KUCHING: Seorang bapa sanggup mengarahkan dua anak lelakinya berusia 17 dan 22 tahun melakukan kegiatan pecah rumah sebelum tiga beranak itu dicekup polis, petang kelmarin.
Kegiatan bapa durjana berusia 48 tahun yang turut bersubahat dengan teman wanitanya berusia 29 tahun itu dihidu selepas polis menahan dua anak lelaki suspek serta seorang rakannya di sebuah rumah di Tabuan Hulu dekat sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, kegiatan jenayah itu dirancang rapi dengan menyasarkan beberapa rumah di sekitar bandar raya ini.
Dua anak suspek memecah masuk dan melarikan beberapa barangan berharga sebelum menjadikan sebuah bilik disewa teman wanita seorang daripada lelaki terbabit di Batu Tiga di sini, sebagai stor penyimpanan barangan curi.
Namun, selepas beberapa bulan bermaharajalela, bapa durjana terbabit dicekup sehari selepas kedua-dua anak lelakinya ditahan berdekatan restoran makanan segera di Jalan Rock, Batu 2 1/2, kira-kira jam 4.45 petang Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, kedua-dua anak lelaki itu ditahan bersama seorang lagi rakan mereka berusia 22 tahun.
Beliau berkata, penahanan lelaki itu turut membawa kepada penemuan beberapa barangan elektronik serta barangan lain dipercayai dicuri.
“Selepas disoal siasat sebaik ditahan jam 6 petang hari sama, suspek membawa polis ke tempat barangan disimpan iaitu di sebuah bilik sewa milik teman wanitanya.“Setiba di sana, suspek menunjukkan seorang wanita dipercayai kekasih bapanya dan menetap bersama di bilik berkenaan. Selepas ditanya, wanita terbabit menyerahkan kunci bilik dan menunjukkan tempat barang disembunyikan iaitu dalam almari.
“Semua suspek dipercayai terbabit dalam enam kes pecah rumah yang dilaporkan di sekitar bandar raya ini, antaranya di Taman Shun Tak, Polarwood Estate, Taman Nam Hoi, Tabuan Heights, Taman Victiry dan Jalan Tun Jugah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, semalam.Mun berkata, dalam serbuan itu, polis merampas beberapa barangan elektronik termasuk alat pemain cakera padat vodeo digital (DVD), komputer mini, televisyen plasma dan pembesar suara.
“Turut ditemui lima anting-anting, jam tangan berjenama termasuk Rolex dan komputer riba, namun nilai rampasan keseluruhan masih dalam siasatan.
“Dua anak lelaki serta seorang rakan mereka direman tujuh hari manakala bapa terbabit bersama teman wanitanya direman tiga hari bermula semalam (kelmarin) untuk membantu siasatan.
“Susulan penahanan semua suspek, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini,” katanya.
SUMBER
CPJ: Meneliti kes ini sedarlah kita bahawa murninya Islam menghalalkan minta sedekah walaupun ianya sesuatu perbuatan yang dipandang hina dan dilarang bagi umat Islam melakukannya. Seorang peminta sedekah tidak akan sanggup memaksa anaknya meminta sedekah. Dalam perbuatan minta sedekah masih ada iman yang terlekat di dalam hati, tetapi seorang penjenayah yang mengambil harta orang dengan cara paksa, boleh buat apa sahaja termasuk memaksa anak-anak sendiri mengikut jejak langkahnya...ini kerana iman sudah tanggal dari dalam hatinya...wallahuaqlam.


Tepat sekali. Walaupun kita tidak dilarang meminta-minta tapi itu sudah lumrah, fitrah manusia amnya & khasnya buat Muslim & Mukmin iman & takwa itu menghindar dirinya daripada suka-suka meminta sedekah atau simpati. Ada rasa malu. Mesti cuba usaha sendiri dahulu, tawakkal & jika tak berhasil bolehlah dia (harus) meminta kepada yang sudi.
ReplyDeleteTapi kalau dia sendiri penjenayah adalah tidak menghairankan jika anak-2 dia pun akan mengikut jejak sumbangnya. Dan kalau dia sendiri mengarah/mengajar anak2 mereka jadi penjenayah, bukan saja rosak keluarga itu malahan rosak & bahaya kepada masyarakat sekelilingnya.