KUALA LUMPUR: Sehingga 31 Okt lepas, masih ada 155,343 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM929.53 juta.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata sehingga tempoh itu juga seramai 730,221 telah membuat bayaran balik pinjaman membabitkan jumlah RM2.8 bilion. "Bermula 1 Dis 2006 hingga 31 Okt lepas pula, sebanyak 267,822 Notis Peringatan Terakhir (NPT) dan 189,813 Notis Tuntutan atau Letter of Demand (LOD) telah dikeluarkan.
"Daripada jumlah NPT yang dikeluarkan, seramai 75,530 peminjam telah mula membayar balik pinjaman, begitu juga dengan 81,151 peminjam yang dikenakan tindakan LOD," katanya menjawab soalan Senator Ahmad Hussin, di Dewan Negara, di sini hari ini. Beliau berkata bagi tempoh itu juga sebanyak 104,083 saman telah dihantar kepada peminjam ingkar, melibatkan jumlah RM1.12 bilion. "Sebanyak 69,667 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih mahkamah," katanya. Hou berkata PTPTN juga telah meluluskan pengecualian bayaran balik kepada 10,849 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama membabitkan jumlah RM312.24 juta.- Bernama.
CPJ: Budaya apa yang kita amalkan bila pinjam duit rakyat tetapi tak mahu bayar balik??? Bagaimana pula tentang saman kepada peminjam engkar yang melibatkan RM 1.12 billion???Dah dapat balik???Apa nak jadi Nih!!!.Duit rakyat tuh...


Sedikit sebanyak salah kerajaan sebab menggantikan skim biasiswa dan pinjaman tanpa riba kepada pinjaman berfaedah atas nama kos pentadbiran atau entah apa kejadahnya ujrah.
ReplyDeleteSepanjang diketahui, semasa JPA mengendalikan pinjaman tanpa faedah, selain kemudahan diskaun kepada pelajar cemerlang, tiada masalah seperti PTPTN. Pada hakikatnya pinjaman pelajaran JPA adalah nilai sebenar sebuah kerajaan membantu pelajar memperolehi pelajarannya.
Bukan macam PTPTN, sejenis kapitalis yang memperdagangkan pelajaran dengan mewujudkan hutang kepada golongan muda yang sewajarnya perlu dibantu untuk membolehkan mereka memulakan kehidupan.
bukan tak mahu bayar...tp rakyat tak mampu.keje belum dapat,gred gaji belum sah lagi dah diarahkan bayar.pastu pulak tak mahu ansuran bayar tp nak bayaran penuh..mana ader duit nak bayar banyak tuuuu.!!!!!!
ReplyDeleteSalam...mungkin benar takkan selamanya orang kita nak disediakan tongkat, cpj sendiri tak diberi tongkat, semua kena guna kaki sendiri boleh juga sampai destinasi...bagi pihak rakyat kena ubah sikap kena jimat cermat dan jangan salah guna duit pinjaman tu...bagi pihak kerajaan, ini bukan masalah tongkat tetapi masalah tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat terutama anak jati tanah melayu...hasil bumi minyak adalah hak rakyat, bagi sikitlah kepada rakyat miskin yang nak cari ilmu untuk majukan diti
ReplyDeleteKesian...nak majukan diripun kena bebanan hutang...
ReplyDeletemACAM MANA NAK BAYAR SIJIL TAK DIIKTIRAF, KERJA TAK DAPAT... NAK MAKANPUN SUSAH HARGA BARANG MAHAL... CUBALAH CIKGU FIKIRKAN....
ReplyDeleteKesian...yelah, nanti saya fikirkan apa yang patut di buat hehe...
ReplyDeleteUjrah tipu... aku baru je dpt surat arahan potongan gaji ujrah dr LHDN . Kalo ikutkan skim lama (4%) aku kena bayar RM265 sebulan selama 10 thn. Tapi dgn skim ujrah (1%) aku kena bayar RM 188.19 selama 15 tahun. Bila kira2 balik, ujrah lebih mahal.
ReplyDeleteHati2 yg belum sign pejanjian ujrah. Kira betul2 sblm sign. Silap aku sebab tak perasan tempoh bayaran balik 180 bulan (15thn) berbanding yg lama 10 thn (120 bln). Mmg bayaran bulanan ujrah rendah tapi tempoh dia lebih panjang.
Pandai betul PTPTN, comfirm lepas ni aku x akan undi BN smpai bila2.