Salam semua pengunjung blog cpj, terima kasih atas kunjungan anda semua. Tidak kira siapa anda, cpj sangat menghargai kunjungan anda ke blog ini. Cpj akan bercuti seminggu dan tidak akan kemas kini blog, haraf maaf kepada semua. Perlu diberi tahu bahawa percutian cpj tidak ditaja oleh sesiapa hehe...maklumlah dekat PRU ni macam-macam tanggapan masyarakat terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.
Dalam tempoh percutian cpj seminggu dan tidak dapat kemas kini blog, sukalah cpj tinggalkan dua persoalan yang cpj minta kepada yang sudi meninggalkan komen atau pendapat bagi menjawab persoalan tersebut. Sekurang-kurangnya cpj dapat mengenal sedikit sebanyak latar belakang minda pengunjung blog cpj dan dapat menggalakkan pengunjung cpj datang semula bila lapang walaupun cpj tidak kemaskini blog selama seminggu.
Cpj harap sudilah memberi seberapa banyak komen dan pendapat yang anda mahu, tanpa tapisan dan tanpa padam bagi dua persoalan di bawah;
1. Kerajaan yang bagaimanakah yang anda harap dapat di bentuk selepas PRU 13 nanti dan mengapa?
2. Senario yang berlaku semasa solat jumaat berjemaah di sebuah masjid di tempat cpj; Satu hari cpj sampai lewat di masjid. Sebaik sampai di muka pintu tengah ( 5 saf dari saf pertama ) khutbah hampir tamat.Cpj tunggu sebentar di muka pintu sehingga khutbah tamat dan bilal mengucapkan iqamah. Kemudian cpj melangkah masuk ke dalam masjid tanpa menggangu jamaah yang lain sedikitpun. Semasa itu keadaan jamaah ramai sehingga ramai yang bersolat di luar masjid yang paling besar di daerah cpj tinggal.
Persoalannya ialah cpj yang paling lewat itu dapat bersolat di saf yang pertama tanpa berebut dan tanpa menggangu jamaah lain. Jadi cpj hendak bertanya; mengikut tanggapan anda, mengapakah perkara begini boleh berlaku? Kepada semua pengunjung, Sudilah kiranya meninggalkan komen anda. Terima kasih.
Persoalannya ialah cpj yang paling lewat itu dapat bersolat di saf yang pertama tanpa berebut dan tanpa menggangu jamaah lain. Jadi cpj hendak bertanya; mengikut tanggapan anda, mengapakah perkara begini boleh berlaku? Kepada semua pengunjung, Sudilah kiranya meninggalkan komen anda. Terima kasih.


jawapan 1. ABU
ReplyDeletejawapan 2. saf yang tidak sempurna, menyebabkan terdapat banyak ruang yang ditinggalkan
tokek mas said..
ReplyDeletejawaban 1.abu
jawaban 2.ketentuan dr Allah,
jiwa kn bersih n ikhlasss
1. ABU ya? Hehe.... Selepas PRU13 kita kena ambik option UG/ Kerajaan Perpaduan!!!
ReplyDeleteSebabnya, pengamatan hamba, bila BN kalah majoriti buat kali pertama dalam sejarah, pasti ada 'huru-hara' sikit a la Perak '08. Susah bentuk kerajaan. Kena pujuk wakil BN supaya terima hakikat kekalahan & kongsi kuasa dengan semua parti berpakat berganding bahu melangkah bersama memajukan negara. Dijangka, PAS & UMNO (& juga PKR) akan membentuk sinergi baharu parti pemerintah komposisi Melayu yg lebih mantap, kolektif.
2. Ni kena tanya JKKK Masjid ni...haha. Ops! Lupakan..bukan semua mereka tahu hukum pun.
Tak ada masalah rasanya untuk Cpj masuk & dapatkan saf paling depan. Dah orang lain tak nak, kita pun ambil saja peluang/ fazhilat tu. Lagi pun Cpj tak berebut-rebut, berasak-asak dengan orang lain sampai mengasari jemaah lain. Beradab!
Masalahnya, orang kita bila pergi solat Jumaat mereka suka lepak luar masjid atau duduk di anjung masjid. Sebab senang mereka nak santai, lunjur kaki sambil sembang (deras) dengan kawan dia pasal duniawi - sok sek sok sek pasal hal sukan, politik, berita semasa, business! Gelak ketawa pulak tu!
Mereka ni spesis suka duduk bersandar tepi dinding, cari & duduk bawah kipas angin (konon), bukan mereka suka sangat nak tengok muka khatib atau nak dengar khutbah tu. Jauh sekali la mereka nak cari tempat saf yang paling dekat imam. Fuhh, tu bagi mereka susah nak keluar masa balik nanti. Lagi pun perasaan mereka berasa panas 1 badan duduk ramai-ramai tu depan tok imam/ khatib. Mereka ni tahu nak cepat keluar masjid sebab nak pekena nasi briyani gam lepas solat tu. Ingat doa pun mereka ni rasanya tak payah doa-doa ni, lambat la...Janji dah solat, cukup.
1. ABU
ReplyDelete2. Dah menjadi budaya masyarakat kita sekarang; memenuhkan saf belakang terlebih dahulu. Sesiapa yang datang lambat kena duduk saf atau barisan depan.