KUALA LUMPUR - Seorang penagih dadah mati dihempap lif ketika cuba mencuri kabel di sebuah bangunan lama di Jalan Dang Wangi di sini, hari ini.Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata lelaki tempatan berumur 28 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 4 petang."Lelaki itu maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Zulkarnain berkata mangsa cedera parah di bahagian badan dan kepala akibat dihempap besi lif yang terjatuh ke atasnya. Bangunan lama tersebut dikatakan menempatkan sebuah kolej swasta sebelum ini. "Mayat lelaki itu kemudiannya dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya. - Bernama.
CPJ:
Kegembiraan bersinar pada wajah
Si bapa dan Si ibu
lahirnya cahaya mata yang comel
dibesarkan dengan penuh kasih sayang
disekolahkan, diberi segala keperluan
Namun Si anak tersalah pilih
kawan dan rakan
Si anak lupa kasih sayang
Rokok menjadi bahan isapan
Duit perbelanjaan habis ditelan
Asap jadian jin dan syaitan
Ketagihan menjadi kegilaan
akhirnya dadahlah menjadi buruan
Itulah...
berakhirnya
Nasib seorang penagih.
Semoga Allah mengampuni
Segala kesalahan.


0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.