KUALA LUMPUR 25 Nov. - Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya enam orang termasuk pasangan suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Ampang, pada Sabtu dan Ahad lalu. Dalam serbuan itu, polis turut membongkar sebuah makmal mini yang dijalankan pasangan suami isteri terbabit di sebuah rumah teres dua tingkat, Taman Melor, Ampang, dekat sini.
Suspek lelaki berusia 45 tahun tersebut didapati memiliki dua rekod lampau berkaitan kes penipuan manakala isterinya berusia 44 tahun tiada rekod.Dalam serbuan di rumah berkenaan, pihak polis turut merampas pil-pil Eramin 5, ganja, ekstasi dan peralatan memproses dadah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejayaan itu bermula dengan penahanan dua lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di Taman Ampang Hilir pada Sabtu lalu.
Katanya, kesemuanya berusia 24 hingga 28 tahun diberkas pukul 12 tengah hari kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan samun. "Polis turut merampas lapan walkie-talkie, komputer riba, dua pucuk pistol tiruan, pistol renjatan elektrik daripada mereka."Susulan tangkapan tersebut, polis menahan seorang lagi pengedar berusia 26 tahun dan merampas kira-kira 80 gram pil Eramin 5. Suspek bekerja sebagai penjual cakera padat.
"Bertindak atas maklumat, polis menyerbu makmal mini itu pada keesokannya. Polis siasat sama ada semua suspek memperoleh dadah daripada pasangan suami isteri itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini hari ini. Kata Amiruddin, dalam kesemua serbuan itu, dua buah kereta dan wang tunai bernilai RM70,000 dirampas nilai keseluruhan berjumlah RM564,452. Katanya, kesemua tangkapan tersebut disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 direman dari 20 November hingga 27 November ini.
SUMBER
CPJ: Akibat nak cepat kaya, segala usaha haram sepasang suami isteri kini sia-sia belaka. Bukan sahaja sia-sia tetapi mereka telahpun banyak melabur saham dosa bila sudah berapa banyak anak muda dan juga orang dewasa yang telah rosak hidup mereka dengan mengambil dadah yang mereka proses dan mereka usahakan.Bagi sesiapa di luar sana yang buat kerja-kerja haram seperti ini, berhentilah dan carilah rezeki Allah yang halal dan amat luas dalam negeri yang subur ini. Bertaubatlah dan berusahalah memperbaiki diri, InsyaAllah hidup kita akan diberkati.

0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.