Mayat bayi berulat tepi jalan
Tarikh: November 24, 2011
IPOH - Program Community Oriented Policing (C-Cop), yang dianjurkan Balai Polis Sungai Senam di sebuah restoran terkenal di Greentown di sini, digemparkan dengan penemuan mayat bayi sudah berulat dalam sebuah beg plastik di tepi Jalan Dato Ahmad Said, Pusat Perniagaan Greentown di sini, semalam.
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Jamil Mohd Bakin, 49, pada 9.40 pagi ketika hendak memulakan tugas membersihkan kawasan pencawang elektrik berhampiran.
Lebih malang, mayat bayi yang tidak cukup bulan itu dibungkus dengan seluar ditemui dengan kecederaan serius di kepala dan dibiarkan di pangkal pokok sehingga membusuk.
Jamil berkata, dia terkejut melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah dalam bungkusan berkenaan.
“Saya ingatkan kain biasa, tetapi dalam hati kuat mengatakan ia adalah mayat kerana bau busuk sangat kuat dalam plastik itu.
“Setelah nampak badan bayi itu, saya kemudian melaporkan kepada polis yang kebetulan mengadakan program di restoran berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh dua atau tiga hari yang lalu.
SUMBER
CPJ: Kalau buat macam ni bermakna setelah melakukan dosa besar, ditambah lagi dengan dosa yang lebih besar!!!Islam mengajar, kalau sudah terlanjur berbuat dosa, bertaubatlah kerana manusia memang lemah...bertaubat bermaksud menyesal, memohon ampun kepada Allah, meninggalkan kejahatan itu dan berazam tidak akan melakukanya lagi...Janganlah melakukan dosa secara bertimpa-timpa...ditakuti hati akan tertutup untuk bertaubat....BERTAUBAT!!! BUKAN BERTAHUBUAT!!!

CPJ tu mesti orang Bidor, tak pun orang Teluk Intan atau orang Sg Petani buat (buang anak)tu kot. Orang Ipoh tak pandai buat jahat, semua baik-baik saja.. hehe.
ReplyDeleteSetuju, kita semua kena taubat..jangan dah tau buat (jahat/silap) tapi tak pandai pulak nak insaf & mintak maaf/ ampun!
Ye tak ye juge, orang ipoh tu kan orang bandaraya mana tahu buat jahat kan? Ye le agaknya orang teluk intan, kalau idak pun mungkin juge orang kuale kangsor..haila yeop, macamanapun orang perak juge le tu...moh kite bertaubat nasuha.
ReplyDelete