
JAKARTA - Dalam masa kurang dari sebulan selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kejam penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira dari Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur, seorang lagi penuntut Malaysia dari universiti yang sama meninggal dunia malam tadi.
Namun kematian penuntut yang dikenali sebagai Theven Adrian Joseph, 20, itu dipercayai akibat masalah kesihatan.
Atase Pendidikan, Education Malaysia (EM) Indonesia, Ludinata Misnun berkata Theven Adrian meninggal dunia pada kira-kira pukul 8 malam tadi di Hospital Islam Dinoyo, Malang setelah usaha menyelamatkannya gagal.
"Beliau dipercayai mengalami kekejangan dan serangan sawan dan dikejarkan ke Hosptal Islam Dinoyo, Malang. Pihak hospital telah berusaha menyelamatkannya dengan memberikan bantuan CPR dan penafasan melalui mesin, malangnya beliau tidak dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan di sini.
EM Indonesia difahamkan bahawa penuntut yang berasal dari Subang Jaya, Selangor itu sebelum ini mempunyai sejarah penyakit itu, kata beliau.
CPJ: Pengalaman menonton filem CSI, kematian seperti ini harus diteruskan penyiasatannya supaya punca kematiaannya benar-benar dikenalpasti oleh doktor yang pakar.Yang pentingnya semua pihak diberi keadilan yang sewajarnya.Penjenayah sekali-kali tidak boleh dilepaskan dan orang yang tidak bersalah, sekali-kali tidak boleh dihukum.


0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.