KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.
Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.
Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.
“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.
“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.
Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.
“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.
“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.
“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.
Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.
SUMBER
CPJ: Cpj sukar menerima sebab yang dinyatakan bila suami bertindak begitu ganas sekali terhadap isteri, kalau sekadar bertanya sebab mengapa sang suami nak menceraikan si isteri...mestilah ada panjang lagi ceritanya...siasatan polis akan menjawab semua persoalan.Walaubagaimanapun, kalau sang suami mempunyai minda yang waras, ceraikanlah sahaja kalau sudah tidak tertahan lagi hidup bersama, tetapi janganlah bertindak ganas sedemikian rupa, sebab kita sendiri tidak akan sanggup menanggung kesannya sekiranya kita sendiri diperlakukan demikian.SubhanaAllah...ingatlah diri kita Allah Yang Punya...
CPJ: Cpj sukar menerima sebab yang dinyatakan bila suami bertindak begitu ganas sekali terhadap isteri, kalau sekadar bertanya sebab mengapa sang suami nak menceraikan si isteri...mestilah ada panjang lagi ceritanya...siasatan polis akan menjawab semua persoalan.Walaubagaimanapun, kalau sang suami mempunyai minda yang waras, ceraikanlah sahaja kalau sudah tidak tertahan lagi hidup bersama, tetapi janganlah bertindak ganas sedemikian rupa, sebab kita sendiri tidak akan sanggup menanggung kesannya sekiranya kita sendiri diperlakukan demikian.SubhanaAllah...ingatlah diri kita Allah Yang Punya...


Kita selalu diceritakan bahawa ISLAM itu indah & mudah & bangsa Melayu itu tinggi nilai ketimurannya - budibahasanya. Maka, sedar tak sedar kita menjadi orang Islam (Muslim) yang sukakan agamanya & mengamalnya sebaik mungkin. Kita jadi Melayu yang suka bahasa & warisan bangsanya (selagi mana tak menyalahi Islam). Selalunya reaksi kita menunjukkan kita masih Islam & Melayu... walau pun dalam keadaan kritikal, tertekan, tercabar, tersinggung, dll masih lagi boleh kita dibawa berunding, berbincang, bersabar, bertoleransi, malah ada ketika masih mampu tersenyum!?
ReplyDeleteMungkin minda bawah sedar kita dapat banyak mesej subliminal untuk kita sentiasa dalam keadaan terbaik bagi kita, Islam & Melayu. Terpelihara? bagaimana pula jika seseorang itu sentiasa mendapat ilmu yang salah tentang Islam & tak di ajar nilai Melayu yang terbaik? Pasti hidupnya penuh kekeliruan (sesat & menyesatkan?) benci & rasa kontang!
Punca sakit jiwa, orang jadi gila adalah, selain penyakit genetik, adalah kerana kekosongan jiwa (rohani & spiritual) & fikirannya yang terganggu. Iman, ilmu (keagamaan) & ketakwaan pasti dapat membantu!
Hanya perlu kesedaran, keinsafan (hidayah), taufik & inayah-Nya untuk pulang ke pangkuan jalan(-Nya). Back to basic! Back to drawing board!