ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Kuala Pilah.
KUALA PILAH: “Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar,” kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini, semalam. Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan. “Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah kereta menjunam laju ke dalam kolam berkenaan. “Saya cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana badan wanita itu tersekat pada tali pinggang keledar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar. Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan. Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, wanita terbabit yang memandu berseorangan dari Kuala Pilah ke Seremban, di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selangor berdasarkan penemuan dua beg pakaian dalam kereta itu.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar. Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan. Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, wanita terbabit yang memandu berseorangan dari Kuala Pilah ke Seremban, di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selangor berdasarkan penemuan dua beg pakaian dalam kereta itu.
Katanya, setiba di tempat kejadian berhampiran sebuah kolam, kereta mangsa cuba memotong treler yang membawa batu, namun gagal kerana ketika itu, sebuah bas henti-henti datang dari arah bertentangan. “Mangsa cuba memasuki laluannya semula, namun bergesel dengan bahagian depan kanan treler berkenaan menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum keretanya terjunam dalam kolam. “Keadaan kolam yang dalam menyebabkan orang ramai tidak dapat membantu membawa keluar mangsa dipercayai lemas,” katanya. Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat lemas selepas gagal keluar dipercayai kerana badannya terbelit tali pinggang keledar tempat duduk belakang. “Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah,” katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUMBER
CPJ: Tali pinggang keselamatan sepatutnya menjaga keselamatan penggunanya, tetapi dalam kes ini sebaliknya belaku. Mengapa agaknya ye? Ah, apa nak heran, Pegawai Keselamatan sepatutnya menjaga keselamatan tetapi ada banyak kes, pegawai keselamatan yang buat hal...Begitu juga bapa sepatutnya menjaga keselamatan anak dan abang menjaga keselamatan adik, tetapi ada banyak kes, bapa baham anak dan abang baham adik. Apa maksudnya bagi kita? Mengikut firasat cpj, ini bermaksud apa-apa benda pun kita tidak boleh percaya sangat....ini bermaksud makhluk tidak berkuasa dan tidak boleh memberi manfaat atau mudharat...Allahlah letaknya keyakinan dan Allahlah pada-Nya Kekuasaan.Berdoalah kepada Allah dan letakkan keyakinan kepada Allah...JANGAN berdoa kepada makhluk dan JANGAN letakkan keyakinan kepada makhluk.
CPJ: Tali pinggang keselamatan sepatutnya menjaga keselamatan penggunanya, tetapi dalam kes ini sebaliknya belaku. Mengapa agaknya ye? Ah, apa nak heran, Pegawai Keselamatan sepatutnya menjaga keselamatan tetapi ada banyak kes, pegawai keselamatan yang buat hal...Begitu juga bapa sepatutnya menjaga keselamatan anak dan abang menjaga keselamatan adik, tetapi ada banyak kes, bapa baham anak dan abang baham adik. Apa maksudnya bagi kita? Mengikut firasat cpj, ini bermaksud apa-apa benda pun kita tidak boleh percaya sangat....ini bermaksud makhluk tidak berkuasa dan tidak boleh memberi manfaat atau mudharat...Allahlah letaknya keyakinan dan Allahlah pada-Nya Kekuasaan.Berdoalah kepada Allah dan letakkan keyakinan kepada Allah...JANGAN berdoa kepada makhluk dan JANGAN letakkan keyakinan kepada makhluk.


This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSoal keyakinan, kepercayaan ni amatlah subjektif. Ikut resmi padi la Cpj, makin berisi, makin tunduk. Individu @ insan yg beriman + berilmu dunia akhirat perlu juga ada yakin yang jitu. Barulah dia begitu pasti @ paham sesuatu tiada apapun yang sia-sia.
ReplyDeleteApa kerja buat kita + niat kerana Allah. Kita boleh makan Pana-dol (nama samaran) kita tahu ia ubat sakit demam, kepala kita. Ia dibuat hasil kajian mendalam saintifik para pakar bidang tu untuk tujuan manfaat umum (+ keuntungan syarikat). Kita boleh telan Pana-dol tanpa perlu baca Basmalah atau doa kpdNya untuk kita terus hidup + sihat. Ya, boleh (berlaku) saja. Tiada masalah kepadaNya.
Tapi buat insan yang paham agamaNya, tanpa kekuasaan Allah, izinNya, bagilah ubat Pana-dol apa ubat yg lazimnya boleh buat kita sihat, ia tidak sama tanpa menghubungjalin ia dengan Allah si Maha Pencipta. Kita sepatutnya wajar tahu & yakin kita buat & tak buat kerana Dia SAHAJA. Kita kerja kuat, beribadat, berjogging, pakai tali pinggang, helmet untuk sebab musabab dunia + ikhlas sebab Dia. Maka sandarkan segalanya kepadaNya. Kita lebih untung sebab kita dapat 2 2nya sekali.
Conothnya, kita mahu makan minum. Depa kita terhidang sudah yang halal belaka. Sedap aromanya. Kita makan dapat kenyang, sedap + nikmatNya. Selain itu, kita dapat bahagian akhiratnya - dapat RahmatNya, pahala, janjiNya dsb'nya. Dunia hingga akhirat! Berbaloi-baloi. Wah, sapa nak bagi, kan, Cpj? Kalau bukan Dia yg 1.
Allahu aqlam!
Salam hanz...benar hanz, apa-apa yang berlaku di dunia ini adalah mengikut hukum-hukum tertentu yang telah ditetapkan, boleh kata hukum fizik? hukum semula jadi atau hukum karma? hukum sains? atau namakan apa sahaja cpj kurang arif tetapi yang pasti adalah semua itu hukum Allah atau Sunnatullah. Namun, semua hukum itu bukan mutlak.Contohnya, dari segi hukum bila kita makan kita kenyang tetapi itu bukan mutlak.Ada ketika kita makan tetapi tidak kenyang dan tetap terasa lapar. Begitu juga kebiasaannya bila makan pana-dol(nama samaran) sakit kepala akan hilang, tetapi ada ketika bila makan pana-dol sakit kepala tidak hilang malah bertambah sakit.
ReplyDeleteAda orang yang mempunyai keyakinan bulat kepada Allah, bila sakit tidak perlu makan ubat,akhirnya sakit akan hilang juga.Allahuaqlam...
salam..masyaallah subhanallah,benar kata2 cekgu,makhluk tak berkuasa,allah maha kuasa(inilah iman)..sebab tu nabi tak sandarkan agama pada kuasa dulu,nabi dakwah iman tanpa kuasa,tak cari kuasa,dan tak perlu tggu jadi penguasa.nabi terus saja berdakwah iman.sesungguhnya kuasa itu pun tak berkuasa.berapa banyak kuasa yg runtuh?berapa byk pulak org islam pegang kuasa,tapi iman2 isi buminya nya teruk2,termasuk kita?yakin bahawa kuasa itu dapat buat agama tertegak adalah menghampiri syirik.
ReplyDeletepencerahan..1-adapun hal2 "keperluan" hidup nabi mengisyaratkan..jika kita mahu allah menyara keluarga kita,allah SUKA kalau kita bekerja.buatlah apa allah suka tapi bukan yakin dgn pekerjaan itu sendiri,berapa ramai manusia kerja kat dunia ni tapi masih kebulur..(allah suruh kita mangga rumah,tapi allah tak suruh kita yakin dgn mangga rumah)..allah jualah yg berkuasa bukan pekerjaan.
2-adapan hal "maksud" hidup iaitu AGAMA,nabi mengisyaratkan allah tak suka kalu kita sandarkan agamanya pada "makhluk",syarat agama itu sendiri adalah "iman"..ianya begini-"nanti aku berkuasa aku akan tegakkan agama"(sandarkan agama pada keadaan).."nanti kalu aku ada masa aku solat"(sandarkan agama pada masa) "nanti mak mentua aku datang baru jemaah kat masjid lah,dia takda ni solat sendiri kat umah la"(sandarkan agama kepada manusia)..kalo lah masa itu berkuasa tentu semua muslim yg ada masa akan dirikan solat.sebab itulah nabi terus berdakwah berdakwah dan berdakwah iman,nabi tak cari kuasa,tak tggu jadi penguasa baru dakwah,kerana yg dapat buat agama tegak itu adalah ALLAH TAALA,bukan kuasa,bukan keadaan,bukan manusia,bukan pemimpin..imanlah sandaran kepada agama..yakin dgn mendapat kuasa lalu agama akan tertegak adalah mendekati syirik.betul cakap cekgu,allah maha kuasa makhluk tak kuasa masyaallah..salam n walahuaklam..
salam..saya terlupa satu perkara..jika kita letak yakin kita selain dari allah,allah akan serahkan diri kita kepada apa yg kita yakin..nauzubillah.org yg mati hangus terbakar juga telah manggakan pintu rumah sebelum tidur bukan?marilah kita sama2 cari jemaah2 yg belajar beragama dgn kaedah nabi,sesungguhnya kaedah nabi itu terhindar dari syirik.nabi itu "iklan" agama..salam n walahuaklam.
ReplyDeleteSalam...terima kasih ustaz anon kerana buat pencerahan.Ustaz anon tentu terpelajar dalam agama tak seperti cpj.Namun cpj rasa tidak semudah ustaz kata kita nak memahami usul ini. Tidak semudah kata yang kita tidak perlu kuasa untuk menegakkan agama. Ibarat kita hendak ke kuala lumpur dari ipoh, bolehkah kita kata kita tidak perlu berjalan atau tidak perlu kenderaan untuk sampai?Allah akan sampaikan kita tanpa lakukan apa-apa cuma kita perlu yakin kita akan sampai?Cpj rasa bukan begitu maksudnya. Kita perlukan kuasa (enjin kenderaan atau kudrat berjalan kaki) untuk sampai ke destinasi(matlamat).Iman itu ialah keyakinan, iqtiqad, aqidah, makrifat kita kepada Allah sedangkan kita manusia wajib kepada syaria't.Syariat itu yang cpj maksudkan Sunatullah sedangkan syariat itu untuk manusia yang terjadinya sesuatu kerana asbab dan tidak mutlak. Syariat untuk manusia bukan untuk Allah.Allah berkuasa mutlak mengatasi segalanya.Sebab itu manusia perlu berusaha(dapat kan kuasa)mengikut syariat untuk tegakkan agama, BUKAN HANYA yakin dengan iman mengharapkan Kuasa Mutlak Allah tegakkan agama untuk manusia.Apa yang penting kita wajib berusaha(dengan kerja buat, bukan hanya dengan iman) untuk mencapai matlamat(tegakkan agama)dan Allah yang yang akan menentukan bahawa usaha kita itu berhasil atau tidak.Maaf ustaz, saya tidak pandai agama tetapi itulah keyakinan saya...Allahuaqlam.
ReplyDeletep/s: Bila cpj kata orang sakit tidak perlu makan ubat untuk sembuh tidak bermakna pesakit tidak perlu berusaha.Perlu diingat bahawa ubat bukan hanya dimakan sahaja tetapi banyak kaedah lain yang boleh jadi usaha untuk sembuhkan penyakit.
salam..allah itu mahakuasa makhluk takda kuasa..ini bukan kias2,ini benar2.ini bukan cubaan ini benar2..ala cekgu takkan baru "ter"tulis panjang sikit.cekgu dah "tercalar"..kamon la cekgu,jgn jadi "cengeng" cekgu..terpulang.salam n walahuaklam.
ReplyDeleteSalam ustaz anon, cpj tidak ada masalah ustaz tertulis panjang malah cpj ucap terima kasih kerana sudi berbual bicara di sini.Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...pencerahan ustaz membawa makna besar dalam hendak memecahkan kebekuan aqal dalam mengenal Tuhan...Namun bukan mudah hendak memecahkan ruyung itu supaya sagunya tidak rosak.Yang penting bukan ruyung itu tetapi sagu itu...sagunya itupun yang menjadi fokusnya ialah 'pati' yang menghasilkan tepung sagu bukannya hampas yang dibuang begitu saja.Hendak mendapatkan patinya kena melalui proses yang betul pula jika tidak pati itu akan hilang di dalam air dan hampas pula hanya dapat di lihat dengan mata...maaf ustaz cpj bukan cat kereta yang mudah tercalar...hehe...
ReplyDeletesalam,saya sudi baca cekgu punya sampai habus,jadi cekgu sudikanlah baca saya punye sampai abis hehe.
ReplyDeletepencerahan..(pggil saya mufti lpas ni k hehe)..
1-kalu betul enjin itu yg menggerakkan manusia,pasti allah dah cipta enjin bagi kat nabi,sebab nabi tu kekasih,dan nabi tu bawak misi penting,nak bgtau "maksud" hidup semua manusia,allah sedia tau hal ni,kalo enjin tu berkuasa,allah dah bagi nabi dah cekgu..bahkan nabi bergerak juga,islam berkembang juga,mana ada enjin kereta pun..enjin baru dicipta 200-300 tahun ni je cekgu,sebelum ni allah buat manusia bergerak guna enjin ke??enjin ke buat manusia bergerak??atau allah taala??..allah taala la kan.
2-kalo "kaki" yg hanya boleh buat semua makhluk allah bergerak,mesti allah dah bagi "kaki" kat ular dan karpal singh..maknanya bukan kaki la buat makhluk bergerak,siapa?allah taala la..
3-kalo allah perlu tunjukkan zat dia sebab nak tolong kita cekgu,tak berkuasala allah tu cekgu..p.m yg manusia biasa tu pun pun tak pegi sendiri bankin duit bagi kat mak dia cekgu,dispatch dia yg pegi hehe..
4-iman yg "benar" akan datangkan "usaha agama" yg benar pula cekgu..apa itu iman?allah mahakuasa makhluk takda kuasa..apa itu syirik?-allah berkongsi kuasa dgn makhluk..inila iman yg tak benar.macam mana allah nak datangkan "usaha agama" yg benar jika iman kita syirik?
5-kita jgn guna logik kalu berbicara tentang allah cekgu.allah tidak bergantung dengan logik,bahkan logiklah yg bergantung dgn allah..bila cekgu cari allah guna logik habislah cekgu,menyandarkan allah pada makhluk..macam sorang cina tanya.."macam mana tuhan allah takda "start" takda "ending" wo kawan? takda logik la"..apahal pulak tak boleh ahseng,itu "start" dgn "ending" pun dia yg buat,mcm mana dia boleh terikat degan apa yg dia buat?kita baru ada "start" dan "ending" sebab kitalah yg terikat dgn apa yg DIA buat..nak guna logik lagi ke cekgu??????enjin kereta?bateri kereta?kuasa?..
6-nabi kena baling batu la,baling najis la,ketika dia sedang buat apa?ini ke yg cekgu panggil.."macammana agama nak tegak kalo kita duduk diam?".nabi beri dakwah iman@tauhidkan allah(allah mahakuasa makhluk takda kuasa)..inila sandaran agama(inilah punca segala jenis kejayaan,kalu tak sudah pasti allah tak suruh nabi buat ni)..salam n walahuaklam..(nak lbih phm cari jemaah yg belajar "ber"agama dgn sunnahnya nabi saw)
salam,terlupa pulak cekgu..(baru suspen hehe) cekgu saya nak bgtau sau rahsia penting kat cekgu..DALAM AGAMA ITU TIADA POLITIK cekgu..tak pecaya?saya doakan cekgu akan pecaya sebelum cekgu mati..insyaallah..salam n walahuaklam n selamat bercuti cekgu.(allah cipta langit tak pakai tiang,allah naikkan matahari tak pernah lewat,allah buat bintang2 dilangit lebih banyak dari pasir dibumi..apa yg susah sgt allah nak bagi cekgu duduk saf depan last minit?)
ReplyDelete