Pesta beli-belah bertukar ganas di AS
2011/11/27
PEMBELI berpusu-pusu masuk ke kompleks Macy di New York, kelmarin.
Perompak tembak pembeli enggan serah barang, pelanggan sembur lada rebut tuala
NEW YORK: Detik bermula musim belah-belah sebelum perayaan Krismas yang digelar ‘Black Friday’ di Amerika Syarikat memalit tragedi hitam selepas orang ramai bersesak merebut membeli permainan video, pembuat waffle dan tuala hingga ada yang menggunakan taktik ganas. Satu daripada insiden paling luar biasa pada hari itu berlaku di Los Angeles apabila 20 orang cedera selepas seorang wanita di gedung Walmart menggunakan semburan lada untuk mendapatkan permainan Xbox.
Walmart kelihatan mengalami hari paling buruk berbanding mana-mana peruncit ketika pelanggan menjerit, menolak dan menyiku antara satu sama lain semata-mata untuk berjimat.Insiden di seluruh negara termasuk seorang lelaki ditembak perompak di tempat letak kereta di luar San Leandro, kedai di California dan pelanggan disembur penyembur lada oleh pengawal keselamatan di sebuah kedai di Kinston, Carolina Utara. Perebutan untuk memiliki tuala direkodkan di sebuah kedai di Michigan hingga menjadi klip sensasi YouTube. Perebutan hingga membawa kepada pergaduhan kerana merebut tuala murah juga berlaku di sebuah gedung Walmart di Oregon, Ohio.
“Mereka berebut untuk mendapatkan tuala mandi yang dijual pada harga AS$1.88 (RM6.01), sukar dipercayai,” kata Sarjan Jason Druckenmiller. “Seorang wanita cuba berebut tuala apabila dia ditolak dari belakang menyebabkannya bertindak balas terhadap orang itu.” Jurucakap syarikat itu, Greg Rossiter berkata, pergaduhan di beberapa kedai mencemarkan permulaan musim membeli belah Krismas di beribu gedung Walmart.
Rakaman video keganasan membeli belah memenuhi YouTube lewat kelmarin. Satu klip menunjukkan sekumpulan pelanggan merempuh dan mengoyakkan kotak telefon bimbit murah percuma untuk semua. Satu lagi menunjukkan pelanggan membanjiri kedai ketika pintu baru dibuka.
“Inikah apa yang sudah manusia capai?” tanya seseorang yang mengulas secara online. Seorang lagi berkata ‘keadaan seperti piranha sedang menyerbu makan dengan lahapnya.” Contoh lagi saat klasik adalah klip video suasana huru hara di Arkansas untuk merebut pembuat waffle berharga AS$2 (RM6.39). Klip yang bergoyang selama 48 saat itu menunjukkan sekumpulan pelanggan lelaki mencangkung dan menjerit, wanita dan kanak-kanak memanjat antara satu sama lain, merebut dan membaling kotak dengan seorang wanita tidak perasan seluarnya terlondeh. “Oh Tuhan!” kedengaran seorang wanita menjerit dengan suara nyaring. Seorang penonton video menulis: “Inilah kemuncak tamadun Barat.”
Sebuah gedung Walmart di Cave Creek, Arizona, dikosongkan malam Khamis lalu selepas sebuah bungkusan mencurigakan ditemui dalam bilik rehat pekerja, kata jurucakap Maricopa County Jabatan Sherif, Christopher Hegstrom. Robot polis mengambil bungkusan itu manakala anjing pengesan bom menggeledah kedai sebelum ia dibuka. Satu lagi rakaman video yang banyak dilihat di YouTube menunjukkan seorang lelaki tua yang cedera dipukul polis di Walmart Arizona. Video menunjukkan lelaki itu tidak sedarkan diri dan berdarah pada muka ketika polis menggulingkannya dan mengelap darah. Ada yang membantah tindakan polis, menuduh mereka bertindak kejam dan menyuruh orang lain menelefon 911 untuk bantuan kecemasan. – Reuters
CPJ: Sungguh memalukan bagi sebuah masyarakat yang kononnya menganggap mereka mempunyai kemajuan dan ketamadunan hidup yang tinggi.Nak sambut perayaan agama boleh sampai jadi macam tu?Berbanggalah dengan cara hidup kita, usah berbangga bila meniru cara hidup barat!...


salam, akhlak Rasulullah tak nak ikut...hairan2.
ReplyDeleteApa nak heran, bahasa pun lebih berbangga menggunakan bahasa inggeris berbanding dengan bahasa sendiri...
ReplyDelete(choking) ... terbatuk teman pasal bahasa Inggeris tu...Ate teman nak komen ni kena ler guna bahasa ibunda ler gamaknya ni...hehe Cpj.
ReplyDeleteSalam,
Baiklah... kalau soal akhlak teman setuju ler deme jangan ler berebut, berasak-asak nak beli bende murah apa pun. Beradab & redha.. kalau dapat, ok, kalau tak dapat anggap saja takde rezeki ler tu.
Tapi jangan kita tak sedar sebenarnya itulah harga kemajuan. kalau negara dianggap negara maju & berkapita tinggi pendapatan tinggi pasti masih ada sesetengah golongan yang ketinggalan & miskin. Mereka perlu berbelanja mengikut bajet mereka. maka mereka sanggup beratur untuk sedikit kelebihan mendapat barangan, hadiah, dll. Fitrah manusia. Jangan kita meremehkan soal kemiskinan dalam komuniti kita agar mereka hidup lebih selesa.
Deme senang kita pun senang! Tak de (atau kurang sangat laa kes) mencuri, menyamun, merompak, ragut dll. 1 hal lagi, undang-2 & penguatkuasaan kena la lebih islamik, tegas & efektif!
Alahai tak sangka teman, ada yang terasa...biasalah bila menyentuh perkara yang tersentuh kita kan?Teman tak kata tak boleh guna bahasa inggeris, nak guna tu gunalah bahasa jerman ke, perancis ke, tak de le teman kisah...lebih banyak bahasa kita kuasai adalah lebih baik.Yang teman sebut tu, usah le rasa bangga diri...sampai bila boleh bercakap inggeris dengan slanganya sekali kemudiaan rasa diri hebat sangat macam mat salleh...hehe...itu bukan hanz...
ReplyDeletebenar sekali...kemiskinan boleh membahawa manusia kepada kekufuran...