REMBAU: “Kami sekeluarga yang tidur nyenyak di bilik tidak mendengar bunyi bising seolah-olah dipukau sedangkan tombol pintu bilik anak lelaki saya dipecahkan menggunakan tong gas.
“Sejurus tersedar, saya terkejut melihat parang berada di leher dan berasakan nyawa bagaikan berada di hujung tanduk,” kata Raja Mahadzir Raja Khalid, 55.
Rumahnya di Kampung Titian Akar, di sini, dipecah masuk sekumpulan lelaki awal pagi semalam. Sebelum ini, rumah seorang ibu tunggal di Kampung Sawah Raja berhampiran dipecah masuk dipercayai penjenayah sama, baru-baru ini.
Menceritakan detik cemas jam 4 pagi itu, Raja Mahadzir berkata, empat lelaki dipercayai warga asing melarikan wang tunai lebih RM2,000 termasuk barang kemas, jam tangan berjenama, kamera dan telefon bimbit.
Menurutnya, dia dan isteri terperanjat apabila mendapati dua lelaki berada di sisi katil dan meminta mereka mendiamkan diri serta menunjukkan tempat simpanan wang dan barang kemas.
“Selepas lelaki itu menyelongkar laci almari solek, mereka mengikat kaki dan tangan kami menggunakan tuala isteri yang dipotong menggunakan parang.
“Ketika itu, anak kami turut diikat dua lagi rakan mereka yang menyelongkar bilik berasingan,” katanya.
Raja Mahadzir berkata, keempat-empat lelaki itu berada di dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri melalui pintu belakang. “Saya kemudian segera membuka ikatan dan menghubungi polis. Selepas kejadian, saya menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumah dipercayai najis penjenayah berkenaan,” katanya yang mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000.
Katanya, berdasarkan dialek penjenayah itu, dia tidak menolak kemungkinan mereka warga asing.
“Saya berharap penjenayah terbabit diberkas secepat mungkin supaya kejadian seumpama itu tidak berulang,” katanya yang masih trauma. Beliau membuat laporan di Balai Polis Kota untuk tindakan selanjutnya.
SUMBER
CPJ: Sungguh malang bila perkara ini terjadi. Di negara kita perkara seperti ini sudah sering terjadi di semua negeri sejak kebanjiran warga asing Ada kes-kes yang dikenalpasti didalangi oleh warga tempatan.Di samping kerugian harta benda, mangsa akan mengalami trauma dan ada yang mengalami kecederaan parah dan mengancam nyawa.Seorang kawan cpj mengalami trauma sehingga menjual rumahnya dan membeli rumah di kawasan lain yang dirasai lebih selamat. Sekurang-kurangnya lima orang kawan yang cpj kenali telah mengalami pengalaman pecah rumah, diikat dan diugut dengan senjata tajam.Sekiranya berkemampuan baik sekiranya memasang cctv dan juga sistem penggera di rumah.Walaupun bukan satu jaminan tetapi itu adalah antara usaha yang boleh kita lakukan, yang menjadi pra-syarat untuk kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah.InsyaAllah dengan adanya USAHA, DOA dan PENYERAHAN DIRI kepada Allah, diri dan keluarga kita diselamat dan dilindungi dari musibah.

CPJ, salam!
ReplyDeleteUsaha la apa cara pun kita boleh buat. Lepas itu, kita berdoa & bertawakkal ..insyaAllah selamat nyawa, maruah, minda & harta benda kita.
Some cases, ops! BM BM tolonglah Hanz, bahasa jiwa bangsa...maaf ya Cpj ...hehe.
Sesetengah kes orang kaya (pendapatan tetap bulanan lebih drp RM3000 ke atas) adalah takdir ilahi. Sama ada ujian keimanan atau memang bala musibah untuk dia. Kita tak mampu menilai sehalusnya tetapi hakikatnya kita semua diuji & ada pula dikhifarahkan segera di dunia lagi, kan? Setiap kita ada hak orang lain dalam harta, duit kita sendiri. Infaqkan, sedekahkan selain zakat yang memang perlu kita bagi tu. Ini akan menzahirkan 1 masyarakat penyayang (madani) sekeliling hidup kita selain menjadi 1 benteng (ampuh yg tak terlihat) buat kita, keluarga kita, imej, harta benda kita.
Wallahu aklam!
Terima kasih hanz, bercakap pasal hakikat, ramai orang tidak percaya dan tidak yakin...tetapi berdasarkan ilmu yang diajar dan pengalaman orang-orang terdahulu, memang benarlah apa yang hanz tambahkan itu...bila duit kita itu hak orang, macamanapun dia akan jadi hak orang jugaklah...jadi sebelum dia jadi hak orang dengan cara paksa dan tidak berpahala, eloklah kita banyak besedekah dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Allah bagi kepada orang lain yang layak.InsyaAllah dengan cara itu Allah sekali-kali tidak akan membenarkan sesiapa mengusik rezeki yang menjadi hak pinjaman untuk kita dan keluarga.Alhamdulillah...terima kasih hanzie mat salleh KK...
ReplyDelete