BATU PAHAT 3 Dis. - Polis berjaya menumpaskan sekumpulan tujuh penjenayah antaranya baru berusia 15 tahun yang menggunakan cota kayu untuk menyamun mangsa, khususnya warga asing baru-baru ini.Kumpulan itu terlibat dalam sekurang-kurangnya empat kes samun warga asing di daerah ini. Dalam kes tersebut, terdapat mangsa yang dibelasah sehingga patah gigi.Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 26 tahun dan difahamkan suspek yang di bawah umur masih bersekolah manakala rakan yang lain adalah penganggur. Dalam kes terbaru, kumpulan itu menyamun seorang warga Myanmar berusia 19 tahun dan melarikan wang tunai RM100, telefon bimbit jenama Nokia dan salinan pasport antarabangsa milik mangsa di hadapan kawasan Kelab Golf Bukit Banang di sini pada 27 November lalu.
Mangsa turut dipukul dan dibelasah dengan cota sehingga patah gigi serta cedera di muka, belakang badan dan tangan dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu.Mangsa yang merupakan pelayan restoran di kelab golf itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Banang dengan menunggang basikal bersama rakannya setelah selesai kerja, diserang tanpa belas kasihan tetapi rakan mangsa sempat melarikan diri dan bersembunyi.Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, hasil siasatan dan maklumat yang diterima, polis berjaya menahan suspek di sekitar daerah ini dalam tempoh 24 jam selepas kejadian samun itu."Polis turut menemui wang tunai dan telefon bimbit mangsa tetapi salinan pasport tidak ditemui ekoran suspek tidak mengingati tempat mereka membuang salinan tersebut," katanya di sini hari ini.
SUMBER
CPJ: Bakat-bakat baru dalam gangsterisme dan jenayah ini perlu dipatahkan segera supaya tidak menjadi pro.Mereka yang terbabit mesti dipastikan tidak berpeluang lagi mengulang perbuatan selepas diberkas. Selain pihak polis, orang ramai sendiri mesti sentiasa memberi maklumat dan bekerjasama dengan polis untuk mencegah jenayah.
CPJ: Bakat-bakat baru dalam gangsterisme dan jenayah ini perlu dipatahkan segera supaya tidak menjadi pro.Mereka yang terbabit mesti dipastikan tidak berpeluang lagi mengulang perbuatan selepas diberkas. Selain pihak polis, orang ramai sendiri mesti sentiasa memberi maklumat dan bekerjasama dengan polis untuk mencegah jenayah.


0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.