
KUANTAN - Semua elemen di bawah Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diguna pakai dalam gerakan bersepadu memerangi jenayah di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, konsep ‘double role’ yang mula dilaksanakan itu menyaksikan semua jabatan dalam PDRM termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) diberikan tanggungjawab untuk sama-sama terlibat dalam program cegah jenayah. Menurutnya, melalui konsep tersebut, jabatan yang terlibat tidak hanya bertanggungjawab kepada tugasan mengikut bidang tugas yang ditetapkan semata-mata, malah peranan mereka semakin besar demi memastikan kadar jenayah di negara ini dapat diturunkan. “Usaha ini terbukti berkesan apabila kita berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti yang disasarkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menerusi 55 inisiatif yang dicadangkan oleh Makmal Jenayah,” katanya. Beliau berkata selepas merasmikan Kelab Kem Galing, PGA Kuantan di Markas Briged Tenggara di sini, semalam.


0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.