GEORGETOWN: “Saya pulang bercuti untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga, tetapi dikejutkan pula dengan kejadian buruk menimpa adik saya ini,” kata pemain beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon. Peng Soon tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya ketika mereka sekeluarga bersedia untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Adiknya, Chan Peng Kiat, 21, ditemui berlumuran darah dalam tandas di sebuah pusat hiburan pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa parah selepas ditikam. Sebelah buah pinggang beliau terpaksa dibuang. Menurut Peng Soon, adiknya itu seorang yang baik dan tidak mungkin memulakan sebarang pertelingkahan. Katanya, dia berharap polis dapat melakukan siasatan dan menahan individu bertanggungjawab menikam adiknya itu.
CPJ : Dalam suasana menyambut perayaan tahun baru, sepatutnya tidak timbul perkara seperti ini, di negara kita Malaysia. Tapi umum sudah mengetahui bahawa cara kita menyambut tahun baru sudah macam orang barat, tidak lagi bercirikan budaya orang timur yang kaya dengan akhlak, adab dan budaya. Setiap kali tahun baru, mesti ada pesta arak, pesta seks, pergaduhan dan jenayah di sini sana. Bila menyambut tahun baru pelbagai pesta hiburan di adakan, tidak hairanlah akhlak remaja kini demikian rupa. Walau apa pun, kejadian jenayah yang meragut kebebasan dengan mencederakan orang lain adalah perbuatan melampau yang tidak boleh dibiarkan terus berlaku. Sesuatu mesti dilakukan untuk mengekangnya dari terus berleluasa.


0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.