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi sebagai pemuda muslim. Bila tiba masa yang ditentukan maka ayah telah jatuh hati dengan seorang gadis yang telah menjadi ibu kepada kakak dan abang-abang aku termasuk diriku. Namun sebelum boleh menjadi ibu terlalu pahit pengalaman yang dilalui lantaran permainan sihir yang dikutuk dan dilaknat oleh Allah.

Sudah menjadi lumrah, gadis yang cantik akan menjadi rebutan pemuda.Namun jodoh telah menetapkan bahawa ayah berhak menjadi suami kepada gadis cantik itu. Perasaan tidak senang hati dan cemburu bagi pihak yang tidak berjaya menawan hati gadis itu telah menjadi kudis dan nanah dek kerana hasutan syaitan yang durjana. Ayah telah diijabkabulkan secara sederhana mengikut adat orang melayu kampung. Sala silah keturunan ayah dari kacukan Kerinchi dan Pattani manakala ibu pula kacukan Jawa dan Banjar. Dengan adat yang diwarisi turun temurun dan hukum-hukum agama yang diikut, sahlah ayah dan ibu sebagai suami isteri. Ahli keluarga bergembira namun di pihak yang dengki dan cemburu telah merancang sesuatu yang melampaui batas agama dan kemanusiaan.
Belum lagi ayah dan ibu dapat menikmati hidup berkeluarga suatu ujian yang amat besar telah datang dengan tiba-tiba. Seperti biasa sebelum ayah melelapkan mata di rumah papan bertiang kayu beratapkan daun rumbia di malam gelap gelita, ayah akan menghisap rokok daun nipah dan tembakau cap semut. Sambil malabuhkan belakang dan kepalanya dibantal kekabu, ayah menyedut rokok dan menghembuskan asapnya berkepul-kepul ke udara. Dalam malam gelap setelah lampu minyak dipadamkan, akan kelihatan api merah pada hujung rokok yang di hisap oleh ayah. Dalam lamunan ayah, semoga rumah tangga yang didirikan akan bahagia dengan bilangan anak yang ramai yang akan memeriahkan kehidupan di hari tua.
Tiba-tiba lamunan ayah terhenti, tersirap darah ayah bila melihat dalam keadaan gelap itu melayang terbang bebola api umpama tembakan meriam. Ayah tersentak lalu membacakan ayat-ayat suci Al Quran, ayah amat takut dan memohon perlindungan dengan Allah daripada kejahatan syaitan. Bebola api berlegar-legar dalam rumah yang gelap seolah-olah mencari mangsa, sedangkan ibu di sebelah ayah sudahpun melelapkan matanya. Dengan berbekal sedikit ilmu yang dipelajari di sekolah pondok, ayah menarik nafas panjang lalu dengan tenang memejamkan matanya. Dengan khusyuk ayah memusatkan hatinya memohon pertolongan daripada Allah, Tuhan Seru Sekalian Alam....Bersambung....

0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.