2 suspek ugut letupkan enam tangki bahan api

Seorang pegawai KPDNKK menunjukkan minyak diesel yang dirampas dari sebuah premis di Changlun, Kedah, semalam.
KUBANG PASU 23 Nov. - Tujuh anggota Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhadapan saat-saat cemas apabila diugut dua suspek untuk meletupkan enam tangki berisi petrol dan diesel ketika serbuan di premis itu semalam.
Kejadian berlaku ketika anggota itu menyerbu premis di Changlun di sini, yang dijadikan transit untuk menjual diesel dan petrol berkenaan kepada kenderaan negara jiran, pukul 1.30 petang.
Semasa serbuan di kawasan lapang yang bertutup dengan zink itu, terdapat empat anggota kumpulan tersebut di dalam premis terbabit. Namun sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa itu, dua daripada empat suspek mengugut untuk membakar tangki-tangki berisi diesel dan petrol.
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Suhaimi Mat Sari berkata, kedua-dua suspek itu mengugut anggota tersebut menggunakan pemetik api dan kertas surat khabar. "Mereka menjerit untuk membakar semua sekali bagi membuang bukti kes sambil mengeluarkan pemetik api dan surat khabar lalu meluru ke arah sebuah kereta Proton Saga dan tangki berisi minyak. "Mujur anggota bertindak pantas menghalang perbuatan tersebut sebelum menahan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas premis terbabit oleh lima pegawai penguat kuasa dari Putrajaya dan dua anggota dari Kubang Pasu adalah hasil risikan sejak sebulan lalu. "Modus operandi kumpulan itu ialah mereka membeli dan menjual diesel serta petrol dari stesen minyak di sekitar negeri ini dengan menggunakan kereta dan pikup yang berisi tangki tambahan berkapasiti 500 dan 1,500 liter. "Bahan bakar itu kemudian dibawa ke premis terbabit sebagai tempat pengumpulan sebelum dijual kepada kenderaan dari negara jiran," katanya.
Suhaimi berkata, hasil pemeriksaan itu, pihaknya merampas enam buah tangki berisi 3,400 liter petrol, 2,300 liter diesel, dua buah Proton Saga dan sebuah pikup selain turut merampas pemetik api dan kertas surat khabar yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM100,000. Katanya, kesemua lelaki terbabit berusia 30 hingga 40 tahun diserahkan kepada polis untuk tindakan. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
CPJ: Anggota Penguat Kuasa Di Malaysia terlampau berlembut sangat, sebab tu penjenayah dah semakin melampau! Anggota Penguat Kuasa mesti diberi peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk bertindak tegas terhadap penjenayah. Sesiapa yang merampas dan menghianati hak rakyat Malaysia mesti di hukum dengan tegas!.Dah buat kerja haram, berani pulak nak ugut orang.CPJ cadangkan supaya penguat kuasa bawa senjata HK MP5 dan tembak saja ponggong penjenayah tu, biar dia rasa sikit...jangan nak berlagak sombong sangat.Ada yang bantah? hehe...


Ya, seperti lazimnya, saya berbesar hati membantah cadangan CPJ dgn sesungguh hati sedaya upaya saya. Mana boleh tembak orang macam tu... tak elok. Tembak terus kat kepala. Hehehe
ReplyDeleteSaya setuju penguatkuasa undang-2 kita hukum & denda yang berat penjenayah untuk bagi mesej kita tegas & tak bertolak ansur soal keselamatan & maruah negara (& Islam). Tapi tahan dulu, siasat betul-2, bawak mahkamah bagi dia pertahan diri. Kalau kantoi... ok, tembak pakai senapang CPJ cadangkan tu depan orang ramai. Rotan saja tak boleh ker? hehe
Dah sah tu dia buat salah yeop, siap ancam nak buat kemusnahan besar tu...boleh mengancam lebih banyak nyawa dan harta benda...tembak ponggong dengan peluru getah bukan nak sampai mati pun...pengsan pun idak, habis2pun tak boleh berak tiga hari...kihkihkih...
ReplyDelete