KOTA DAMANSARA – Cubaan seorang lelaki melarikan gelungan tembaga bernilai RM90,000 dari bilik janakuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dataran Sunway dekat sini gagal apabila dia berjaya diberkas polis dan tentera yang sedang membuat rondaan. Dalam kejadian jam 11.45 pagi Rabu lalu, suspek berusia 37 tahun sedang leka membuka dua gelungan tembaga yang dipasang untuk mengaktifkan transformer janakuasa untuk seluruh kawasan perniagaan tersebut. Sumber polis berkata, suspek yang terkejut sanggup menanggung risiko bersembunyi di celah kotak transformer bervoltan tinggi sebelum dia berjaya diberkas. Menurutnya pemeriksaan lanjut pada suspek menemui sebuah beg yang penuh dengan peralatan seperti pemutar skru dan spanar dipercayai bertujuan untuk menjalankan kerja jenayahnya.
“Siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut yang tinggal di Dato’ Keramat merupakan bekas pekerja TNB yang dibuang kerja pada tahun 1995 dan sememangnya arif dalam kerja membuka gelungan tembaga pada transformer tersebut,” katanya. Sinar Harian difahamkan lelaki itu telah membuat pintasan terlebih dahulu bagi mengelak bekalan eletrik di kawasan itu terputus.Tambah sumber itu lagi, hasil soal siasat yang dijalankan suspek mengaku terlibat dalam tiga lagi kecurian membabitkan kehilangan gelungan tembaga di tiga lokasi bilik janakuasa dikawasan komersial ‘The Strand’ selain mempunyai enam rekod jenayah lampau. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supritenden Meor Hamdan Meor Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan suspek kini direman untuk siasatan lanjut.
SUMBER
CPJ: Mengapa tidak mengambil pengajaran bila tindakan buang kerja dikenakan. Manusia tidak dapat mengelak daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Kesalahan dan kesilapan lampau seharusnya menjadi titik tolak untuk mengorak langkah baru bagi memperbaiki dan memajukan diri. Jika tidak, hidup semakin tersasar dari landasan dan akhirnya akan terjerumus ke lembah kehinaan. Namun sesiapapun masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.
CPJ: Mengapa tidak mengambil pengajaran bila tindakan buang kerja dikenakan. Manusia tidak dapat mengelak daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Kesalahan dan kesilapan lampau seharusnya menjadi titik tolak untuk mengorak langkah baru bagi memperbaiki dan memajukan diri. Jika tidak, hidup semakin tersasar dari landasan dan akhirnya akan terjerumus ke lembah kehinaan. Namun sesiapapun masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.


ikut kata ustazah masitah ambik dia bagi kerja.
ReplyDeletesanggup?
Kena siasat dulu sebab apa dia dibuang kerja. Baik cadangan tu, mesti ada badan tertentu seperti 'persatuan kaunselor' atau 'persatuan kebajikan pekerja, atau lain-lain badan yang boleh membantu pekerja-pekerja yang bermasalah. Pokoknya, adakah sesiapa yang perihatin?
ReplyDeleteSesiapa saja yang diketahui kita bahawa dia dibuang kerja mestilah:
ReplyDelete1. Dichop sebagai penjenayah malah lebih berat lagi tuduh dia sebagai pengganas yang mengancam nyawa kita semua di negara tercinta ini. ISAkan dia?
2. Cukup setakat dicurigai peribadinya. Mungkin dia penjenayah, atau hanya seorang pemalas & tak tahu buat kerja. Tak perlu diberi peluang kedua (kerja) sebab kecurigaan kita adalah keputusan muktamad! ?
3. Diberi perhatian khas & dikasihani. Kita menganggap ia peluang untuk berbakti & membetulkan keadaan. Siasat & kaji apa bentuk pertolongan boleh disalurkan - kaunseling, motivasi, elaun khas, peruntukan asnaf zakat drp baitulmal & masjid. Atau mungkin mufti boleh keluar fatwa mengharuskan muslim pengganggur/ jobless menerima bantuan tunai daripada gereja, tokong dll??