AYER KEROH - Akibat meletakkan cecair asid benzoik pada kuey teow, seorang pemilik kilang mi dijatuhkan hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam. Tertuduh, Tan Ah Lek, 59, dijatuhi hukuman oleh Majistret Syajaratudur Abd Rahman selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menjual melalui Lim Ah Tee, 52, kepada pegawai diberi kuasa Mohd Azrol Nizam Aziz iaitu satu bungkus kuey teow sebelum dianalisa ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia Melaka.
Kuey Teow tersebut didapati mengandungi bahan pengawet asid benzoik dalam kadar 770 miligram perkilo yang tidak dibenarkan ditambah di dalam makanan pasta sebagaimana dinyatakan dalam peraturan 20(3) dibaca bersama peraturan 63 peraturan-peraturan makanan 1985. Dia didapati menjual kuey teow tersebut di Blok B, SB 4, Pasar Borong Batu Berendam kira-kira jam 4 pagi pada 17 Februari lalu. Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, seorang pegawai kesihatan telah membeli sebungkus kuey teow yang dikeluarkan kilang tertuduh di pasar borong Batu Berendam pada jam 4 pagi.
Kuey teow seberat 500 gram itu kemudian dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Melaka di Bukit Katil untuk dianalisis dan hasil analisis terbabit mendapati ia mengandungi asid benzoik. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(1) dibaca bersama 13B(2)(d) Akta Makanan (Pindaan) 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara selama lima tahun. Terdahulu, tertuduh ketika rayuan memohon hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan telah insaf dan benjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi, selain suaminya kini sedang sakit.
“Lagipun ada yang beritahu saya bahan ini boleh dicampurkan supaya kuey teow tahan lebih lama. Ramai pengusaha di Kuala Lumpur berbuat begitu, sebab itu saya ingat tidak menjadi kesalahan jika mencampurkan asid benzoik,” katanya. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan negeri, Iskandarsah Mohd Sah yang mengendalikan kes ketika pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana tertuduh mengulangi kesalahan sama dilakukan pada 2009. Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua belah pihak,
Syajaratudur kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.
Syajaratudur kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.
SUMBER
CPJ: Rahsia pemilik kilang mi di KL telah dibongkar secara tidak langsung tuh!!! Apa lagi, pihak berkuasa KL buatlah serbuan. Tidak perlulah ada laporan, baru nak buat kerja tu. Buatlah, demi kebajikan orang ramai yang suka beli mi dan kuey tiaw atau yang suka makan benda tu di gerai dan restoran. Cpj memang tidak suka makan mi dan kuey tiaw, banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan. Tak makan benda tupun tak apa, tapi mana boleh nak larang kegemaran orang...yang penting jom kita buat kerja dengan memikul amanah dan tanggungjawab dengan bersunguh-sungguh.

Mess-ia ni memang begitu pak Cpj, "Dah terhantuk baru tengadah", kan.
ReplyDeleteTu pun "Hangat-2 tahi ayam" saja kerja hanya sekerat jalan (kuatkuasaan). Bila pun tak akan selesai. Tu pasal kes dadah, barang seludup, barang tiruan berlambak & siap diberi tempat (halal) untuk dijual. Alahai M'sia.