Samun

KOTA TINGGI – Taktik seorang wanita hamil lima bulan bersama dua anak saudaranya untuk menyamun seorang nenek berusia 76 tahun di Felda Pengeli Timur di sini, tidak menjadi setelah niat buruk mereka akhirnya memakan diri sendiri.Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muham­mad Shamsuddin berkata, kejadian samun itu dipercayai dirancang suspek utama berusia 30 tahun itu untuk melangsaikan hutangnya.“Suspek bersama dua anak saudaranya berusia 18 tahun itu telah memerhatikan mangsa terlebih awal sebelum memulakan modus operandi mereka. 


Dia mula rapat dengan mangsa sejak dua hari lalu setelah mengetahuinya mempunyai sejumlah wang simpanan dan barang kemas ketika terserempak dengan mangsa sedang membeli barang.“Pada hari kejadian, suspek beria-ia mengajak mangsa ke pasar di Bandar Tenggara. Kira-kira jam 7.45 malam semalam (kelmarin), ketika wanita terbabit memandu kereta jenis Proton Wira untuk pulang bersama mangsa, suspek berpura-pura mengatakan tayar keretanya pancit lalu memberhentikan kenderaan di tepi jalan,” katanya.Muhammad berkata, suspek yang berpura-pura mendapatkan bantuan ketika itu telah didatangi dua anak saudaranya itu lalu mengacukan pisau sebelum menyamun kedua-dua mereka.Katanya, suspek utama yang berlakon seolah-olah turut sama disamun telah membuat laporan polis bersama-sama mangsa. 


Ketika siasatan dilakukan, mangsa turut menyatakan curiga terhadap suspek utama di atas beberapa faktor.“Mangsa curiga apabila ketika disamun, suspek turut membantu dua lagi suspek mengambil wang dan barang kemasnya. Mangsa juga mendapati tayar kenderaan suspek juga tidak mengalami apa-apa masalah kebocoran, malah ketika perjalanan pulang dari pasar suspek telah bawa mangsa melalui jalan yang jauh daripada jalan biasa.Menurutnya, hasil siasatan pihaknya berjaya menemui barangan yang disamun ditanam kira-kira 100 meter daripada rumah suspek utama.

SUMBER

Cpj: Patutlah banyak anak yang lahir zaman kini mewarisi sifat buruk mak dan bapak yang menjadi penyamun dan perompak hak orang lain semasa anak dalam masih kandungan lagi!!!Yang disamun tu pulak bergelar nenek, silap-silap kene nenek sendiri...Adakah ini satu bentuk bala kepada masyarakat kita?