KUALA LUMPUR: Angkara cemburu, seorang lelaki berusia 30-an parah selepas mukanya ditoreh dengan pisau manakala mata kanannya dikhuatiri buta selepas dipijak dengan kasut but dan dipukul sekumpulan lapan lelaki selepas ‘diculik’ dari tempat kerjanya di Jalan Hang Kasturi di sini, kelmarin.Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana mangsa disyaki menghubungi teman wanita seorang daripada suspek dipercayai untuk memikatnya.
Selepas diseksa dengan kejam, seorang daripada suspek menghubungi majikan mangsa berusia lewat 30-an dan mengarahkan lelaki terbabit mengambil mangsa di belakang sebuah bangunan di Brickfields di sini. Akibat perbuatan kejam kumpulan itu, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 50 jahitan di muka dan mata kanannya dikhuatiri buta. Menurut sumber, kejadian bermula jam 10 malam apabila kumpulan terbabit yang menaiki lima motosikal ke tempat kerja mangsa dan memintanya keluar. Berita penuh sila beli Harian Metro.
CPJ: Apa sudah jadi ni, tak ada ke kerja lain selain cari pasal dan membelasah orang cara begitu? Kalau betul nak tunjuk handal dan nak tunjuk jantan, janganlah lapan orang nak belasah sorang! Sape yang berkenaan tu satu lawan satu baru jantan! sape menang bolehlah ambil betina...nah, cara begitu baru sama taraf dengan kucing jantan....kita manusia...sebaiknya, kalau ada masalah dengan sesiapapun carilah jalan penyelesaian dengan cara yang baik. Anggota badan termasuk mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya...mana boleh dibeli atau diganti...JANGANLAH JADI SEPERTI ORANG YANG TIDAK BERTAMADDUN!!!PERGHHH!!!


0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.