
MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemui selepas dibunuh dan dicampak di Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi, Baling semalam.
BALING – Laluan Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi di sini yang agak sunyi dikatakan menjadi tempat kegemaran penjenayah untuk membuang mayat. Dalam satu kes terbaharu, polis semalam menemui mayat seorang lagi mangsa pembunuhan di situ.
Penemuan mayat lelaki pada pukul 12.30 tengah hari itu menjadikannya tiga kes setakat ini. Kali pertama, polis menemui mayat seorang lelaki tempatan dua tahun lalu sebelum mayat lelaki Pakistan dijumpai Oktober lepas kira-kira dua kilometer dari lokasi mayat ketiga ditemui.
Difahamkan, mayat lelaki tanpa identiti itu hendak dicampak dari sebuah kereta ke dalam gaung tetapi tersangkut di tepi pembahagi jalan kerana suspek dikatakan agak tergesa-gesa ketika hendak membuang mayat itu.Perbuatan itu dilihat oleh pemandu lain yang kemudian menghubungi polis.
“Kita sedang menyiasat motif kejadian dan identiti mangsa serta mencari suspek-suspek yang terlibat,” kata Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan yang enggan mengulas lanjut.Mayat mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk bedah siasat.
SUMBER
CPJ: Apa nak jadi dengan negara kita ini, langsung tidak dijangka perkara seperti ini boleh berlaku di negara kita Tanah Melayu dan Negara Islam. Manusia di bunuh sewenang-wenangnya seperti binatang liar dan dicampakkan di tepi jalan seperti orang tidak beradab membuang sampah!...Adakah perkara ini dipandang remeh sahaja oleh sesetengah orang?Tidakkah terpikir satu hari nanti akan berlaku kepada orang yang hampir dengan kita?Sesuatu mesti dilakukan segera agar generasi kita akan datang tidak mengganggap membunuh adalah perkara mainan seperti main dam aji...Rakyat Malaysia sejati patut bersedih dengan apa yang berlaku ini.Nyawa manusia seolah-olah dianggap tiada berharga lagi.Seseorang Muslim wajib menjaga nyawa, hatta nyawa seekor haiwan yang tidak bersalah dan tiada keperluan untuk mati.Membunuh adalah antara dosa besar yang amat dilarang dalam Islam.


0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.