Assalamualaikum muslimin dan muslimat. Tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan El Mubarak. Semoga kita bergembira untuk menyambutnya kerana di dalamnya penuh dengan pelbagai kurniaan Ilahi yang tidak ternilai. Mari kita renung sedikit falsafah antara solat dan puasa yang diibaratkan seperti senaman dan menjaga diri termasuk makan dan minum.
Allah Maha Mengetahui bahawa solat sahaja tidak memadai untuk manusia yang diamanahkan bumi untuk dimakmurkan.Dari satu sudut pandangan, senaman sahaja tidak memadai untuk memulihara, memelihara dan meningkatkan kualiti diri seseorang, melainkan dengan dikukuhkan oleh menjaga diri termasuk makan/minum, dengan kata lain berpuasa dan menjaga makan/minum.
Dengan bersolat dan berpuasa mengikut apa yang disyariaatkan maka sempurnalah diri sebagai hamba Allah dan Khalifah di muka bumi dan layaklah bagi mereka ini untuk memakmurkan bumi Allah.Dengan menyerahkan bumi kepada orang yang bersolat dan berpuasa, maka akan makmurlah bumi InsyaAllah, seperti sejahteranya orang-orang yang bersolat dan berpuasa itu.
Cpj hanya melontar idea ini, perlukah cpj perincikan hikmah berpuasa di sini? Rasanya tidak perlu, kerana semuanya hanya ada dihujung jari kini.(klik sini)Apa yang penting ialah kita dapat melihat sesuatu itu dengan penglihatan yang istimewa, yang akan membawa diri kita ke satu sudut yang berbeza daripada sudut-sudut yang biasa. Banyak orang kenal batu dan melihat batu sesuai dijadikan jalan raya, tetapi berapa ramaikah yang dapat melihat batu sebagai permata/mutiara? Justeru dengan permata/mutiara itu dapat memperoleh apa sahaja?
Dalam Al Quran telah tertera bahawa berpuasa bukan sahaja untuk umat Muhammad S.A.W sahaja malah telah diwajibkan kepada umat yang terdahulu.Maka betapa besarnya erti puasa itu kepada umat manusia.Sesuai dengan Muhammad S.A.W sebagai Rasul yang terakhir, maka kaedah berpuasa seperti yang disyariaatkan Islam adalah paling sempurna dan terbaik berbanding dengan kaedah berpuasa bagi umat yang terdahulu.Maka untuk memperoleh kesempurnaan diri, marilah kita amalkan berpuasa seperti yang di ajarkan oleh Islam-Cpj